Satu yang indah dalam cara masyarakt Malaysia merayakan Eidulfitri ialah perkumpulan dan perjumpaan sanak saudara jauh dan dekat. Maka betullah pepatah mengatakan: YANG JAUH DI DEKATKAN, YANG DEKAT DIRAPATKAN, YANG RAPAT DIMESRAKAN.
Apa yang ingin dikongsikan kali ini ialah melihat proses pendewasaan cucu-cucu dan cicit-cicit Emak dan Bapak ku ketika perayaan Eidulfitri. Emak ku meninggalkan oneng-oneng, iaitu lima generasi ke bawah. Untuk lebih jelas lagi, cucu Emak ku sudah ada cucu.
Cucu dan cicit yang bilangnya aku tak pasti sekarang, mempunyai berbagai ragam dan berbagai nilai hidup mengikut ragam dan nilai hidup ibu bapa mereka yang mempunyai latar pendidikan formal yang berbagai dan pendedahan kepada unsur-unsur penghidupan yang berbagai. Ada yang membesar di kampung dan ada yang di bandar dan ada yang kedua-duanya sekali.
Dalam yang ramai-ramai itu satu keluarga ini menarik perhatian ku. Dia cucu pada kakak ku yang bapanya berkerja dengan Petronas dan sentiasa berpindah randah tempat berkerja. Pada Eidulfitri kali ini mereka datang dari Trengganu. Namanya Taufiq dan masih sekolah rendah. Bila bersalaman dia di "ejek" oleh kakak-kakak dan abang-abangnya supaya jangan menangis. Aku bertanya apa salahnya menangis? Eee,..Tak best la Tok Chu! ( gelaran panggilan dalam keluarga di Pontian). Dia apa sikit pun suka nangis. Eh, .. nanti dulu. Jangan cepat buat tanggapan, kalau suka menangis tu tak best. Aku cuba menepis pendapat mereka. Aku lihat mukanya berubah dan dia terus beredar tempat ke ruang tamu.
Sudah agak lama aku perhatikan Taufik ini agak berlainan. Pada ku dia berwatakkan sensitif dan amat perhatin pada adiknya. Taufik adalah anak ketujuh dari lapan orang anak. Satu hari aku dan suami menziarahi mereka di Kuala Trengganu sambil melihat-lihat kempen pilihan raya kecil tidak lama dahulu di mana parti PAS telah menang. Dia hendak ikut sama "berkempen". Tetapi kami melarangnya kerana dia masih terlalu muda untuk melibat diri dalam hal-hal seperti ini. Kami pun hanya suka-suka melihat ramainya orang berkempen dari dua-dua belah pihak.
Esuknya bila kami hendak pulang, Taufik membawa dompet duit nya dan berkata' "Tok Chu ini duit Topik kumpul nak bagi pada orang Palestin,". Terkejut besar ku lihat. Mak nya pun sama terkejut. "Betul ke nak bagi ni?" Aku cuba meyakinkan didri ku. "Ia, Tok Chu. Tak apalah. Nanti Topik kumpul lagi." Aku ambil dan aku kira. Semuanya ada lebih 80 Ringgit. Rasa terharu melihat sikapnya.Kata Maknya dikumpul duit Raya dan duit belanja sekolah sedikit-sedikit.
Maka teringat aku peristiwa itu dan ku kata pada adi beradik yang lain bila dia diejek suka nangis. "Jangan perli Topik. Dia nangislah sebab mungkin kali ini saja dia jumpa Tok Chu yang dah tua ni." Yang lain diam. Topik pada ku adalah pejuang kecil. Dari umur sebegitu muda sudah faham perjuangan membebaskan Masjid al Aqsa dan sekali gos membebaskan Palestine, bumi barakah uamt Islam."Jangan silap sangka, orang senang nangis bukan mesti dia 'lembik'. Topik kuat lah maka Topik nangis. Dia kuat pada perasaan dan perasaan itulah yang dorong buat kita jadi kuat pada diri kita." Ku cuba bela dia di depan adik beradiknya. Yang tak nangis tu mungkin yang kena tengok kenapa susah nak nangis. Takut hati tak peka pada perihal di sekeliling kita. Terdiam yang lainnya. Topik nampak lega dan beredar untuk Solat Zohor kerana sudah masuk waktu. Aku terus terharu, rupanya ada yang memahami perbincakangku dan percakapan ku dalam keluarga. Seorang pun sudah memberi rangsangan untuk terus berbuat sesuatu memperjuangkan kebenaran Islam ini. Alhamdulilah, semoga makin bertambah ahli keluarga ku yang mahu jadi pejuang, bukan sentiasa mengikut sahaja.
adik bongsu Taufik
Semoga Allah memberi petunjuk dan memberi hidayah dan dan kebijaksanaan yang unggul untuk menjalani hidup dalam ruang lingkup Tauhid Islam.
No comments:
Post a Comment