Hati saya bersama dengan President Mohammed Morsi,. Biarkan ia dikata bermacam-macam oleh mereka yang sebenarnya tidak sayang pada Islam. Ia dituduh seorang "Iskamist" dengan implikasi negatif. Itu interpretasi musuh-musuhnya. Beliau tidak bertindak inclusive dalam mengendali negara dan berbagai lagi tuduhan atasnya.
Photo ehsan google.
Lebih setengah malam saya mengikuti laporan khas dari Astro terutamanya dari channel CNN. Yang lainnya tidak banyak membuat laporan. CNN cuba sedaya upaya untuk berprinsip neutral tetapi bahasa yang digunakannya ada kalanya menunjukan belang sebenarnya. Keyakinan saya pada Morsi tidak boleh dijual beli. Beliau dilantik secara sah dan menggulingkannya secara coup d'etat tidak bolih diterima sama sekali. Ini pendirian saya hingga ada pihak yang boleh meyakinkan saya selain dari nya.
Saya melihatnya dari jauh tetapi saya yakin beliau bukan berniat memusnahkan kepercayaan rakyatnya dan hanya mahu menguntungkan diri dan rakan-rakannya. Itu bukan prinsip Ikhwan Muslimun.
Saya tidak dapat berhujah dengan fakta-fakta seperti aktivist professional. Saya percaya ia pejuang Islam yang tulin. Pejuang dalam maksud mahu melaksana perintah Allah dan mahu menghindar laranganNya. Caranya mungkin sukar hendak dituruti oleh setiap individu tetapi ia harus terus mencuba dan pertolongan Allah pasti bersama. Allah telah berjanji: "Buat apa yang Aku suruh, Rahmat Ku akan bersama". Di mana jua janji Allah itu benar, tetap benar.
Tetapi jalan menuju redha Allah pasti penuh ujian, penuh cabaran, penuh halangan dan berbagai kekangan yang harus dilalui dengan penuh kesabaran. Hari ini ia tewas di tangan mereka yang mahu mencorak hidup mengikut suka hati. Esuk perancagan Allah siapa yang tahu. Cuma Allah berjanji siapa yang beriman dan bertaqwa, melaksana apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang, Taman-taman Syurga tempat tinggalnya di akhirat nanti. Syurga itu benar, Neraka itu Benar. Jangan kita hanya bertindak ikut fikiran yang tandus keyakinan Allah itu Satu dan ia maha Berkuasa atas segala-galanya.
Hari ini bukan penentu kejayaan. Ia merupaka satu lagi fasa perjuangan yang menuntut kepimpinan mengatur semula strategy, memperbaiki kesilapan dan menghalusi dan menilai semula langkah-langkah tindakan. Ujian merupakan kurniaan Allah untuk mengangkat kedudukan seorang mukmin di sisi Penciptanya.
Walaupun ramai penyokong President Morsi telah ditangkap dan akan ditangkap, saya percaya akan ada pelapis yang sama komitmennya.
Peristiwa hari ini membuat saya sedih, tetapi tidak membuat saya kecewa. Saya ingin mengingat kembali Ayat 55 Surah An Nur dan muhasabah diri akan kehendaknya. Doa saya panjatkan untuk kejayaan yang luar biasa.
Semoga Allah mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan.
Ameen Ya Rabb.
...
No comments:
Post a Comment