"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, August 18, 2013

Kederat melayan cucu-cucu...






Hari pertama agak tenang melayan cucu di rumah. Mereka terpaku di TV dan terminal komputer untuk seketika sebelum kami menziarahi sanak saudara. Abang kandung saya menjadi pilihan pertama di Shah Alam Section 8. Meriah sekali dengan tetamu dari pelajar-pelajar Nigeria ke rumahnya. Lepas itu ke Bangi rumah adik suami saya. Esuknya kami berehat kerana anak saya tidak sihat untuk membawa saya balik kampung di Sungai Batu, Selama, Kedah.


Keluarga tua di Kedah sudah ramai yang pergi buat selamanya. Namun kami masih kuat hubungan dengan generasi muda. Proses mengeratkan hubungan bukan suatu yang mudah kerana generasi muda kini sudah banyak beza dari segi merai orang tua. Itu pemerhatian rambang dan mungkin kurang tepat. Tetapi itu yang saya khuatiri.


Saudara tua dari sebelah emak suami saya.

Pada hari kelima anak-anak membawa saya dan suami berhari raya di Penang menziarahi emak saudara. Mereka sudah melewati umur lapan puluhan dan rasa sayu di hati bila memikirkan ini mungkin kali terakhir dapat bermesra. Kita tidak tahu siapa pergi dahulu.


Saudara tua dari sebelah bapa suami saya.

Sampai setakat ini masih cukup kederat. Tetapi bila bersama mereka di Taman Botany, Bukit Bendera dan di kolam renang, saya "surrender". Tiada tenaga dan rasa stressful cuba mengawal keselamatan dalam kesesakan pengunjung-pengunjung di musim cuti. Memang nyatalah umur sudah menjadi fakta utama. Age is catching up on me. Saya rakam dibawah sebagai kenangan.










Hajat anak lelaki saya Azrul ingin bercuti dengan membawa saya dan suami serta semua anak-anaknya akhirnya menjadi kenyataan. Kami pergi ke Hat Nya. Sibuk lalu lintas dan cuaca panas dan lembap. Nanti saya sambung cerita di lain entry.

Petang ini saya akan ke Tangkak menyambung kerja-kerja pengurusan di SmarTop Subur Fitrah Integrated Pre School yang saya urus bersama.

Semoga Allah masih menganugerah tenaga dan kesihatan untuk berbakti pada masyarakat sebagai bekalan ke Destinasi yang pasti tibanya.

Mohon keampunan Mu Ya Rabb...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails