"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, February 16, 2014

Terkilan tidak upaya membantu...






Lawatan kerja ke SmarTop kali ini meliputi juga usaha memperkasa keterampilan murobbiah dan staff  am. Ada seorang murobbiah SmarTop yang baru melapor diri dan saya amat teruja kerana rupa-rupanya ia mengenali saya semasa saya melawat nya di Perancis dalam siri pemantauan guru-guru bahasa Perancis semasa saya bekerja dahulu. Namanya Puan Khafifah aka teacher Fifah sekarang.(Ingatan saya sudah mula kabur. Maka saya tidak cam dari mula bersua).  Kami memilihnya  untuk mengajar bahasa Inggeris dan pengalamannya yang luas sebagai guru terlatih menggembirakan saya dan teman saya juga. Saya yakin Ia dapat membantu SmarTop untuk memperkukuh module pengajaran dan pembelajaran yang ada semoga menjadi lebih teratur dan lebih mantap untuk perlaksanaan yang lebih berkesan terutamanya dalam subjek bahasa Inggeris. Alhamdulilah. Pertolongan Allah datang dalam berbagai bentuk.




Dalam pada itu seorang murobbiah di Taska terpaksa meninggalkan kami kerana ia menyambung pengajiannya ke peringkat sarjana muda. Semoga is mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup dan juga kerjayanya. Kelihatan di sini Teacher Marina bersama anak-anak untuk kali terakhir. Sayu juga melepaskan staff yang berpotensi. Tatapi falsafah kami ialah membina insan untuk insan kerana Allah. Maka biarlah dia menabur bakti di tempat yang lain pula.Semoga berjumpa lagi dan doa kami kita semua jumpa lagi di Syurga Firdaus denga Rahmat Allah yang tidak terhingga.

Dalam lawatan kerja kali ini saya megalami peristiwa yang tidak terduga. Seorang ibu keturunan Cina datang ke pejabat sehari sebelum saya tiba meminta dan merayu agar kami di SmarTop dapat menerima anak istimewanya untuk jagaan harian. Ia dikategorikan sebagai down - syndrome dan kata ibunya ia susah mendapat perkhidmatan yang sesuai kerana tugas hariannya sebagai seorang guru tidak memberi ruang masa yang mencuckupi untuk anaknya.




Anak ini berumur 12 tahun. Tidak sampai hati untuk menolak bulat-bulat rayuannya itu. Maka kami terima dengan mengatakan bahawa kami akan mencuba dulu kerana menjaga dan mendidik anak istimewa bukan bidang kami. Kami tidak ada kemahiran langsung.

Di sini kelihatan ia terbaring minta perhatian. Teacher Ibu yang punya kebolihan sedikit mengurus kehendak anak ini. Ibunya kata ia pendiam. Tetapi kami dapati ia boleh menjadi aktif dan membuang peralatan pejabat kami. Mungkin kerana ia amat bosan dan tidak tahu bagaimana mahu menyesuaikan diri.

Kasihan saya melihatnya dan saya boleh emphatise kerana saya juga punya dua orang cucu istimewa. Di sebelah SmarTop ada Pusat mengendalikan anak dan dewasa oku. Tetapi masa yang ditentukan agak rigid. Mereka hanya dapat menerima dari jam 8 pagi hingga 12 t.hari sahaja. Maka anak ini tidak dapat diterima kerana ibunya tidak ada flexibiliti dari segi masa dari pengurusan sekolahnya. Kami cuba membantu satu hari sahaja kerana anak ini perlu perhatian seorang penjaga yang khusus. Maka kami tidak upaya kerana kami tidak ada bilangan guru yang mencukupi. Tambahan pula kami tidak ada kemahiran.

Dengan amat terkilan kami berkata terus terang pada ibunya bahawa kami tidak berkesanggupan.

Sehari menjaga ahli syurga memberi kepuasan tersendiri.

Semoga sikap keterbukaan kami dalam mencuba membantu akan memberi kesedaran ibu anak ini bahawa kami orang Melayu Islam sentiasa suka membantu. Semoga kefahaman ini menjadi permulaan fikiran baru baginya terhadap Islam. Kehendak Allah siapa yang tahu....

Semoga Allah memmudahkan tugas kami dan memberi petunjuk yang sewajarnya dalam mengendali masaalah...

Mohon keampunan Mu Ya Rabb...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails