"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, July 8, 2013

Gusar menanti Ramadhan...?





Umur yang kini makin larut senja...


Dahulu semasa tenaga dan angan-angan  masih kuat,  semasa umur belum mengenal sepenuhnya erti hidup dan kehidupan, saya  rasa "gusar" bila disebut Ramadhan sudah hampir dan apabila ditanya  sudahkah membuat persiapan. Saya rasa tidak selesa dan rasa kebingungan....

Alhamdulilah, berkat doa ibu bapa dan teman setia yang selalu menjaga kebajikan saya dan sering  menasihati saya, kini saya tidak lagi rasa gusar dan kebingungan. Malahan saya rasa sebak kerana insaf betapa dalam hidup ini doa ibu bapa dan teman-teman yang ikhlas bukan kecil ertinya.

Walaupun saya rasa  belum pasti sepenuhnya yang saya sudah faham dan sudah mematuhi semua prinsip  perjalanan hidup yang di tuntut oleh Syar'ie, tetapi saya sudah tidak "gusar" menanti tibanya Ramadhan yang membawa barakah pada umat manusia.

Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan dan mengampuni segala dosa yang tidak tertanggong untuk mengiranya. Hanya belas kasihan dari Allah jua yang maha Pengampun yang saya pohonkan dan semoga  masih mendapat kurniaan Allah untuk menghayati Ramadhan yang sudah hampir sangat tibanya.

Umur kita hanya Allah yang tahu. Pada minggu yang lepas anak dua pupu saya berumur 21 tahun meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Itu sabab-musabab sahaja. Hakikatnya sudah sampai janjiNya. Dua-pupu saya ini bernama Zakaria Sungeb dan siapa yang selalu menerbitkan buku atau penulisan akan kenal padanya kerana ia bekerja dengan Galarie Ilmu di Kota Damansara. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas ruhnya dan semoga ahli keluarga redha akan pemergiannya.

Tahun ini saya jangka tidak dapat mengambil bahagian dalam penyediaan berbuka puasa di Masjid Kg Tunku. Semoga Allah kurnia peluang dan ruang yang lainnya untuk menyemarakan Ramadhan tahun ini dan semoga mendapat redhaNya mengikut laluan yang berlainan. Ustaz kata laluan masuk Syurga itu berbagai maka jangan kita memilih-milih hingga kita menjadi ahli Ibadah yang seperti seorang kapitalis. Ini kata Ustaz Pahrol dalam Blognya " Genta Rasa". Jangan kita menghitung banyak mana pahala yang Allah akan kurnia, tetapi kita harus sentiasa ingat bagaimana mahu melaksana ibadah bertujuan  kerana Allah dengan hati yang ikhlas sejujur dan sehalus mungkin.


Semalam saya hadir dalam satu majlis di rumah seorang teman untuk menyambut Ramadhan. Aktiviti diisi dengan Tazkirah seorang ustaz jemputan yang mengingatkan hadirin supaya jangan melepaskan peluang untuk beribadah seperti yang dituntut dalam alQuran dan Hadith. Majlis juga diselangi dengan solawat atas Nabi Muhamammad saw dengan iringan alat gendang kecil yang dipersembahkan oleh murid-murid kelas Kafa anjuran NGO Pakatan Islam Kg Tunku, cawangan wanitanya.

Dalam hati saya berdoa semoga apa jua amalan soleh yang kita buat dalam bulan Ramadhan dapat terlaksana berterusan . Ia seharusnya menjadi amalan kita setiap hari mengikut kemampun masa dan tenaga dan tidak mengira dalam bulan apa dan di mana kita berada.

Selamat menyambut Ramadhan alMubarak.
Semoga Allah meredhai dan mengampuni dan di Syurga Firdaus kita bertemu nanti.
Ameen Ya Rabb....

....

3 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum Kak

Saya sentiasa membaca pengisian kak melalui telefon. Pc saya ada masalah. Tak mengapa biarkan ia, terbayang keletah kak masa bertugas dulu, memang kak tegas dan berwibawa, memang seronok mendengar bicara kak, dan kini membcaca coretan di alam maya.

Saya juga ikuti perkembangan di Mesir, cucu saudara saya sedang menuntut di Universiti al-Azhar, memang menyedihkan dan menyakitkan bila mendengar komen-komen orang-orang yang tak berminat dengan Islam. Semoga Allah membantu Presiden Morsi dan rakyatnya yang inginkan syari'at Islam tertegak di bumi Mesir.

Selamat menyambur Ramadhan ya kak. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.

ngasobahseliman said...

Salam Werda. Alhamdulilah Werda sihat. Ingatkan ke mana menghilang. Risau juga. Sama-sama kita doa Ramadhan membawa barakah pada kita semua. Semoga Mesir kembali agong dengan pertolongan Allah jua.Ameen.

ngasobahseliman said...

Salam Werda. Alhamdulilah Werda sihat. Ingatkan ke mana menghilang. Risau juga. Sama-sama kita doa Ramadhan membawa barakah pada kita semua. Semoga Mesir kembali agong dengan pertolongan Allah jua.Ameen.

Related Posts with Thumbnails