"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, November 10, 2009

SENIOR LADIES 2



Semalam kami bertemu sekali lagi untuk merai dan mendoakan seorang teman akrab pergi menunaikan fardhu Haji. Kami bertemu di Rumah PTD terletak di kawasan Taman Tasik Perdana. Kami tidak ramai dan perjumpaan itu tidak lama. Namun kami dapat juga menyelitkan suatu perbincangan mengenai Satu Seminar anjuran Alumni PTD yang akan di adakan pada 19hb November ini. Ia akan membincangkan mengenai Ekonomi Malaysia. Ramai peserta yang telah mendaftar tetapi kebanyakkannya adalah dari sektor swasta.




Kami agak tertanya-tanya mengapa pegawai- pegawai sektor awam agak tidak minat untuk menghadiri Seminar seperti ini. Setakat ini bilangannya belum ramai. Adakah mereka memikirkan ini tidak begitu relevan dengan kerja harian mereka. Atau adakah kerana yuran agak mahal. Atau apa agaknya sebab musabab.

Kalau kerana sangkaan tidak relevan, alangkah kecilnya pemikiran pegawai-pegawai perkhidmatan awam. Kalau kerana mahal, takkan rm 300/- itu mahal, demi ilmu. Saya takut kalau-kalau pegawai sektor awam agak lethargic sikapnya. Saya takut kalau-kalau mereka sudah agak terperangkap dalam zon selesa. Tolonglah leraikan kekhuatiran saya ini.




Saya agak risau dan amat terkilan kalau sikap pegawai perkhidmatan awam begini rupa, tidak kiralah jenis pengkhususan apa mereka tergolong. Apa jua pengkhususan, Ekonomi adalah kepentingan semua, kerana kalau ekonomi lembab maka semua lapisan masyarakat akan terjejas, termasuk lah semua pegawai perkhidmatan awam. Maka kenalah ambil tahu sedikit sebanyak supaya cara pemikiran kita lebih menyeluruh. Maaflah kalau saya ini seperti menjaga tepi kain orang. Cuma perbincangan hari ini walaupun dalam suasana santai sedikit sebanyak mengingatkan kembali waktu saya berkhidmat dahulu. Saya selalu kena "neutralize" oleh boss saya kerana berfikiran "lain sedikit pada yang lain". Saya suka "to call a spade a spade". Bukan saya tidak yakin dengan prinsip " a rose is a rose by any other name", tetapi kadang-kadang bahasa diplomasi terlalu "long-winded" dan saya rasa macam tidak cukup masa dan saya takut ahli mesyuarat kurang jelas.




Sehubungan ini saya rasa agak kabur tentang kualiti sumber manusia kita. Dahulu saya bekerja di Kementerian Pendidikan selama 20 tahun. Saya menjadi ahli mesyuarat pengurusan tertinggi dan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan yang dipengerusikan oleh YB Menteri. Walaupun saya bukan guru bertauliah tetapi pengkhususan saya adalah dalam "Education Policy Studies" diperingkat Sarjana. Jadi sedikit sebanyak saya mampu memahai kekuatan dan kelemahan sistem pendidikan kita di Malaysia. Banyak yang saya bersetuju tetapi ada dua tiga perkara yang saya merasa tidak selesa dengan apa yang berlaku. Saya berpandangan sistem kita tidak menggalakan pelajr berfikiran kreatif. Guru tidak ramai yang menggalakan pelajar bertanya soalan bebas. Sebabnya kerana kurang masa. Pada saya sistem sedemikian amat merugikan kerana apabila dewasa dan lulus Universiti sekalipun, ramai yang takut-takut untuk bertanya dan ramai yang "shy away" dari sessi soal jawab. Saya selalu mengatakan mungkin ini adalah kerana amalan mengadakan LATIH TUBI dalam persediaan menduduki peperiksaan awam. Saya berpendapat Latih Tubi membekukan akal fikiran. Pelajar menjadi kurang kreatif dan bila masuk dalam dunia pekerjaan, mereka tidak menyerlah dalam memberi pendapat mereka dan tidak berani mencadangkan tindakan alternatif jika menghadapi masaalah.




Saya kurang pasti sekarang. Tetapi apa yang saya lihat di sekeliling saya, aspek ini tidak banyak perubahan jika saya amati apabila saya berinteraksi dengan anak anak muda sama ada semasa bekerja atau semasa berehat. Kenapa sumber manusia kita ramai yang takut bertanya dan takut untuk berbeza pendapat. Munkinkah antara sebabnya ialah kerana dalam media masa tidak banyak ruang yang mencabar minda mereka untuk mereka berfikiran bebas. adakah mereka disogokkan dengan pendapat-pendapat yang satu hala sahaja. Saya tidak dapat menjawab isu ini. Saya cuma seorang pemerhati.




Kami bersurai tengah hari itu agak tidak puas hati mengenai beberapa perkara. Tetapi apakan daya. Kami golongan pesara dan medan perjuangan kami sudah mengecil. Semoga generasi muda tidak banyak bersantai, tetapi mengisi masa dengan berbagai aktiviti yang memberi munafaat bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk masyarakat. Banyakan bermunajat pada Allah dan mohon petolongan supaya menjadi individu yang takut hanya pada tempatnya. Selamat maju jaya pada generasi muda dan selamat berjuang.
p.s gambar senior ladies yang hadir.

2 comments:

noraini said...

salam sobah. i post my comment tadi, among the common column. hope u get it. tahniah for writing from your heart. tiada alasan nak beri sebab tak join function, mungkin belum rezeki

ngasobahseliman said...

Tq atas perhatin.

Related Posts with Thumbnails