"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 7, 2009

CUBA MEMAHAMI

Aku cuba memahami sajak di bawah ini yang aku jumpa dalam simpanan. Semoga Allah swt yang maha mengetahui isi hati hamba-hambaNya akan memimpin hati ini untuk bersamaNya.

HASRAT HATI

...........inilah titian !
titian suci
jalan makrifat ahli hakikat menuju ilahi
tuhan maha pengasih maha penyayang selau merahmati
ku ajak mu ke sana
datanglah segera ! mari kemari!
kita mendaki meniti pelangi
membawa hati
ke hadhrat qudus di taman suci rabbani
alangkah indahnya! semuanya sepi
penuh ketenteraman penuh ketenangan jiwa insani
apakah tak mahu datang ke sini?!
kepada tuhan mu tidak mencintai?!
masih menurut nafsu syatani?!
sampingkan keduniaan lempar ke belakang daki-daki duniawi!
kikis segala kotor dan karat yang melekat hati sanubari
biarkan sampai bersih putih suci
harum mewangi bercahaya nurani
supaya sesuai untuk pandangan pencipta insani
tuhan semesta alam rabbul-alamina rahim rahmani

..................ilahi rabbi!
aku berdoa memohon kurnia kelimpahan rahsia
rahsia makrifat
rahsia hakikat
rahsia kaum orang bahagia
namun aku merasa sedih .......... berdukacita
jiwa ku kotor ....... berkarat berdaki orang sengsara
hati pun lalai sering lupakan mu selalu alpa
fikiran kabur berpura-pura
haluan bercelaru entah ke mana
bentengilah aku ....... bentengilah segera!
dalam istana makrifat taman hakikat kemuncak gembira.

oleh:
Syed Ahmad Semait.

No comments:

Related Posts with Thumbnails