"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, October 8, 2009

BRAIN VS BRAIN

"Brain to brain, at best, we will only equal them. It is Brain to Brain to Ruh that will give us the Cutting Edge." Wo...Wo....Wo... what was that all about? Remarked a friend when I said that with a tone that sounded more like a sermon than giving an opinion.

Nothing great, folks! I was just remembering my days at the office many years ago as I went through my "garbage" which I treasured, but now think maybe its time to throw them away for good.

Satu hari lebih 10 tahun yang lalu aku duduk "bersembang-sembang" dengan seorang pegawai khas menteri pendidikan yang kebetulan dia seorang kawan akrab, mengenai hal-hal dasar pendidikan dengan tujuan memberi pandangan di mana kekuatan dasar kita dan di mana kelemahannya. Ini lebih sepuluh tahun yang lalu dan mungkin sudah tidak relevan lagi. Tapi bila aku dengar-dengar dan aku lihat-lihat dan aku renung-renung hal-hal di sekeliling, aku rasa masih ada sesuatu yang tidak begitu kena dengan dasar pendidikan kita yang menyebabkan masyarakat kita jadi begini sekarang ini. Apa maksud "jadi begini?", pasti ada yang bertanya demikian.

Semua orang tahu pembentukan minda masyarakat, pembentukan budayanya dan lain-lain lagi yang berkaitan dengannya bukan hasil dari dasar pendidikan semata-mata. Ia adalah hasil kesemua dasar dalam negara tapi yang pentingnya adalah pendidikan. Kalau pendidikan kita sekular, maka sekularlah majority rakyatnya. Fenomena seperti ini boleh berlaku di mana-mana.

Kalau pendidikan kita bersifat sekular maka kekuatan minda kita pun hanya berkisar dalam ruang linkup sekular. Kita telah lihat hari ini bagaimana negara Islam, atau negara yang majoriti rakyatnya Islam cuba mengejar kemajuan menggunakan wadah sekular, maka kita lihat hasil nya yang amat tidak memuaskan. Rata-rata negara-negara seperti itu hanya menjadi "pengikut". Tidak dapat menerajui kempimpinan yang benar-benar dapat mempengaruhi kuasa asing untuk tunduk padanya.

Sudah terbukti dalam sejarah Islam bahawa Kepimpinan negara Islam telah dapat menguasai dunia satu ketika dulu, terutama dizaman khulafa' Rosyidin. Dari fakta ini lah aku cenderung mengatakan kalau kita hanya menggunakan aqal / minda, kita hanya boleh setaraf dengan kuasa yang kita ingin tandingi. Kita tidak dapat menguasi mereka sepenuhnya. Hari ini kita lihat kepimpinan negara Islam banyak yang tunduk pada kehendak musuh-musuh Islam. Mereka hanya meyakini bahawa untuk berkuasa kita mesti kaya dan punya kekuatan tentera yang gagah perkasa. Kita lupa Allah telah buktikan dalam sejarah Islam bahawa jika kita kuat minda dan kuat iman dan taqwa, Allah akan perintahkan malaikat untuk membantu. Ingatlah satu peristiwa di zaman (kalau tak silap) Saidina Umar R.A di mana ia memberi tahu panglima perangnya kedudukan musuhnya semasa ia sedang berkhubah Jumaat. Bila ditanya sahabat pada kemudianya semacam ada sesuatu yang tidak kena, Umar menceritakan perihal perang yang ia nampak kedudukan tentra Islam yang terkepung. Ini ilham dari Allah kerana Allah telah membuka hijab hatinya. Ini terbukti iman dan taqwa boleh membuat kita "kalis radar dan kalis virus".Teknologi perlu, memang perlu. Dan logistik peperangan pun perlu. Tetapi iman dan taqwa akan mentukan pertolongan Allah sebenarnya.

Orang Islam di dunia sekarang ini bilangannya ramai. Tetapi musuh-musuh kita tidak menunjukan bahawa mereka gentar dengak kita. Antara sebabnya ilah kita ramai dari segi quantiti tetapi amat rendah dari segi qualiti. Dalam Islam qantiti dan qualiti adalah penting, tetapi QUALITY lebih dititiberatkan. Qualiti bukan saja dari segi akal fikiran tetapi dari segi ketaqwaan pada Allah swt. Hadith berikut dapat memberi kefahaman ini:
" Dikhuatirkan keaddan kamu nanti akan diperebutkan oleh umat lain daripada setiap penjuru sepertimana perebutan makanan disekeliling dulang. Sahabat Nabi bertanya: Adakah kerana jumlah kita sedikit, sehingga kita diperebutkan oleh kaum lain dari setiap penjuru? Nabi menjawab: Jumlah kamu besar dan ramai tetapi keadaan kamu ketika itu tidak ubah seperti buih (banjir buih). Allah telah melenyapkan keluar rasa takut dari hati musuh-musuh kamu terhadap kamu. Pada masa yang sama ada dalam hati kamu 'wahn' ( iaitu rasa takut dan bimbang).Nabi kata mereka suka pada dunia dan takut akan mati."  
Ini yang membimbangkan Nabi terhadap umatnya. Musuh tidak gerun pada orang Islam.

Itu yang aku katakan Brain to Brain you will only equal them at best. Its Brain to Brain to Ruh that gives you the cutting edge. Yakinlah wahai teman. Jalan ini sahaja kita boeh menanag. Sebab Allah telah janji dalam Surah An Nur ayat 55, 56, dan 57 bahawa umat Islam akan memerintah bumi ini, tetapi ia bersyarat. Lihat terjemahan ayat-ayat seperti berikut:

" 55) Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh diantara kamu: bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredhainya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadah kepada Ku denga tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan siapa yang kufur engkar selepas itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

56) Dan dirikanlah oleh kamu akan solat serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh Rahmat.

57) Janganlah kamu menyangka orang-orang kafir itu akan dapat melemahkan kekuasaan Allah di dunia, sedang tempat kembali mereka ialah Neraka; dan sesungguhnya Neraka itu seburuk-buruk tempat kembali."

Pada hari ini , bukan orang Islam yang memerintah sebahagian besar dunia. Tetapi jika kita perhatikan, mereka sentiasa dalam ketakutan. Dan kerana ketakutan mereka menyerang negara Islam dulu, (preemptive war). Dalam ayat di atas Allah menjanjikan Allah akan gantikan rasa ketakutan dengan ketenanagan. Ayuh, yakinlah kita dengan janji Allah. Semoga pemimpin-peminpin juga akan meningkatkan Iman dan Taqwa dan mengatur strategy baru untuk bertahan. Jika mereka menyerang, kita tidak teragak-agak untuk berjuang bermati-matian. Kenapa agaknya perang di Afghanistan telah belarutan 8 tahun tapi tentera Amerika dan sekutu-sekutunya belum boleh mengalahkan yang mereka anggap "terrorists". Sayangnya orang Islam tidak bersatu hati dan belum mencapai tahap keimanan yang benar-benar dapat menyatupadukan kesemuanya. Mungkin sebab itulah belum tercapai hasrat menjadi "khalifah di bumi" seperti di sebut dalam ayat di atas.

Ayuh, kita kembali pada jalan Allah sepenuhnya. Jangan sebahagian-sebahagian sahaja. Ayuh kita tingkatkan Iman dan Ehsan Janji Allah pasti tiba. Ya Allah berilah pertolongan pada kami. Kepada Engkau kami semua akan kembali.

No comments:

Related Posts with Thumbnails