"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, July 26, 2013

Juggling Act @ Ramadhan.....


Nyaman suasana rumah kakak di Pontian




Atas beberapa sebab saya harus berkejaran untuk balik kampung 9 Ramadhan yang lalu untuk berurusan dengan kakak yang kini tinggal berseorangan setelah tiada suaminya.

Suami saya uzur dilutut dengan tiba-tiba maka saya terpaksa mengambil alih memandu. Rasa cuak sedikit pun ada kerana kereta yang boleh dibawa hanyalah kereta Mercedes yang sudah lebih 25 tahun umurnya. Saya memberanikan diri dan memandu dari PJ jam 7.30 pagi dan sampai di Tangkak jam 9.00 pagi. Hujan renyai-renyai dan pastinya jalan agak licin, ingatan dihati. Tetapi entah mengapa saya memandu 80-85 batu sejam. Agaknya hampir 130-140 km sejam. Biar betul meter yang telah usang itu menunjukan begitu. Alhamdulilah selamat dan tidak penat.




Saya perlu singgh di Tangkak sebentar untuk beberapa urusan .

Di Tadika SmarTop yang saya membantu mengendali  saya ambil kesempatan masuk kelas dan rasa seronok mendengar anak-anak menyanyi lagu Mandarin. Kami baru dapat guru sementara ia bercuti dari University di Beijing. Amat teruja kerana anak-anak di Taska juga dapat di perkenalkan bagaimana menyanyi lagu Mandarin. Alhamdulilah. Semoga ia memudahkan mereka memahami hidup bersama berbagai kaum dan berbagai kepentingan dari awal lagi. Mungkin harapan ini terlalu tinggi. Tidak mengapa. "A journey of a thousand miles start with the first step."

Guru itu (Teacher An)  pun melatih murobbiah kami dengan harapan mereka dapat mempelajari beberapa ayat dalam bahasa itu yang boleh terus diajarkan apabila guru khas Mandarin itu nanti tiada. Dan dalam cuti semester Teacher An akan berusaha bersama kami di SmarTop untuk memperkukuh subjek bahasa Mandarin, insyaAllah.

Selepas solat Zohor kami bersegera ke Pontian untuk membantu dua orang kakak saya membuat persediaan Majlis Khatam alQuran di surau Kg Parit Semerah keesukan harinya. Saya memandu lagi setengah perjalanan dan rasa tidak sabar untuk segera sampai. Saya dan suami berbuka puasa bersama kakak saya yang tinggal berseorangan ini. Ia amat teruja dan kami membeli makanan di Bazar Ramadhan. Alhamdulilah dapat menghibur hati seorang balu  di bulan mulia ini. Kami juga bersahur bersama. Semasa suaminya masih ada, saya tidak berkesempatan berbuat begitu.



Awal pagi esuknya saya membawa rempeyek Crispy Sufi  ke surau tempat majlis khatam Quran diadakan untuk edaran. Kakak-kakak saya nampak seronok maka saya juga jadi seronok. 

Saya seronok berkhidmat untuk kakak-kakak. Dalam umur senja begini, entah berapa lama lagi kami dapat bersama. Anak-anak muda yang saya tahu kurang minat dalam aktiviti seperti ini. Mereka menjalin hubungan berasaskan teknologi dan jarang-jarang dengan sentuhan. Generasi tua seperti saya dan lebih-lebih lagi kakak-kakak saya, tidak savy dengan teknologi maka kami ketinggalan dalam banyak hal. Ini lumrah, kata anak-anak muda. Ini mungkin kerana mereka tidak dapat melayari hati-hati nurani seorang insan dengan tenungan air muka. WaAllahu'alam.

Selesai membantu,  saya dan suami besegera pula untuk ke Kota Tinggi menziarahi kakak seorang lagi  yang telah lama sakit terlantar disamping suami. Dipertengahan jalan kami dimaklumkan bahawa kakak saya berada di wad hospital Kota Tinggi. Maka saya memandu lagi dan menjadi "embah rempit" dengan kelajuan yang membimbangkan suami saya. Maka saya slow down tetapi hati amat cemburu akan masa yang amat terhad.

Untuk memendekan cerita, kakak saya meninggal dunia pada malamnya, innalilahiwainnailairajiuun....



Saya rasa agak terkilan terpaksa balik ke Kuala Lumpur untuk urusan cucu saudara pula. Kami terpaksa menjadi orang tua untuk memenuhi hasrat cucu-saudara merasmikan hajatnya meminang anak gadis di Taman Melati. Simple sahaja majlis pertunangan di bulan Ramadhan. Kakak saya selaku nenek menyarungkan cincin pertunangan. Semuanya selesai dalam setengah jam. Butiran lanjut dibincangakan kemudian. Rasanya dapatlah cucu saudara saya rasa  lega pulang ke Jepun memulakan tugas barunya. Mereka akan berijab kabul insyaAllah November ini.

Selepas "majlis pertunangan"  bersegera pula saya dan suami bersama keluarga kakak saya balik  ke Kota Tinggi. Anak saudara memandu tetapi kerana mengantuk kami berhenti untuk membolehkannya tidur sebentar. Saya volunteer untuk memandu supaya jimat masa. Maka "embah rempit" lagilah saya  dari Air Keroh hingga exit Kulaijaya dan alhamdulilah kami sampai lebih kurang jam 4 petang. Jenazah kakak saya sudah selesai disemadikan dan kami hanya 'bertahlil'  dan berdoa sebelum berbuka puasa semoga ia sejahtera di Alam Barzah dan Allah mengampunkan dosa-dosanya dan dosa-dosa kami semua. Ameen.

Dalam kesibukan ini, tidak menentu rasa dihati.  Sebentar  rasa sedih, sebentar suka, sebentar cemas dan sebentar kecewa.  Saya takut berperasaan begini. Ada beberapa perkara  merunsingkan saya yang saya ingin perkatakan pada anak-anak kakak saya yang baru meninggal  tetapi  merasakan mungkin masanya tidak sesuai kerana Ramadhan adalah bulan barakah dan seharusnya kita bercerita hal-hal yang mendekatkan diri kita pada yang maha Pencipta, maha Pengasih dan maha  Penyayang. Saya takut mengambil risiko untuk berbicara selain dari itu. Maka saya tangguhkan untuk masa yang lebih sesuai dengan izin Allah jua. Hanya doa yang dapat saya panjatkan semoga generasi muda keluarga besar saya bertambah matang mengurus krisis, tidak mementingkan diri sendiri, suka memaafakan, suka membantu sukarela, kasih pada ibu bapa dan saudara tua, dan kasih sesama saudara. Yang terpenting ialah suka menambah ilmu supaya dapat memahami erti hidup dalam Islam dan dapat merasai keindahan kurniaan Allah berada dalam Islam.

Semoga semua ahli keluarga menginsafi diri dan memohon  semoga Allah menunjuki jalan yang lurus jalan yang benar mencari RedhaNya.

Usai makan malam yang ringkas, saya katakan pada suami bahawa  kita harus pulang segera melalui Pontian untuk bertemu seorang kakak dan esuknya pulang ke rumah Kg Tunku. Rasa inigin segera untuk menyambung semula aktiviti bulan Ramadhan yang kami ketinggalan hampir seminggu lamanya berada di Johor. Saya miss bertadarus / bertadabbur, miss majlis ilmu Ustaz Kariman, miss tarawih 20 rakaat di masjid (hanya buat 8 rakaat bersendirian di rumah), miss berkongsi juadah berbuka puasa di masjid dan miss bacaan quran harian saya.

Semoga Allah mengampuni....semoga Allah mengurnia kebijaksanaan mengurus masa. 

Sebelum pulang saya cadangkan pada kakak-kakak saya kita bersembang dan berbicara hal-hal yang penting secara ringkas untuk keluarga memandangkan  saya rasa tidak dapat balik kampung untuk Hari Raya bersama kerana tidak mampu lagi bersilat dan bersegera kerana kaki suami saya yang sedang bermasaalah.

Saya sangat sentimental hubungan mesra dengan anak-anak buah. Saya berdoa mereka juga merasai yang sama. Maka saya rakam gambar-gambar berikut untuk kenanagan "Hari Raya" saya. Hanya Allah yang menentukan ruang dan peluang untuk bermesra dan apa jua kesempatan saya menghargainya. Alhamdulilah.







Dalam pada itu saya teringatkan anak saudara perempuan yang sebaya dengan saya yang tinggal di FELDA Air Tawar. Khabarnya dia kurang sihat dan sudah mula lupa-lupa. Kini tinggal bersama anak-anak bersilih ganti. Saya sangat sensitif dan simpati jika seseorang itu sudah mula lupa-lupa. Saya ingin ke sana tetapi masa dan keadaan tidak mengizinkan. Semoga Allah beri kesempatan tidak lama lagi. 

Dari sejak umur  saya lima-puluhan saya menjaga ibu mertua yang juga lupa-lupa. Saya bertekad mempelajari teknik menjaga orang lupa-lupa melalui filem dokumentari dan bacaan buku-buku dan apa jua bahan yang ada di alam maya. Ia mengajar saya membina kesabaran. Mereka adalah insan istimewa yang Allah ambil ingatannya awal dalam kehidupan mereka. Semoga menjaga dan mengurus insan istimewa menjadikan saya berhati istimewa di sisi Allah dan dapat melihat kebesaran dan kekuasaan  Allah swt yang maha Pengasih mahsaPenyayang.



Begitulah  keadaan seminggu yang baru berlalu di bulan Ramadhan ini. Kami perlu mengubah jadual yang kami rancang. Semoga apa jua yang berlaku dan usaha yang dilaksana akan menghampirkan diri-diri ini pada Allah jua. DIA yang maha Menentukan, maha berkuasa atas segala tiap-tiap suatu. Semoga  kami masih dalam landasan menuju keredhaanNya.

Mohon Keampunan MU Ya Rabb.....
Mohon Rahmat MU yang tidak terhingga Ya Rabb....


....

2 comments:

Al-Manar said...

Begini hakikat hidup yang kita lebih faham bila umur meningkat. Inilah yang menjadi bahan penulisan saya - berasaskan kerja amal memberi pelajaran kepada anak 2 kampong. Ramai tidak memahami betapa pentingnya sumbangan kita walau sekecil mana sekali pun kepada murid2 sekolah. Apatah lagi kalau dinilai sebagai sedekah jariah.

ngasobahseliman said...

Salam. Terima kasih singgah. Sebenarnya begitu. Ada sempadan dengan generasi muda, cuba mahu merapatkan. Dulu kita saya rasa pun begitu kerana tiada siapa bagi maklumat dan pilihan alternatif. Semoga usaha kita memberi perbezaan yang bermakna dan mendapat Redhanya.

Related Posts with Thumbnails