"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, February 18, 2014

Apa salahnya berangan-angan....






Hari Isnin minggu lepas saya ke SmarTop lagi untuk kerja-kerja pemantauan. Esuk harinya saya pusing kawasan dan teruja melihat pohon seperti sawit ini (?)  yang berbuah cantik. Kalaulah ada kemampuan kewangan untuk mencantikan kawasan....alangkah bahagianya. Semoga ia dapat menceriakan anak-anak dan ibu bapa setiap hari.

Kali ini kami ke Tangkak bersama Weedat sekali lagi untuk memantapkan kerja-kerja menanam pokok untuk meredupkan kawasan dan pokok-pokok bunga untuk keceriaan. Oleh kerana sekarang ini cuaca terlalu panas maka kami dinasihatkan untuk menangguhkan usaha menanam kerana tidak ada tanah yang sesuai untuk dirawat menjadi subur. Kami bersetuju menunggu.Sambil itu kami melihat-lihat pokok-pokok dan pokok bunga yang mungkin jadi pilihan. Di bawah ini sebahagian darinya.....







Saya suka rupa bentuk bunga yang saya pamer ini tetapi tidak tahu namanya. Ada teman kata yang bawah sekali itu bunga 'daun-dalam-daun'.


Perihal tumbuh-tumbuhan banyak disebut dalam alQuran maka saya mengggesa dan menggalakan diri supaya prihatin dalam bidang ini sekurang-kurangnya sebagai suatu terepi minda.

Dalam berangan-angan saya cuba hendak pastikan semoga bila sudah siap menanam ada usaha untuk menjaganya. Pokok mempelam dan rambutan yang kami beli sebulan dulu telah mati kerana tidak terjaga. Tidak ada cukup kakitangan yang mahu menjaga dengan rapi. Mungkin kurang minat atau mungkin kerja yang ada amat membebankan. Maka saya harus melihat semula hal-hal pengurusan staff agar dapat mencapai hasrat dasar win-win supaya tiada yang kerugian.

Saya dan teman yang mengendali SmarTop berangan-angan juga ingin membina sekolah rendah. Seorang teman lain senyum sahaja bila dengar cerita saya....semacam tidak percaya. Sebenarnya saya pun kurang percaya tetapi mana tahu ia akan jadi nyata. Tiada yang mustahil jika Allah menghendaki. Kita perlu ada Ilmu, Usaha, Doa dan Tawakal semoga mendapat kurnia Allah yang tidak terhingga.


Dahulu semasa saya remaja selalu sahaja saya mendengar cerita-cerita MAT JENIN. Generasi kini sudah tidak kenal watak ini. Tetapi cerita Mat Jenin itu dimomok-momokan seperti suatu yang mustahil dan akhirnya ia jatuh ke tanah kerana lagha berangan-angan. Agaknya kaum penjajah waktu itu tidak suka Melayu meningkat maju di negeri sendiri. Alangkah malangnya.....

Tidak mengapa cara apa pun kita memotivasi diri untuk menjadi sebahagian dari ummah yang sentiasa bergerak maju membina kehidupan berasaskan alQuran sebagai pengabdian total. Tetapi berangan-angan sahaja tidak mencukupi.

Semoga Allah menunjuki jalan, memudahkan urusan dan meredhai usaha.
Ameen ya Rabb.

....

2 comments:

Al-Manar said...

Saya cuma suka melihat pokok pokok tetapi malas sekali memelihara melainkan dipaksa seperti menyiram. Saya tahu ada orang orang yang sudah berumur yang mempunyai 'green finger'. Mereka betul2 bercakap kepada pokok dan itu yang dipercayai menyuburkan pokok pokok mereka. Percaya tidak?

ngasobahseliman said...

Percaya. Itu sebagai wasilah. Semuanya dengan kehebdak Allah jua.
Terima kasih menjenguk saya.....

Related Posts with Thumbnails