Bersabar harus ada dalam sikap seorang insan setiap waktu dan dalam bulan Ramadhan Kareem ini kita diminta mendidik hati supaya bersabar menghadapai apa jua keadaan dalam hidup.
Tetapi sabar harus juga kena pada tempatnya...itu pendapat saya.
Manakan boleh bersabar dan melihat sahaja sesuatu krisis yang menjejas maruah dan keselamatan.
Saya sedang marah dengan sikap Amerika terhadap Presiden Muhammad Mursi dan Mesir.
Nampak hidung belangnya... jika apa yang dilaporkan di CNN itu benar. Dalam satu ketika President Obama menyeru Presiden Mursi dibebaskan dari tahanan. Tetapi President Obama tidak mengatakan ia dikembalikan memegang kuasa sah Presiden yang dipilih oleh rakyat secara sah mengikut perundangan Mesir yang termaktub waktu itu.
Kini President Obama menghantar pula wakilnya ke Cairo yang menandakan ia bersetuju dengan proses pembentukan Kabinet Kerajaan baru di bawah seorang Civil. Tetapi ia di kuasai sepenuhnya oleh Tentera pada hakikatnya.
Dalam proses diplomasi bahasa yang digunakan sememangnya indah-indah belaka seolah-olah ia tidak memihak pada sesiapa. Malahan seolah-olah ia cuba membantu rakyat Mesir melaksana Demokrasi dengan cara yang betul. "Second chance" katanya dan mahu rakyat bersatu padu. Inilah kebatilan logika dalam berhujah. Dulu semasa belajar di University di bawah Professor DiRaja Ungku Abd. Aziz saya kurang mengerti implikasinya dalam usaha mengelirukan pendengar. Kini saya sudah faham strategy menggunakan "falacy" dalam logik. Ia amat berkesan kerana apa hujah sekalipun jika diatur dengan logik seperti ini ia akan nampak seperti tepat dan benar.
Mana logiknya "peluang kedua" kalau peluang pertama kalinya pun belum selesai dan sudah dihalang atau lebih tepat lagi, sudah dibunuh.
Tetapi mereka ini lupa. Mereka merancang dan mereka tidak tahu Allah itu maha Perancang. Mereka berdusta kerana mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa Allah itu maha Melihat, maha Mendengar dan maha Mengetahui.
Banyak lagi yang bolih di analisa mengenai sikap Tentera Mesir dan sekutu-sekutunynya. Semoga Allah membatalkan perancangan mereka. Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil.
Mohon keampunan Mu dan mohon pertolongan Mu Ya Rabb...
....
2 comments:
Apa guna berperasaan marah? Memang kebanyakan kita rasa begitu terhadap yang berlaku di negeri Arab. Kalau kita pelajari dari hakikat yang beerlaku ini juga akan berlaku di negara kita. Islam adalah ugama Tuhan Yang Maha Esa kuat keranaNYA. Tetapi kita tidak berpegang kepada perlunya bersatu. Quran, Hadith dan hinggakan perumpamaan Melayu pun menggutamakan perpaduan. Melayu tak akan hilang. Begitu juga Islam. Sayang ummat Islam menjadi hamba dinegeri sendiri.
Salam saudara AlManar. Terima kasih singgah. Dari sejak zaman Nabi saw lagi masaalah bersatu padu menjadi fakta penting hingga runtuhnya empire Islam pun antaranya disebabkan tidak ada kesungguhan untuk mengagambil yang jernih sahaja. Yang keruh dibuat iktibar.
Semoga Ramadhan Kareem melatih dan memperkuat kesabaran kita dan sentiasa mencari jalan untuk bersatu. Allah menilai hati-hati kita. Tidak ada pembohongan yang membawa pada kesejahteraan.
Sama-sama kita doa semoga Allah menganugerah Rahmatnya di bulan mulia ini dan seterusnya.
Post a Comment