Hari ini Embah berbicara dengan seorang teman tentang hidup dan kehidupan, tentang nikmat dan kenikmatan dan tentang korban dan pengorbanan. Teman Embah banyak membuat kerja-kerja sukarela dan ia berperanan penting dalam sebuah badan bukan kerajaan yang selalu nya kita panggil NGO (non governmental organization). Embah rasa kagum bagaimana dia dapat membahagikan masa antara hal-hal peribadi, hal-hal keluarga, hal-hal masyarakat dan negara.
Hari-harinya padat dengan program dan aktiviti yang teratur dan diatur oleh diri sendiri dan oleh orang-orang yang memerlukannya. Allah kurnia baginya kesihatan yang baik dan dia selalu bersyukur kerana itu fakta penting untuk membolehkan kita bergerak aktif. Embah selalu cakap pada ibu, Embah iri hati dengannya kerana Embah ni kadang ok kadang tak ok. Embah hampir sebaya dari segi umur, cuma hampir dua tahun bezanya. Jadi Embah selalu kata agaknya sebab Embah tua sikit padanya. Namun sebenarnya itu hanya alasan sahaja.
Embah berbicara dan bercerita Embah seronok dapat kawan dengannya. Dia pun kata dia seronok sama-sama dapat menyumbang pada masyarakat melalui NGO ini. Tetapi dicelah-celah keseronokan itu dia merasakan mungkin dia patut melepaskan diri dari satu tanggongjawab yang agak berat itu dan memfokus kepada keperluan diri yang sejauh ini dia merasai agak tercicir dan terkebelakang. Embah pulak macam pandai sangat, Embah kata pada dia jangan berhenti sebab pengorbanan yang dia buat sekarang bukan satu kesempatan yang Allah bagi pada semua orang. Embah lihat dari sudut bahawa dia itu Allah pilih untuk mengusahakan sesuatu yang merintis jalan kearah mencapai kesejahteraan pada masyarakat Islam. Dan ini Embah rasa adalah satu usaha untuk membangun ummah yang sekarang ini sedang dilanda kesibukan-kesibukan yang tidak mempunyai objektif hala tuju seperti yang dituntut oleh Allah swt.
Bila Embah pulang ke rumah, Embah fikir-fikir balik tentang apa yang Allah kata tentang NIKMAT. Teringat Embah satu ayat Al Quran yang Ustaz pernah ajar pada Embah. Nanti Ujai besar Ujai semak apa yang Embah faham tentang nya.
"Wahai Bani Israel, kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian kamu dengan ku, supaya aku sempurnakan perjanjian ku dengan kamu; dan kepada akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut (bukan kepada sesuatu yang lain)."
Maksud Surah Al Baqarah, Ayat 40
Bani Israel adalah kaum yang kufur nikmat, (mohon Allah jauhkan kita darinya). Dia banyak mengingkari janji-janji mereka dengan Allah. Kita ambil iktibar supaya kita menjadi umat yang benar-benar mengabdi diri pada Allah swt semata-mata dan tiada yang lainnya. Dan dalam konteks ini kita hendaklah mensyukuri segala nikmat Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Dan kita mesti sentiasa mengingati Allah secara diam-diam dalam hati atau secara lisan atau secara perbuatan. Sebenranya tiga cara ini kait mengaiat dan tidak boleh di pisahkan. Kemudian teringat pulak Embah dengan ayat Al Quran yang satu lagi.
"Sesungguhnya pada kejadian langit-langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasan) Allah bagi orang-orang yang berfiklir". (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".
Maksud Surah Ali Imran Ayat 190-191
Kita mengingat Allah bukan semata-mata mengingat-ingat Zatnya, kerana tak mungkin / mustahil kita tahu sepenuh nya. Tetapi kita boleh beringat dan bersyukur melalui usaha memahami segala ciptaan Nya yang ada di antara langit-langit dan bumi. Maksud mengingat di sini bukan hanya diminda, di akal dan secara lisan, tetapi sama pentingnya atau pun lebih penting dari itu ialah dengan perbuatan. Maksud dengan perbuatan ialah dalam apa jua hal yang kita lakukan kita mesti jelas bahawa dia adalah semata-mata kerana Allah. Ada ayat-ayat lain dalam Al Quran yang kita dituntut untuk mengimarahkan dunia ini. ini adalah sebahagian dari konsep mengingati Allah (zikrullah). Kalau kita membangunkan industri, perumahan, pertanian, membuat kajian-kajian sains, kajian-kajian sosial, teknikal dan apa jua sekalipun itu adalah sebahagian dari zikrullah. Malahan ada setengah pendapat mengatakan zikrullah di atas tempat solat kurang darjatnya jika di banding dengan konsep zikrullah dengan perbuatan yang di lakukan semata-mata kerana Allah. Embah lebih suka berfaham seperti ini kerana pada hakikatnya jika semua orang duduk di tempat solat siapa pula yang hendak bertugas seperti yang lain tadi? Siapa yang hendak mengimarahkan dunia ini?
Berbalik kita pada mensyukuri nikmat Allah tadi, Embah nak tekankan di sini bahawa apa jua kepandaian, kepintaran dan keterampilan yang Allah swt kurnia pada kita hendaklah kita guna untuk mengimarahkan dunia ini kerana itu adalh sebesar-besar zikrullah. Dalam pada itu ketulusan dan keikhlasan dan kemurnian hati hendaklah dijaga. Kalau tidak usaha-usaha kita akan sia-sia sahaja. Jangan kita hairan diri, ujub sombong dan mendabik dada semata-mata kerana kita menyangka bahawa kita pandai dan lain-lain itu sebab kita sendiri bukan Allah yang kurnia. Ujai kena ingat bahaw kita tiada kekuatan, tiada apa jua melainkan apa yang Allah kurnia.
Dan seterusnya, salah satu cara mensyukuri nikmat Allah yang dikurnia pada kita, hendaklah kita kongsikan dengan orang lain. Kalau kita tamak, maka kita juga jadi kufur nikmat. Bikak pandai biasa mengatakan "bukan kejayaan kalau kejayaan itu tidak dikongsikan". Ujai fikir-fikir apa yang Embah kata ni. Tanya Ustaz lebih baik sebab Embah bukan Ustazah. Munkin tak jelas apa yang Embah nak katakan.
Embah cuma nak Ujai banyak berfikir tentang kebesaran Allah, kekuasaan Nya dan kasih sayang Nya dan lain-lain sifat yang dalam nama Allah yang 99 itu. Satu lagi Embah nak Ujai tahu juga bahawa berkongsi nikmat adalah juga ibadah, ia sebahagian dari konsep Ilmu yang dimunafaatkan. Dan inilah antara yang Allah akan kira sebagai amal soleh bila kita berjumpa dengan Nya nanti. Jadi Ujai harus bersyukur banyak dalam bentuk amalan dan perbuatan yang bersesuaian dengan nikmat yang Allah beri.Tapi Ujai kena ingat juga Ilmu mesti sentiasa cari. Tetapi Ilmu is a means to an end, dan buka an end in itself. Sebab itu jangan ghirah cari ilmu tetapi tidak mencari masa untuk mengapikasi ilmu itu, atau menghayati ilmu itu. Jadi kalau begitu ilmu itu jadi sia-sia.
Nanti bila lapang masa Embah nak berbicara atau bersembang lagi dengan teman Embah itu. Teman Embah inilah dulu yang banyak beri Embah inspirasi dalam mencari jalan menuju yang benar. Jadi bila Ujai dewasa nanti pandai-pandai pilih kawan. Eluk nya Ujai ada kawan yang lebih dari Ujai supaya Ujai boleh belajar darinya. Dan Ujai berkawan juga dengan yang kurang dari Ujai supaya Ujai boleh berkongsi apa jua dengan nya. Betul tak? Embah tak ada nanti, Ujai tanya pada Ibu.

No comments:
Post a Comment