"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 8, 2009

from embah to huzaifah -REMEMBERING MAK TUA

Sekarang Huzaifah tak kenal Mak Tua. Emak pada Embah semua orang panggil dia Mak tua. Mak Tua meninggal dunia tahun 2004, dalam bulan January. Setahun selepas Embah bersara dari perkhidmatan Awam. Umur Emabah ketika itu 56 tahun.

Emabah tak berapa cerita pasal Bapak Tua sebab dia meninggal masa umur Embah 16 tahun. ketika itu belum banyak mengerti pasal hidup dan kehidupan. Cuma Embah tahu dia tidak banyak cakap orang nya. Dia sentiasa bekerja kuat kerana tak mahu meminta-minta walaupun hidup susah.Dia pesan sangat supaya jangan malas, jangan banyak makan dan jangan banyak tidur. Embah waktu itu tak pandai nak tanya kenapa. rupa-rupanya itu adalah prinsip hidup orang bermarwah, supayakin pada kebolehan diri dan minta tolong bila betul-betul amat memerlukan.

Mak Tua orangnya banyak cakap. Emabah macam Mak tua. Suka becok kalau tengok hal-hal yang tidak betul. Mak tua pun amat rajin orangnya. Pagi-pagi lagi dah ke kebun getah. Emabah bila dah remaja kena ikut tolong dia menoreh getah. Tak membantah bila kena suruh sebab Embah macam faham tolong orang tua itu satu kemestian. Kebun ini jauh dari sekolah. Emabh pergi tumpang duduk rumah saudara dan tolong Mak tua. Saudara ini pun bukan orang senang. Mak Tua bayar juga saguh hati kerana menumpang.

Walaupun Mak tua tak pandai, dan tak sekolah pun tapi pemikiran nya tajam. Dia orang kampung dan seorang pendatang. Sebab pendatanglah agaknya Mak tua tak malas dan sentiasa berfikir dan berusaha macam mana nak hidup tidak merempat. Bukan nak hidup kaya raya, cuma nak cukup makan dan tinggal di rumah yang agak selesa. Embah sekolah waktu itu pun dalam keadaan serba tidak cukup. Disekolah rendah tak pernah cukup buku teks. Mak Tua nanti pergi jumpa kawan yang agak senang dan pinjam duit sikit untuk beli buku. Atau pun cari kawan-kawan yang ada anak agak sebaya dan pinjam buku yang sudah tidak diguna. Embah nanti ikut sekali pegi sebab nak tahu buku mana nak pinjam. Embah kadang-kadang rasa malu sikit, tapi Mak tua kata kita mesti buat macam itu. Kalau tidak macam mana nak pandai.

Tapi Embah ni yang jenis kuat main. Belajar bila terpaksa. Nasib baik lulus juga pereksa. Sekarang sedar itu semua kurnia Allah yang bagi Embah pandai sikit dan belajar sikit-sikit pun dapat jawab periksa. Agaknya kalau Embah yang jenis rajin belajar, agaknya Embah jadi perdana Menteri. HE.. Hee

Mak Tua kalau Embah fikir-fikir sekarang ni, dia ada wawasan. Semua yang di bawah jagaan nya di hantar kesekolah. Anak-anak pak sedara tak sekolah. Cuma Anak-anak Mak Tua yang sekolah. Bukan saja ada wawasan, Mak Tua pun ada strategi. Strategi macam mana? Oh.. Dia pinjam duit untuk hantar anak sekolah. Bayar balik sikit-sikit. Itu kira buat investmen lah. Lagi pulak Mak Tua ni sentiasa bertanya dengan orang-orang kampung yang agak pandai macam mana nak buat itu atau ini. Contoh nya macam mana nak tanam semula kebun getah, macam mana nak beli tanah kebun dan lain- lain untuk kumpul wang untuk masa depan. Ada orang kat Mak Tua tu "mata duitan". Embah sedih kalau ingat itu. Tapi kalau Mak Tua tak "mata duitan" tentu dia tak hantar anak-anak ke sekolah. Huzaifah pun tak dapat baca apa yang Embah tulis sekarang ni. Suka sedikit harta bukan semestinya "mata duitan". Memanglah Mak Tua sangat cerewet tentang kegunaan duit. Setengah orang kata dia kedekut. Sekarang ni Emabah kata adik beradik Embah , "kalaulah itu satu kelemahan, tapi itu adalah juga satu kekuatan" (her weakness is her strength). Tanpa sikap itu dia tidak pandai berurusan sendiri. Bapak Tua sudah meninggal dunia. Siapa nak tolong.

Jadi , Huzaifah, bila dewasa nanti Embah mungkin tak tak dapat cerita ini semua. Harap huzaifah fikir-fikir sebab ini adalah warisan. Warisan Embah cuma mengembangkan pemikiran tentang apa yang sekarang ini Embah lihat sebagai apa yang baik dan apa yang tak baik untuk kehidupan. Antaranya jangan banyak tidur. Hadith kata tidur lepas subuh papa, tidur lepas asar, gila. Jangan banyak makan. Nanti benak. Quran pun ada ayat-ayat yang menegah dua perkara ini. Ujai nanti dewasa boleh kaji dan pastikan sendiri. Kalau Mak tua berjimat cermat, Ujai pun boleh contohi. Jangan ikut cara kawan-kawan yang kaya berbelanja. Kalau ada duit lebih, tolong orang yang susah. Lain-lain Ujai tanya pada Ibu, sebab Embah dan banyak cerita pada Ibu.

Itu dulu, nanti ada masa Embah cerita lagi.
Salam sayang.

No comments:

Related Posts with Thumbnails