Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Sekarang saya berada di Tangkak dan ingin menyntuni seorang murobbiah yan kami kasihi.
"Assalamualaikum, apa khabar teacher Sarah...." (bukan nama sebenar). "Alhamdulilah," jawabnya lembut.
Pagi itu kami memulakan sessi 'bicara hati' dengan teacher Sarah yang baru bersama Tadika SmarTop Subur Fitrah. Belum pun dua bulan. Kami memerhatikan cara ia berinteraksi dengan anak-anak di Tadika dan cara ia berinteraksi dengan murobbiah yang lain. Hati kecil kami berkata-kata seolah-olah ada sesuatu yang tidak dapat membuatnya rasa selesa dalam urusan hariannya di sekolah.
"Hari Raya seronok ke? Hari Raya di mana? Kami memulakan sessi secara santai dengan harapan teacher Sarah rasa selesa dan tenang jiwanya.
"Tidak ke mana-mana, hanya di Tangkak." Katanya dengan senyum. Tetapi senyumanya tidak ceria seperti ada sesuatu yang sedang difikirkannya.
Kami panggil Sarah untuk berkenalan lebih lanjut sebab semasa Sarah lapur diri kami sibuk dengan hal-hal pengurusan yang harus dibereskan sebelum Puasa. Kami bercerita mengenai keluarga, pengalaman kerja sebelum ini, hobi dan kesukaannya dan berbagai lagi hal-hal santai yang dapat memberi gambaran sikapnya terhadap nilai-niali hidup dan terhadap kerjanya sekarang yang berbeza dari pengalaman yang dahulu.
Setelah "berbicara hati ke hati", lebih sejam lamanya, kami memahami dan menginsafi fenomena yang wujud di sekeliling teacher Sarah. Kami bersimpati dengannya kerana dalam umur yang baru mengenali kematangan dewasa ia sudah dipertanggongjawabkan dengan masaalah keluarga. Ia agak tertekan kerana ia merasakan ia tidak berkemampuan menangani masaalah yang rumit dalam keadaan yang ada sekarang. Berat bagi dirinya melibatkan diri dalam hal-hal perundangan yang melibatkan keluarga. Ia takut menghadapi masyarakat denagn masaalah yang ada kerana ia tahu pastinya ada orang-orang yang beranggapan sirong padanya dan ia rasa aib.
Rupa wajahnya nampak muram dan sedih.
Kami sebagai pengurus Sekolah sudah merasakan teacer Sarah pastinya ada masaalah.
"Tak apa Sarah, semua orang ada masaalah. Jangan kita lihat masaalah sebagai suatu halangan untuk kita mensyukuri hidup ini. Kita lihat masaalah sebagi ujian Allah untuk menaikkan taraf kita di sisiNya."
Maka saya dan teman dalam ahli lembaga pengurusan sedikit demi sedikit cuba meyakinkan Sarah bahawa selagi kita berpegang teguh dengan Tali Allah, insyaAllah, Allah kurnia pertolongan. Cuma kita perlu bersabar dan mengambil apa jua tindakan yang positif yang tidak menyalahi syar'ie.
Sessi "bicara hati" ini amat mencabar kemampuan kami untuk berhujah penuh bijaksana. Maka saya teringatkan strategy yang digunapakai oleh Dr Mursi dalam mengendali sebuah negara yang besar dan penting seperti Mesir. Dalam satu blog saya terbaca bahawa salah satu prinsip utama beliau ialah mengurus negara dengan Kasih Sayang....hub dalam bahasa Arabnya.
Rupa-rupanya kasih sayang inilah yang telah dapat memikat sebahagian besar Rakyat Mesir dan dengan penuh komitmen mereka menyokong perjuangannya hingga ketitisan darah yang akhir. Semoga mereka yang terkorban Allah kurnia status Syahid disisiNya.Ameen....
Kasih sayang adalah lebih kuat dan berkesan dari senjata walau canggih dari segi teknologi sekali pun. Kemenangan bukan dilihat dari segi kejayaan meraih kuasa politik dan tentera semata-mata. Kejayaan hanya Allah yang menilainya. Sejarah telah memperlihatkan bagaimana mereka yang memegang kuasa secara zalim akhirnya tewas dan azab Allah telah dirasainya di dunia lagi. Firaun adalah antara yang telah diriwayatkan dalam alQuran. Maka jangan kita ragu dengan janji Allah. Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil.
Jeneral As-Sisi ketua tentera Mesir yang sudah menampakan kezalimannya dan sekutunya yang patuh membabi buta harus tahu di mana kedudukan diri masing-masing.
Kembali kita pada janji Allah. Azab yang pedih menanti Pemimpin yang zalim. Kezaliman bukan dalam hal bunuh membubuh sahaja. Kezaliman meliputi semua tindakan yang tidak sah terhadap rakyat. Mencuri harta rakyat dengan menyalah-gunakan kuasa adalah juga kezaliman yang amat berat.
Tetapi Allah maha Pengampun dan maha Kasih dan maha Sayang. Tetapi jika bertaubat di akhir hayat seperti taubatnya Firaun, Allah tidak menerimanya. Cerita itu ada dalam alQuran.
Maka berbalik saya pada cerita teacher Sarah. Di Tadika SmarTop Subur Fitrah kami sedaya upaya akan menggunakan strategy kasih sayang dalam mengendali hal-hal pengurusan dan kasih sayang pada anak-anak dan para murobbi.. Itu pun asas strategy pendidikan yang kami contohi dari ADNI Education Centre, iaitu Integrated and Holistic Education Syatem dengan mendukung prinsip Quranic Generation Development Program.
Nanti kita bicara lagi, insyaAllah. Saya kesuntukan masa.
Kami memohon keampunan Mu, Ya Rabba.
.......
No comments:
Post a Comment