Lantang suara seorang teman seperjuangan yang sangat aktif dalam kegiatan Badan Sukarela bukan kerajaan (NGO) bila memperkatakan mengenai peranan NGO dalam mengangkat martabat masyarakt dalam berbagai bidang. Beliau ialah Dr. Robiah Bt. K. Hamzah yang bercakap dalam satu forum yang di anjurkan oleh JAIS / MAIS pada hari sabtu 24 Okt. di Shah Alam. Beliau adalah Pengerusi, International Muslim Women's Union. Kagum saya mendengar kepintaran, kepetahan dan kebijaksanaan beliau dalam membentangkan isu kelemahan dan kekurangan NGO dalam memainkan peranan masing-masing megikut misi dan visi dan falsafah perjuangan yang telah digariskan dalam Profile organisasi masing-masing. Saya yakin tujuan beliau bukanlah untuk memperkecilkan usaha NGO tetapi untuk merangsang dan mencabar kami agar meningkatkan kesedaran dan sekali gos mempertingkatkan prestasi untuk mempertabatkan NGO terutamanya NGO yang wadah perjuangannya ialah Islam walaupun tidak ada dalam gelaran nama NGO itu yang menunjukan ia adalah pergerakkan Islam secara langsung.
Beliau berkata yang dirumuskan seperti berikut :
- Rugilah NGO kalau ahli-ahlinya bersikap mengambil ringan tugas yang dipegang dan bersikap "kalau sempat saya buat". NGO bukan tempat untuk bekerja sukarela dengan erti seperti di atas tadi, tapi ia adalah satu pertubuhan yang memerlukan komitmen yang total kalau tonggak perjuangan adalah ISLAM. Kalau tugas yang diharapkan oleh JAIS/MAIS adalah DAKWAH, maka ia bukan kerja sukarela.
- Dakwah tidak boleh dibuat secara sukarela. Dakwah adalah wajib bagi semua individu muslim mukmin. Bukan NGO yang berlebel Islam seperti ABIM, Persatuan Pengguna Islam dan lain-lain yang ada nama Islam dalam gelarannya sahaja yang harus memikul tugas dakwah. Dakwah disini bukan konsep yang sempit tetapi ia meliputi semua aspek kehidupan manusia, ummah sejagat. Kalau faktor kemisikinan boleh menjejas dan membabit terputusnya aqidah, maka adalah fardhu ain untuk membenteras kemiskinan. Dan perjuangan nya juga adalah perjuangan "bermati-matian".
- Maka yang demikian, dakwah tidak dihadkan disesuatu tempat khas seperti Masjid dan Surau-surau sahaja. Dakwah tidak ada zone operasi. Setiap jejak adalah dakwah.
- Maka dalam dakwah itu sendiri kita harus menggalakan orang mengambil bahagian aktif dalam NGO atau sekurang-kurangnya menjadi penyokong yang jitu dengan usaha tamabahan. Ramai yang tidak minat masuk dan bergiat dalam NGO kerana usahanya tidak digaji. Maka Dr Robiah kata : Lupakah kita ganjaran Allah (gaji paling mahal dari Allah) yang menenti itu lebih besar berganda-ganda dari gaji. Jangan kita menyempitkan konsep"gaji". Ini adalah tabongan kita untuk akhirat yang pasti. Akaun simpanan di Bank belum tentu itu tabungan untuk akhirat.
- Oleh kerana tidak bergaji, maka kuranglah ahli-ahli NGO yang kerja sepenuh masa itu terdiri dari orang golongan muda. Dalam konteks ini Dr Robiah menyarankan alangkah eloknya kalau pihak kerajaan memberi sokongan kuat pada pergerakkan NGO dengan memberi keistimewan cuti tanpa rekod atau "time off" jika ada pegawai-pegawai yang mahu melibatkan diri dalam NGO dari umur muda lagi untuk membolehkan mereka menghadiri mesyuarat yang terpaksa diadakan dalam waktu pejabat biasa. Langkah ini adalah selaras dengan dasar "perkhidmatan penyayang" kerana pegawai-pegawai itu sudah mula melatih diri dan minda untuk kerja suka rela. Kalau mereka suka dengan kerja sukarela pastinya dipejabat mereka akan bersikap lebih toleransi dan punya 'empathy' dalam keadaan tertentu. Inilah 'value added' yang kita harus yakini ada nanti dikalangan orang-orang seperti ini. Kalau sekarang ini di jabatan-jabatan kerajaan ada Kelab Kebajikan, ada Kelab Sukan dan lain-lain sepertinya, maka apa salahnya di tubuhkan Kelab NGO? Saya yang berpendapat demikian.
- Oleh kerana amat segelintir penglibatan orang-orang muda dalam NGO, maka NGO dikatakan ia adalah Kelab Orang-Orang Pencen. Alangkah malangnya anggapan ini.
- Kalau anggapan masyarakat begitu 'pathetic' terhadap NGO, apa yang harus kita buat. Anggapan seperti ini adalah lahir dari proses dakwah yang rata-rata hanya memberi ilmu tetapi amat kurang yang mengangkat perasaan jiwa. Jika ilmu banyak tetapi jiwa dan Ruh tidak terbina, maka tahap keimanan kita hanya setakat 'kepercayaan' dan belum ketahap 'keyakinan' dan 'penghayatan'. Kita tidak rasa kita dekat dengan Allah. Dr Robiah bertanya secara umum : Ketika mana kita rasa amat dekat dengan Allah. Ramai yang mengatakan : ketika solat, ketika sakit, ketika susah dan lain-lain seperti itu. Jika demikian maka seperti amat sebentar benar kita merasai diri kata dekat dengan Allah. Dalam hal ini kita harus muhasabah diri. Kalau kita tidak rasa rapat, maka komitmen kita pastinya amat longgar. Maka kuranglah daya penggerak untuk berusaha berjuang menegakan kebenaran. Maka harus kita mencari jalan untuk muraqabah dengan Allah.
Secara ringkas itulah sedikit sebanyak yang dapat saya rumuskan. Saya rasa terpanggil untuk memperbahuri tekad saya sendiri dan saya berazam untuk bertemu dengan pihak yang berkenaan di Jabatan Perkhidmatan Awam kalau dapat mereka menimbangkan saranan Dr Robiah mengenai cuti tanpa rekod itu.Semoga Allah memberi peluang dan jalan untuk merealisasikan saranan ini untuk kebaikan bersama.
Semoga semua NGO bertapak kuat dan dapat membentuk jemaah memikul objectif yang sama demi Islam.
2 comments:
salam sobah. comprehensive summary of seminar l didn't attend. True enough we are brought up in a system that focus on livelihood that is ascertained actually. Yang tak pasti ialah amal ibadah yang perlu istiqamah dan meningkat. Itu sebab persekitaran penting memain peranan ke arah meningkatkan kesedaran dan ketaqwaan. l called it conscious and cautious. We are not connscious enough as Muslim and never cautious of what Allah want us to do. Refer surah AlMulk ie to determine who among us has the best amal that can be generated via NGO. To me NGO to ikhlas dan lillahitaala. Kalu ada agenda lain such as pangkat dan status, orang kenal dan sebagainya susah sikit. Kena banyak muhasabah dan ada kerendahan hati nak kerja as a team. Lets pray that NGO can make a change to us first. WaAllahu'alam
Tq for visiting. I'm going to write on what Dato Aidit has to say about Integrity,(insyaAllah). What you've just said is touched upon by Dato Aidit. He has some brief notes. But listening to him, alhamdulilah was the best thing I have ever done for a long time, because based on his talk I found answers to my own problems. I'm thinking the topic would be "ITEGRITY PAR- EXCELLENCE" May Allah show me how.
Post a Comment