"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, August 23, 2013

Engkau lambang perjuangan bagi ku




Dr Mursi......

Aku kagum akan perjuangan mu
Perjuangan Ikhwan yang ku kenal melalui bicara Syed Qutub yang lama dulu
Waktu itu aku mendengari cerita dan berita
Kini aku melihat terang dan nyata
Walaupun hanya di alam maya

Ikhwan Muslimun bukan gerombolan pejuang membabi buta
Bukan mahu mencari nama, merampas harta dan kuasa
Untuk diri dan keluarga berpoya-poya
Menggunkan nama negara kononnya itu wawasan utama.
Bukan.....

Engkau memegang kuasa atas pilihan rakyat jelata
Pilihan keramat mengikut perundangan yang diterima pakai seluruh dunia
Baru setahun, engkau diguling,  jawatan dirampas oleh tentera mabuk  gila kuasa
Yang punya agenda mengikut telunjuk golongan zalim atas manusia
Mengengkari prinsip bertuhankan Allah, memerintah sesuka hati tanpa kira.

Perjuangan mu jelas merentasi bangsa dan negara
Merentasi warna kulit, tidak kira miskin atau kaya
Tidak kira tua atau muda perjuangan mu segar di dada
Kerana klimah Allah terjunjung tinggi dan pasti setiap kata dikota.

Iman dan taqwa tidak terjual dengan harta walau setinggi gunung banyaknya
Walau peluru menembusi dada, perjuangan mu bergerak tanpa mengira bahaya.
Penyokong mu gagah tidak gentar walaupun tahu mungkin dipancung kepala
Munkin diperesok dalam penjara dan disekasa diperkosa berbagai cara
Mana kan terdapat keberanian sebegini rupa...

Allah maha Melihat maha Mendengar pasti perjuangan mu terbela
Doa kami bersama mu semoga Allah kurnia yang terbaik di sisiNya
Biar seribu tahun menderita,
Janji Allah tetap benar dan Syurga tempat berhimpun diakhirnya.

Ya Allah....aku ingin bersama mereka
Di hadapan Mu tersenyum gembira sejahtera selamanya,

Ameen...Ya Rabb.



No comments:

Related Posts with Thumbnails