"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, August 17, 2013
Religious people are not intelligent?.....
Biar betul tuduhan atau pendapat seperti ini.(Saya terbaca di sebuah blog).
Susah bagi kita hendak menafikannya atau hendak menyetujuinya, terutamanya apa yang dimaksudkannya ialah alim ulamak di Malaysia dalam konteks masaalah ekonomi, sosial dan politik yang ada.
Tetapi saya tidak mahu berhujah lanjut mengenainya kerana saya kesuntukan masa. Saya hanya ingin merakam rasa di hati sendiri bahawa mereka yang sewenang-wenang menuduh orang yang beriman itu tidak pintar (ada kalanya disebut dungu) adalah suatu sikap yang melampaui batas.
Hakikat yang nyata ialah Rasulullah saw telah mendidik atau mentarbiah bijak pandai disekelilingnya 1400 tahun yang lalu untuk menerajui kepimpinan dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan dan hasilnya telah pun disaksikan oleh dunia keseluruhannya.
Tidak perlu saya katakan lagi ayat-ayat alQuran yang telah menggariskan tuntutan untuk menentut ilmu dan menjadi ahli fikir. Sudah banyak diperkatan diberbagai saluran hanya sahaja orang yang tidak berminat tidak akan melihat dan cuba memahaminya.
Mereka masih terpengaruh dengan media asing yang galak mengatakan ilmuan Islam tidak cukup hebat. Dan dalam senario politik dunia yang sedang dalam keadaan huru hara dan bergolak sekarang ini mudah sahaja mereka menuduh bahawa fenomena itu disebabkan atau dipelopori oleh kumpulan orang-oranag Islam yang "bodoh, degil dan ikut perasaan".
Antara yang mereka tuduh ialah kumpulan Ikhwan Muslimun,( Muslim Brotherhood.)
Mereka bersetuju kumpulan seperti ini diketepikan atau dihapuskan dengan cara apa sekali pun.
Sungguh besar pendustaan mereka....
Sayang sekali orang-orang ini telah dipengaruhi oleh puak-puak yang engkar pada ajaran Islam. Islam dan poltik tidak boleh bercampur. Masjid dan kerajaan harus beroperasi berasingan, kata mereka.
Maka jadilah apa yang ada sekarang di mana jua yang kita lihat hari ini.
Jangan ambil ringan apa yang berlaku di Mesir. Allah maha melihat dan Allah maha mendengar dan maha berkuasa atas segala sesuatu. Yang benar tetap benar. Allah menyebelahi mereka yang benar.
Kita lihat bagaimana orang yang zalim akan menghancurkan diri mereka sendiri. Kalau bukan sekarang, ia pasti berlaku juga akhirnya. Keadilan Allah bukan simplistik. Neraka itu benar, Syurga itu benar....
Ayuh kita terus berdoa...mereka yang dizalaimi akan terbela juga akhirnya.
Kuatkanlah jiwa dan tekad setiap pejuang ke jalan Mu, ya Rabb.
Mudahkan perjuangan mereka dan kurniakanlah kejayaan dan kesejahteraan dalam ruang lingkup redha Mu jua...
Ameen, ya Rabb.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Somehow I do not view this from the lack of intelligence or otherwise. How many times do we, muslims world over or countrywide, need reminders from Al Quran the mandatory need to stand united under all circumstances and to never be divided?
Salaam
Yes...perfectly right. We should look at our similarities than our differences. But if our differences surpass divine obligations, then we ought to talk before we act.
TQ for dropping by. Salam.
Post a Comment