Soalan di atas pastinya menyinggong perasaan setengah ahli Alumni. Kenapa baru ini mahu bertanya dan mahu mempersoalkan. Maaf sebelum keterlanjuran kata. Tujuan catatan ini adalah semata-mata berfikir sendiri dan bertanya pada diri sendiri.
Selepas tamat peringkat Ijazah dari Unuversity,dan kemudian menjadi ahli Alumni murid tua sekolah atau kolej, rasanya seperti hebat kerana seolah-olah menjadi ahli persatuan elite. Dari mana dapat perasaan itu pun kini tidak tahu. Ketika itu hanya tahu rasa seronok bila berjumpa kembali rakan-rakan lama di peringkat sekolah menengah atas. Yang tidak ke University biasanya tidak menjadi ahli persatuan seperti itu. Sebab itulah agaknya rasa hebat. Alangkah melesetnya jika diimbas kembali masa yang lampau. Dulu tidak pernah terfikir tanggongjawab pada masyarakat sebenar-benarnya. Hanya soal prestige yang difikirkan. Alangkah jahilnya!
Dewasa ini, umur telah sampai kepenghujungaan, dan masih menjadi ahli Alumni, terfikir apa pulak yang hendak diseronokan. Nampak macam Persatuan Alumni yang diri ini jadi ahli tidak punya apa-apa objektif yang nyata selain dari hal-hal silaturrahim, kebajikan dan networking jika sesaorang itu masih meneruskan kerjayanya diumur yang sudah sampai kepenghujungan ini. Ada setengah pendapat aktiviti Alumni di peringkat umur sebegini adalah penting supaya minda sentiasa aktif dan akan dapat mengelak kemurungan.
Bagi Alumni yang majority ahlinya beragama Islam, terfikir pulak nak bertanya, "apa selepas ini". Soalan ini ingin ditanya kerana mata sudah kabur, rambut sudah gugur, lutut sudah kendur dan ingatan makin hari makin tidak teratur. Ada pendapat fikiran seperti ini adalah fikiran negatif, dan jika ingat pada mati dan kematian pula itu dikira 'very fatalistic'.
Mati adalah hakikat yang mesti difikirkan dengan serious. Bertemu Allah bukan suatu yang ringan. (That is the moment of truth). Mungkin persatuan alumni harus juga mengaturkan aktiviti kearah ini. Kalau berjumpa tidaklah lagi asyik gelak ketawa, menyanyi berdansa seperti dulu kala dan tidak seutus ayat yang dilahirkan untuk ahli "bawa ke sana". Sudah 60 ke 70 tahun hidup, kenapa masih belum mahu bercerita tentang mati. Cerita tentang takut mati dan bebincang tentang ubat-ubatan sering sekali, seolah-olah kalau badan sihat, hidup bahagia, Mati masih boleh ditunda.
Persatuan Alumni diharapkan mengubah senario hala tuju agar sentiasa relevan pada semua ahli hinga keakhir hayat. Alumni harus ada perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Jadi kalau ahli sudah uzur sekali pun ia tetap akan menyumbang masa , wang dan tenaga untuk persatuan ini. Amat 'pathetic" kalau melihat seorang ahli umur tujuhpuluhan memegang jawatan dalam persatuan yang aktivitinya tidak menjurus kearah mendapat redha Ilahi. Masih mahu bersantai dan tenggelam dalam keselesaan dan seolah-olah mahu abadi di sini.
Catatan ini semoga dapat menjalin sentuhan hati, dan semoga doa ibu dan ayah tersayang yang telah besemadi menjadi ganti pengawasan diri, dan Allah merahmati agar di sana nanti kita dikurnia kesejahteraan yang sejati, Amin.
No comments:
Post a Comment