"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, July 28, 2013

Kita lihat sahaja ke ?...


Acara Penangguhan Tadarus alQuran Ramadhan 2013.



Kelmarin saya rasa serabut dihati, tidak menentu fikiran teringat-ingat peristiwa yang sedang berlaku di Mesir, bumi para Anbia. Saya kuatkan tekad hadir ke Masjid untuk acara tahunan meraikan para teman yang tamat Tadarus alQuran. Saya sendiri tidak tamat. Terselit juga rasa yang tidak menentu.

Hati kecil berkata-kata:
Kita dituntut beramal terbaik di bulan mulia ini dan antaranya ialah membaca alQuran dan cuba memahami maksudnya supaya sedikit demi sedikit kita dapat mempraktikan apa yang termaktub didalamnya. 

Acara diketuai oleh seorang Ustazah pesara perkhidmatan awam dan formatnya mengikut kebiasaan. Ingatan dan fokus minda dan hati saya terpaku pada peristiwa di Mesir dan rasa gelisah walaupun dalam suasana mendengari ayat-ayat suci.  Rasa bersalah pun ada.

Setelah tamat acara kami bertaaruf dan kami diberi peluang jika mahu mencadangkan sesuatu pada JK Tadarus untuk tahun 2014.

Maka saya ambil peluang dan ruang untuk mengaitkan peristiwa yang berlaku di Mesir kini dengan apa yang ada dalam alQuran mengenai negara Mesir. Hendaknya kita jangan hanya membaca alQuran tetapi kosong dalam perjuangan menegakan isi alQuran. Secara santai saya katakan saya peminat Presiden Muhammad Mursi.  Teman sebelah saya tersenyum.

Beliau  presiden luar biasa kebolehannya dalam konteks menerajui kepimpinan umat Islam. Beliau seorang jurutera dan seorang alhafiz, dan saya yakin tinggi iman dan taqwanya. Begitu cerita-cerita yang saya dengari. Tetapi musuh-musuh Islam (termasuk mereka yang mengaku dirinya Islam) meneyebarkan fitnah tentang kepimpinannya dan halatuju negara Mesir yang dipertanggongjawabkan padanya. Maka timbulah pergolakakan yang ada sekarang. Rakyat terbagi dua, satu fenomena yang membimbangkan.

Saya khuatir dan kecewa....

Kita tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan pada masaalah ini, kata dihati kecil.

Tetapi adakah kita lihat sahaja tanpa perasaan ?

Adakah kita hanya meyibukan diri dengan rutin ibadah bulan Ramadhan dan tidak terkesan langsung dengan peristiwa itu ?

Saya sebak didada melihat ratusan ribu, mungkin jutaan,  pendukung presiden Mursi  berlapar dan berpanas di bulan Ramadhan menunjukan kesetiaan pada pemimpin mereka, dan lebih besar dari itu keluar beramai-ramai kerana mereka yakin Presiden Mursi adalah simbol Kebenaran Islam. Mereka komited dengan tindakan mereka walaupun keselamatan diri terancam.

Ada orang yang mengatakan itu kerja bodoh...

Kita bagaimana ye ?  Kita lihat sahaja ?

Saya rasa tidaklah boleh kita melihat sahaja apa yang berlaku dan mengatakan bahawa itu masaalah orang Arab dan biarlah orang Arab yang menyelesaikannya.

Saya sarankan pada teman-teman pagi itu sekurang-kurangnya kita berdoa bersungguh-sungguh semoga Allah menurunkan pertolonganNya. Semoga yang benar Allah tunjukan kebenarannya dan yang batil Allah hindarkan kewujudannya.

Yakin bahawa Allah sentiasa bersama orang yang benar...

AlQuran bukan hanya untuk dibaca. Ia harus dipatuhi sepenuhnya.
Saya sendiri banyak yang tertinggal dan ketinggalan. Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang  bagi diri ini menyempurnakannya. 

Hanya sekadar berkongsi rasa dan terpanggil untuk berpesan-pesan di medan Ramadhan.

Jangan hanya lihat sahaja....

Mohon Redha Mu Ya Rabb...

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails