"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 21, 2009

LARI

Tiga hari dulu pembantu rumah yang diamanahkan pada ku oleh anak ku untuk di ajar serba sedikit mengenai pengurusan rumah tangga telah lari. Ini perkara dah terlalu biasa berlaku. Aku cuba menenagkan hati anak bila ku beri tahu pngasuh anaknya telah lari dan dia rasa agak kecewa. Tak hairanlah dia kecewa sebab dia baru berumah tangga dan isterinya baru melahirkan anak kedua dan sedang dalam pantang di kampung bersama ibunya.

Bukan sangat soal lari yang aku ingin bicarakan di sini tetapi tentang reaksi kita mengenai peri laku pembantu rumah tangga seperti itu. Rata-rata kita akan mengutuk perilaku seperti itu. Kita akan marah pada agesi yang kita pilih untuk mengendalikan kontrak kerja mereka dan bermacam-macam lagi. Bila kadang-kadang kita bercerita tentang hal ini, hampir semua yang mendengar akan bercerita pula perilaku pembantu masing-masing. Aku sendiri ada berbagai pengalaman hingga tak terdaya hendak bercerita tentangnya lagi.

Aku sendiri mengajak diri ku untuk bertanya mengapa kita sangat upset, marah dan geram jika pembantu lari atau berbuat sesuatu yang tidak boleh di maafkan, terutamanya dari segi soal-aoal amanah dan kerajinan kerja, soal keselamatan anak-anak dan soal- soal yang mencurigai dari segi hal-hal moral dan sebagainya.

Setelah beberapa tahun bepegalaman dengan perihal karenah pembantu, aku tanya pula diri ku sendiri : "Kita ni marah sangat bila orang melawan kita, menimbulkan masaalah pada kita, tidak amanah pada kita dan lain-lain lagi. Tetapi pernahkah kita terfikir bagaimana Allah melihat kita dalam hal ini. Untuk jelas lagi, mari kita tanya apa agaknya pemerhatian Allah terhadap kita sebab kita tidak terkecuali dari berbuat kesalahan seperti itu terhadap Pencipta kita. Sudahkah kita tanya diri sendiri tentang perihal kelakuan kita sendiri yang Allah pasti kurang senang dengan kita. Contohnya, kita suka melewat-lewatkan solat, yaini kita tidak solat tepat pada waktu. Kita cerita pasal orang lain yang boleh dikategorikan sebagai mengumpat, kita tidak menutup aurat dengan sempurna, kita lalai dan membuang masa dengan program seperti Jom Heboh, sehati berdansa, kita tidak menuntut ilmu untuk benar-benar memahami Islam, di pejabat kita merangka dasar dan program yang bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam dan bermacam-macam lagi. Apa agaknya Allah kata tentang diri kita? Kita pandai marah pada pembantu dan pengasuh, atau pada subordinates kita di pejabat, tapi kita bagaimana? Sudahkah kita benar-benar berazam untuk membuat semua yang Allah suruh dan tinggal semua yang Allah larang? Saya sendiri masih banyak kurangnya. Jadi sekarang saya tak mahu marah sangat dengan pembantu yang lari. Sebenarnya mereka itu dalam masaalah. Mereka perlau bantuan. Tetapi kita selalu mengaggap itu bukan tugas kita.

Mungkin ada yang mengatakan hujah ku ini tidak relevan langsung. Tak apa jika berpendapat begitu sebab minda kita memang selalu mahu mempertahan diri sendiri. Jika ada masaalah pasti orang lain yang salah atau sebagainya. Ada yang berpendapat manakan patut kita nak tolong orang lain sebab masaalah kita sendiri pun tidak selesai. Tak apalah jika aku ini dianggap tidak relevan. Cuma tujuan ku hanya mahu mencadangkan untuk menggunakan peristiwa "LARI" ini sebagai landasan membuka fikiran untuk melihat diri kita ke dalam. Lihat diri kita dari kaca mata Pencipta kita. Sebab pembantu itu pun Allah yang cipta. Kita harus bertindak dibawah prinsip-prinsip yang sama.

Kesimpulan nya, aku hanya ingin mengajak semua untuk muhasabah diri bila sesuatu yang tak kena berlaku pada diri kita. Semua masaalah kadang kala dia kait mengait. Kalau pembantu lari, jangan marah sangat. Tetapi cuba rasa insaf betapa kita sebenarnya tidak dapat menguasai kesemuanya walau pun kita berharta dan punya wang ringgit yang mencukupi. Kita rasa kita pandai dan bijak tetapi tidak juga dapat "menguasi" pembantu kita. Mungkita kita kurang berdoa dan berserah diri pada Allah setelah berikhtiar. Munkin kita rasa soal pembantu ni kecil sangat untuk mohon doa dengan Allah untuk memudahkan urusan kita. Aku tidak pasti apa yang ada pada minda sesaorang. Cuma aku pasti bahawa setiap kita tidak sempurna.Kita perlu pertolongan Allah walau hal itu sekecil zahrah sekalipun.

Walahh'alam.
Sama-sama kita fikir dan doa Allah memberi pertolonan dan kurnia RahmatNya yang tidak terhingga.

1 comment:

sarah said...

terima kasih mak, kerana banyak bantu kami sekeluarga. Hanya Allah dapat membalas jasa mak. So far maid yang ada ok dan sangat membantu. Alhamdulillah.

Related Posts with Thumbnails