"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, August 26, 2013
..... sudah pupus di Penang
'Pearl of the East'. Itulah Pulau Pinang yang saya tahu dari sekolah lagi.
Tetapi kini sudah berbeza.
Musim cut Hari Raya baru-baru ini saya ke sana bersama anak cucu "makan angin" untuk kali pertamanya sejak lahirnya cucu saya yang sulung. Kini ia berumur hampir 9 tahun.
Apa yang menghairankan saya ialah keadaan Taman Botany yang dahulu terkenal dengan keindahan alam kehijauan dan haiwan monyet-monyet berkeliaran menyambut "tetamu" mengharapkan habuan makanan, kini sudah sunyi sepi.
Saya hanya melihat seekor sahaja seperti yang saya rakam foto di atas. Lihat dia menjaga anaknya dengan muka garang supaya jangan berani hampir siapa pun mengganggu keslamatannya. Saya melihat gelagatnya penuh tanda tanya. Di mana yang lainnya? Saya naik train bersama cucu-cucu sekeliling Taman cuba mencari kalau-kalau ada beberapa ekor lagi di sudut-sudut tersembunyi di hujung Taman.
Kecewa....sunyi sahaja!
Saya komen pada anak saya bahawa specie ini sudah pupus. Katanya sebab ada 'shooting range' berdekatan dan monyet-monyet takut dengan bunyi tembakan. Di percayai ia mengganggu keselamatan. Sebab sebenar saya kurang arif.
Manusia jarang-jarang mengambi kira hak asasi haiwan. Bukankah itu tuntutan alQuran !
Saya juga bertanggong jawab....
Dari Taman Botany kami ke Bukit Bendera. Ramai sungguh pelawat dan pengunjung pada hari itu. Ramai juga pelancung keluarga Arab. Dan saya yakin orang Melayu yang kelihatan bersama anak cucu mereka adalah pengunjung cuti-cuti Malaysia. Orang tempatan pastinya tidak akan berasak-asak waktu itu untuk naik train ke atas bukit.
Saya berlegar-legar dan memerhati apa yang berlaku ditempat-tempat peranginan di Pulau ini. Saya perhatikan kedai-kedai dan kawasan-kawasan tempat lokasi hotel-hotel mewah.
Saya meninjau-ninjau mengira bilangan orang Melyu yang saya terlihat.
Tidak ramai. Mungkin mereka ramai di tempat dan kawasan lain. Sayang sekali saya tidak dapat melancung lama.
Saya takut orang Melayu sudah mula pupus di Pulau indah ini.
Jangan bersikap "Racist" kata suami saya. Lagi pula fakta itu hanya perhatian rambang seorang pelancung. Bukan fakta kajian rapi. Marah nanti jika di dengari orang politik!
Saya tidak "racist". Cuma saya tahu golongan orang Melayu adalah yang berpendapatan rendah. Ramai yang miskin dan agaknya ramai juga yang di bawah paras kemiskinan yang diiktiraf kerajaan. Yang saya dengari rumah kos rendah susah diperolehi. Kalau tak dapat beli rumah Di Pulau maka pastinya mereka keluar dari Pulau. Kemana agaknyanya ye?
Kalau ramai yang pindah keluar ke daerah lain di Tanah besar, maka akan pupuslah mereka dari Pulau yang Indah ini.
Maka bukan monyet sahaja yang pupus.....
Hanya fikir-fikir....
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment