"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, July 6, 2013

Emotional....





Manakan saya tidak emotional !

Bukan..bukan....saya tidak emotional. Tetapi saya suka menyatakan sesuatu yang dekat di hati  saya dengan penuh emosi....iaitu emosi tanda saya  peka dan peduli akan fakta yang saya katakan.

"I am not emotional. But I speak with emotions".

Saya mengatakan sesuatu sepenuh hati terutamanya sesuatu yang berkaitan prinsip dan nilai hidup Islam. Ilmu sedikit tetapi ingin juga berkata....
Kadang-kadang terkuat suara ....

Kata seorang teman :"You can call a spade a spade. But isn't it better to consider 'a rose is a rose by any other name'.  Saya akur dan cuba menyatakan sesuatu 'with flowers' jika  kena pada tempatnya. 

InsyaAllah...... saya akan tetap  menjaga adab-adab berhujah atau berbicara. Saya belum sampai  (atau tidak sampai) peringkat membaling kasut seperti yang dibuat oleh seorang pada George Bush ketika ia Presiden Amerika Syarikat dahulu. Semua kerana emosi....lepas geram!

Kes membaling muka George Bush dengan kasut oleh seorang wartawan (yang tidak kena padanya) telah menyebabkan dia dipenjara. Pasti dia rasa puas walaupun tidak kena pada sasaran dan kos menyatakan dengan emosi itu suatu yang mahal. Setengah orang kata: "Apa yang hendak ditakutkan? Mati pun tak apa demi negara, agama dan bangsa".  Ini kena tanya Ustaz yang mahir......

Saya akan katakan apa yang saya rasa saya harus pertahankan, walaupun kadang kala ia boleh membuat seseorang salah faham dan akan berkecil hati dan akan menarik diri dari kumpulan saya. Seandainya saya  mendapat tahu seseorang itu tersentuh secara negatf saya akan mendahulukan diri memohon maaf dan menjelaskan apa maksud saya sebenar. Saya mengerti setiap kita mempunyi latar belakang hidup yang berlainan dan tidaklah wajar bagi saya untuk berkata sesuatu sesuka hati. Tetapi saya juga manusia biasa. Kadang-kadang tergelincir........

Semasa bekerja dahulu saya cuba menahan diri jangan sampai terlepas cakap. Saya dapati ketika itu  saya lebih selesa bercakap dalam Bahasa Inggeris dan  hujah yang "pahit" mudah dilunakan. Maklumlah bahasa Ibunda saya adalah  bahasa Jawa  dan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris saya lebih selesa bahasa Inggeris. Saya merasakan 'lenggok' bahasanya  kurang menampakan rasa "emotional". Ia seperti mengatakan sesuatu "emphatically". Itu sahaja. Alhamdulilah saya belum pernah keterlanjuran............saya rasa begitu. Tetapi  saya tidak  dapat mengawal sepenuhnya tanggapan orang lain. Saya pujuk diri untuk yakin dan waspada dan berhujah dengan ikhlas. Saya cuba....

Tetapi realitinya ialah kita mudah bercakap mengenai menguasai emosi selagi emosi belum teruji.....

Maka  sejak kelmarin telinga saya panas bila mendengar berita seperti apa yang terjadi di Mesir kini. Agak rasa panas juga telinga saya mendengar komen Raja Arab Saudi dan UAE dan Syria. Komen Presiden Obama juga  jelas bermuka-muka. Tanyakan pada suami saya apa yang saya kata !...

Terbayang-bayang di mata melihat diri membalingkan kasut ke muka....
Muka siapa ye?
Kemudian beristighfar dalam hati supaya  hati menjadi reda.

Cerita President Morsi belum berkesudahan sebenarnya. Kita lihat dan dengar..... Jangan emotional. Sekurang-kurangnya tolong beliau dengan doa, bersungguh-sungguh berdoa. Beliau ditipudaya dan dizalimi. Semoga doanya Allah dengari....

Nanti kita cerita lagi mengenai tipudaya manusia.

Ya Allah, bantulah kami untuk bertindak kena pada tempatnya....Bila sampai waktunya jadikan kami bersikap berani kerana benar.

Saya ingatkan diri...Jangan ikut prinsip seperti musuh-musuh Presiden Morsi yang berpegang pada fakta bahawa yang ramai  atau majoriti itu  betul. Yang minoriti itu tidak betul. Demokrasi boleh kita ikuti selagi mana prinsip syar'ie dipatuhi. 

Semoga negara Mesir selamat dan sejahtera di bawah kuasa pemimpin yang beriman dan bertaqwa, pemimpin yang sah dan dikasihi rakyat semua...

Ameen Ya Rabb..

...

2 comments:

Makbonda61 said...

Komen saya untuk entry ini dan beberapa entry yang telah lepas.

"Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu." Amin ya Rob.

ngasobahseliman said...

Salam Simah. Semoga sihat dan sibuk mempersiap diri untuk perjuangan yang lebih hebat untuk masa depan umat Islam. Keadaan di Mesir makin merisaukan. Semoga pertolongan Allah hampir demi kesejahteraan ummah sejagat.

Related Posts with Thumbnails