"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, July 13, 2013
Berkejaran @ Ramadhan
.....ibarat bersihnya dan sucinya seorang bayi.
Banyak sekali ceramah dan penulisan di alam maya mengenai keistimewaan bulan Ramadhan. Walaupun sudah bertalu-talu mendengarinya setiap tahun menjelang Ramadhan, tetapi setiap kali saya mendengainya lagi, hati saya menjadi lebih teruja dan ingin memperbaiki diri dalam usaha bertaqarub dengan Allah swt yang maha Pengasih maha Penyayang.
Maka pada hari pertama puasa saya pergi awal ke Masjid untuk iftar bersama jemaah masjid dan mereka yang datang yang mahu mengimarahkan Masjid terutamanya di bulan mulia. Namun rezki kurniaaan Allah tidak kita tahu sepenuhnya. Pada Iftar hari pertama rupanya ada masaalah komunikasi antara ahli Jawatankuasa Masjid dan sukarelawan yang bersetuju membawa juadah. Maka kami hanya makan kuih-muih sahaja dengan sedikit hidangan nasi. Alhamdulilah, kenyang juga walaupun tidak rasa meriah seperti tahun lepas di mana majlis Iftar di laksana sebahagian besarnya oleh sukarelawan. Terdetik dihati saya rasa "kecewa" yang tidak sewajarnya terjadi kerana redha Allah boleh tercapai berbagai cara dengan Rahmatnya.
Maka saya memarahi diri sendiri kerana terlintas rasa kecewa walaupun seketika. Ini bererti usaha mendidik hati untuk bersyukur dalam apa jua keadaan belum tercapai sepenuhnya. Memohon keampunan Mu, Ya Rabb...
Tidak ingatkah bagaimana habuan mereka yang Allah uji dengan peperangan, dahulu dan sekarang. Tidak terfikirkah bagaimana pelarian perang menyambut Ramadhan dalam suasana yang sentiasa terancam akan keselamatan diri dan keluarga. Tidak terfikirkah bagaimana pejuang-pejuang Islam merengkuk di penjara dan mungkin terus menerus di sikasa dan dizalimi? Tidak terfikirkah?.....tidak terfikirkah?........
Kalau syaitan dibelenggu sepanjang Ramadhan, maka rasa kecewa walau sedikit dan setitik sekalipun pastinya lahir dari hati yang belum sepenuhnya dapat menundukan Ego. Semoga doa disepanjang Ramadhan Allah dengari dan diri ini dapat mengikhlaskan hati sebenar-benarnya dalam menjalani amal ibadah di mana jua dan bila-bila masa jua.
Esuk paginya dalam usaha mahu memperbaiki diri saya berkejaran turun tangga di rumah untuk mengikuti suami saya ke Masjid bagi solat Subuh.
Boooom.!...saya tergelincir dan jatuh melangkaui 2 mata tangga. Pastinya kesakitan dan saya terpaksa membatalkan tujuan ke Masjid. Setelah melihat jatuh saya tidak serious, suami saya pergi sendiri. Saya terduduk barang 20 minit mengurut-urut lutut dan jejari kaki kerana disitu yang terasa kesakitannya. Kemudian sebahagian solat saya tunaikan dengan duduk di lantai.
Alhamdulilah kini sudah hampir sembuh sepenuhnya cuma kelihatan lebam di jejari kaki. Alhamdulilah....Allah mecuit diri memberi ingatan. Betapa sesuatu kemalangan boleh berlaku bila-bila masa. Seperti MAUT juga. Siapa dapat menduga.
Kini saya cuba bertenang. Dan sekarang saya mengajak suami mencari Masjid yang tidak laju menunaikan solat Terawikh kerana keadaan lutut dan kaki saya masih belum selesa sepenuhnya untuk membolihkan saya turun naik dengan pantas mengejar perbuatan Imam. Saya masih berazam tidak mahu duduk di kerusi buat masa ini. Rasa seperti tidak puas ketika sujud jika muka tidak terbenam di muka Bumi. Tetapi tiba-tiba teringat dihati saya bahawa Allah tidak nilai kita bagaimana kita sujud tetapi Allah menilai keikhlasan hati dalam pengabdian. Ramai yang sujud dengan muka terletak di atas bumi, tetapi masih banyak kemungkaran berlaku sepertinya sujud itu tidak membawa erti.
Jangan berkejaran tidak menentu, suami saya mengingatkan.
Saya senyum faham dan menginsafi diri. Semoga Allah mengampuni.....
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamu'alaikum kak
Gambar cucu ya..comel..MasyaAllah
pasti amat sakit bila terjatuh seperti itu kak, innalillahi wainna ilayhi raaji'uun. Semoga tidak mendatangkan mudharat kepada kak dan semoga segera perginya sakit akibat jatuh tu, dan dapat beramal sebaik mungkin Hati-hati ya kak. Memang benar kak, sujud di atas bumi lebih memberikan kepuasan kak..saya dah 10 tahun tak dapat bersujud menyentuh bumi..mudah-mudahan Allah membantu kita mendapatkan pengampunan di bulan Ramadhan kali ini..aamiin
Salam werda. I am feeling better now alhamdulilah. Akak solat di Masjid alHidayah. Semoga kita mendapat keampunan dan sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat. Ameen.
Salam werda. I am feeling better now alhamdulilah. Akak solat di Masjid alHidayah. Semoga kita mendapat keampunan dan sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat. Ameen.
Assalam Sis
Alhamdulillah walaupun jatuh tapi tidak cedera - Semoga segera sembuh .
Jangan dok pressure kaki tu , tunggu baik betul-betul dulu baru buang kerusi!
Salam. Tq for being concerned. Kat rumah guna juga kerusi. Kat masjid, move slowly. You sound sihat, as always. May Allah bless us in this Ramadhan Kareem.
Pernah terjatuh 2 kali, sakit kaki dan belakang lama jugak ,ada jugak solat atas kerusi. Pegi jumpa orthopedik - diberi calcium dan vitamin e , lama jugak baru baik...
Post a Comment