Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya......
Rasa bersyukur kerana dicelah-celah rasa takut dan cemas atas tidak-kesempurnaan hubungan diri dengan Allah dan hubungan dengan manusia, Allah masih kurnia rasa adanya harapan....Alhamdulilah.
Jangan kita berputus asa kata seorang teman.
Allah sentiasa menganugerah harapan kerana Allah adalah Zat yang maha Pengampun, maha Pengasih, maha Penyayang dan maha Berkuasa atas segala tiap-tiap sesuatu. Allah maha Bijaksana, maha Melihat, maha Mendengar dan maha Adil atas semua dan segala makhluknya.
Rasa tenang mendengari sifat-sifat Allah yang memberi harapan.
Namun sehari dulu apabila membaca berita di FB cucu saudara yang menuntut di Jordan, rasa dihati tersentuh melihat kesengsaraan hidup ramai rakyat di Suria......sedih dan takut. Dikirimnya video clip menunjukan peri hal di Suria bayi-bayi di sembelih, anak-anak gadis, termasuk gadis-gadis sunti di perkosa kemudian dibunuh. Banyak lagi ditunjukan bentuk kezaliman yang berlaku. Ia amat menggegarkan rasa dihati, meronta-ronta seperti mahu berkejaran ke sana pergi menolong insan yang tidak bersalah ini.
Tetapi apakan daya!
Bukan di Suria sahaja keadaan seperti ini berlaku. Hampir di semua negara di Timur Tengah termasuk negara-negara di Utara Afrika.
Entah mengapa ini membuat saya rasa amat bersalah hidup di Malaysia seperti dalam "keamanan" dan "kemewahan".
Mengapa pula harus rasa begitu?...tanya suami apabila saya mengadu padanya.
Mulalah rasa serabut difikiran. Tertanya-tanya adakah rasa aman dan mewah itu nyata atau hanya mainan akal dan perasaan. Adakah kita lagha dibuai kemewahan dan keselesaan dan kerana itu kita kurang peka akan kemungkaran yang ada di sekeliling kita dan kurang melihat kekurangan dan kelemahan dan kemalasan dan....dan....dan yang ada pada diri kita sendiri. Saya tidak terkecuali.
Ada kalanya saya bertanya pada diri apa sebenarnya wawasan hidup kita di bumi ini. Saya tidak suka menuding jari tatapi berita di alam maya menakutkan bila dibincang mengenai penyelewangan pihak pengurusan atasan, pihak Pentadbiran negara dan keadaan ekonomi yang tidak mementu. Akibatnya rakyat pula terpaksa menanggong kenaikan barangan, merasa amat bimbang terjadinya jenayah sosial yang menakutkan keselamatan setiap diri , percakaran politik yang tidak nampak penyelesaiannya dan berbagai lagi. ini membuat hati saya rasa kebingungan bila memikirkan masa depan anak-cucu dan generasi mendatang.
Dan dari segi perjuangan menegakan Kebenaran Islam pula saya juga masih rasa kabur.....
Masih ada 'flip-flop' masih ada 'maju-undur' dalam mengatur strategy yang sewajarnya mengikut jejak contoh Rasulullah dan Sahabat-sahat baginda. Saya juga memikirkan silap saya dalam hal ini.
Maka bertambah rasa celaru difikiran.....teringat akan saudara seIslam yang bermati-matian mahu menegakkan Kebenaran di negara-negara yang sedang bergolak dan berperang, hidup tanpa berfikir panjang sama ada mereka akan makan dan minum di hujung puasa mereka.
Berbagai gambaran yang menyentuh perasan dan menghempit keselesaan dihati kedengaran setiap hari.
Seorang teman sentiasa mengingatkan supaya diri-diri kita memperkuat tekad dan memelihara nowaitu bahawa mencari keredhaan Allah itu yang utama. Jalannya sempit dan sukar. Janganlah ini menjadi penghalang, kata seorang teman lain. Jika perlu biarkan yang membujur lalu... dan yang melintang patah.
Di akhir-akhir Ramadhan ini ustaz menasihati supaya mencari kekuatan melalui wasilah yang Nabi besar kita Muhammad saw ajarkan, yang Sahabat-sahabat contohkan dan yang tinggi maqam Iman dan Takwanya berani korbankan.
Allah swt sentiasa Melihat dan Allah swt sentiasa mendengar. Ia mendengari segala rintihan siapa jua yang terlibat. Allah maha Jelas Penelitiannya akan siapa yang benar dan siapa yang batil, siapa yang ikhlas dan siapa yang pura-pura dan siapa pula yang baertalam dua muka.
Ramai umat Islam hidup diselubungi penipuan musuh-musuh Islam tanpa disedari. Penipuan itu dibalut keindahan yang amat mengelirukan Kita di Malaysia tidak terkecuali. Bentuk penipuan yang terjadi adalah sama walaupun tidak serupa. Tetapi kita tidak menyedari dan rasa bersyukur kerana hidup tanpa masaalah keselamatan, kelaparan dan kecelaruan mental. Maka kita hanya "melihat" saudara kita yang menderita. Dan kita hanya melihat 'fitnah' yang ditabur merata.
Kan Allah maha Mengetahui.....maka jangan terlalu yakin bahawa pada kita Allah kurnia nikmat, dan pada mereka Allah kurnia musibah. Kita harus muhasabah diri dan memahami implikasi sebenarnya.
Maka di akhir-akhir Ramadhan ini Ustaz kata panjatkanlah doa bersungguh-sungguh di malam-malam sepi, di sudut-sudut ruang masjid membakar tekad mengingati hakikat mati (berdoa semoga Allah pelihara jasad ini dari API), mahu mengabdi diri, mahu diiktiraf hamba sejati. Semoga Allah Mendengari rintihan hati-hati yang dhaif dan fakir ini. Semoga saudara-saudara kita di mana jua mereka berada Allah lindungi, Allah kurnia kesejahteraan yang hanya mereka mengerti.
Doa adalah senjata terkuat kita semasa dan setelah semua usaha kita lalui.
Saya teringatkan perjuangan Zainab alGhazali, Assyahid Syed Khutub dan Hassan Albana dan ramai lagi yang diseksa di penjara tetapi sentiasa sejahtera dihati nurani kerana Iman dan taqwa mereka tidak boleh dijual-beli. MasyaAllah...kalaulah diri ini dapat mencontohi!
Allahumma, innaka afuwunkareem, tuhhibu afwafa'fuanna wa anwalidina waan jamiilmuslimin walmuslimat birohmatika Ya Arhama Rahimin.....
....
No comments:
Post a Comment