"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, June 18, 2009

beauty and brutality -- kecantikan yang membawa kecelakan

Siapa yang harus dipersalahkan mengenai gejala sosial yang amat berleluasa di Malaysia kini. Kajian rambang yang kadang kala diutarakan oleh media massa tempatan mengatakan keturunan ethnik yang ramai terjebak dalam gejala sosial ini ialah orang Melayu yang rata-rata beragama Islam. Antaranya ialah masaalah membuang bayi, dadah, pelacuran dan lain-lain yang selalu sangat tersebar diakbar-akabar dan lain-lain media. Pihak yang dianggap bertanggong jawab akan membuat analisa dan akan akan menyalahkan pihak-pihak yang berkaitan. Biasanya Ibu Bapa yang menjadi sasaran tohmahan bahawa mereka inilah yang patutnya dipersalahkan kerana tidak mendidik anak-anak sewajarnya.

Tapi barang diingat ibu bapa tidak menjadi ibu bapa sekelip mata. Mereka adalah hasil asuhan dan didikan ibu bapanya yang terdahulu juga. Ia adalah satu proses hidup. Oleh kerana kita sering membuat silap dalam menganalisa sabab-musabab, maka kita terperangkap dalam strategy penyelesaian yang hanya menangani "symptom" tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang diambil atas "root of the problem". Dengan lain perkataan, samada secara senghaja atau tidak senghaja, pihak yang bertanggong jawab tidak akan mahu mengatakan bahawa masaalah gejala sosial yang ada sekarang adalah disebabkan oleh dasar-dsar sosial yang merangka dan melaksana program-program sosial tanpa mengira nilai-nilai hidup murni. Secara terus terang boleh dikatakan bahawa program sosial terutamanya program rekreasi dan hiburan tidak dilihat dari sudut akhlak berdasarkan nilai-nilai yang dapat membentuk akhlak seperti yang dituntut oleh agama, tidak kira agama apa, tetapi definetly tidak berasaskan agama Islam.

Hasilnya amat meyedihkan. Anak-anak yang cantik jelita menjadi mangsa keganasan hawa nafsu. Dan malangnya masyarakat masih ramai yang mengaggap bahawa kecelakaan akhlak hanya berlaku apabila sesaorang itu keterlanjuran hingga ketahap akhir, iaitu melahirkan anak tanpa pernikahan. Apa jua yang berlaku yang tidak sampai ketahap itu tidak dianggap satu kecelakaan besar. Wal hal di dalam Al Quran, ayat yang berkaitan mengatakan jangan mendekati perbuatan itu. Perkataan yang patut diamati ialah JANGAN MENDEKATI.

Kelmarin saya menghadiri satu mesyuarat antara NGO-NGO dengan JAIS. Antara yang diperbincangkan ialah bagaimana pihak NGO dapat membantu membenteras gejala sosial ini. Usaha ini amat baik sekali kerana banyak NGO yang menjadikan bidang Dakwah sebagai salah satu tugas murni mereka. Tapi sayang nya perbincangan hanya berlegar atas perkara-perkara perlaksanaan. Dengan lain perkataan, perbincangan hanya menjurus kepada mendakwah keluarga, kaum belia dan masyarakat umumnya. Hampir tidak terdengar pihak yang mengatakan bahawa diperingkat pembuat dasar, hal ini patut ditekankan juga. Ini adalah kerana jika dasar tidak murni maka hasil nya pun tidak murni. Amat malang sekali bagi yang bekerja kuat cuba membenteras kemungkaran, tetapi ada pihak yang menggalakan kemungkaran.

Saya berpendapat strategi NGO jangan hanya "defensive" tetapi mesti juga "offensive". Dengan lain perkataan, NGO harus juga membawa dan membincang masaalah ini di peringkat pembuat dasar. "Trouble shoot at source". Jika ini berlaku rasanya barulah boleh menampakan hasil yang lebih positive. Tapi rata-rata NGO takut untuk berterus terang dengan pembuat dasar. Munkin satu hari nanti NGO akan mendapat kekuatan dalaman yang dapat mendorong mereka ke arah ini demi kebaikkan semua. Semoga Allah membantu niat murni semua NGO yang sebenarnya rasa gelisah melihat gejala sosial yang namapknya seperti tidak ada kesudahan yang dapat memberi ketenangan yang sebenar-benarnya. Dan semoga Allah akan memberi taufik hidayah kepada semua agar satu hari nanti akan timbul kesedaran bahawa pepatah yang mengatakan "Ikan busuk dari kepalanya" akan ternampak kebenarannya. Dan pepatah yang mengatakan "It takes the whole village to raise a child" akan nampak juga kebenarannya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Dan kita memohon perlindungan Nya.


No comments:

Related Posts with Thumbnails