Rasulullah salallahualaihiwasalam dilahirkan yatim. Alangkah istimewanya darjat anak yatim dahulu, sekarang dan selamanya.
Maka pada pagi hari cuti 1 Febuari saya dan suami berkejaran ke tangkak untuk meraikan anak-anak yatim di bawah naungan SmarTop Pre School dengan kerjasama NGO bernama C - LAT MOTORSPORTS dari Kulai, Johor. Satu pagi yang bahagia.
Tiada kesesakan kerana ramai pengguna lebuhraya masih tidur nyenyak kepenatan merayakan Hari Raya China. Saya dapat memandu hampir 170 km sejam kerana jalan masih lengang. Alhamdulilah, diumur kini saya masih seronok memandu. Kata seorang teman blogger, saya ini Embah Rempit. Dia harap saya lebih berhati-hati dan jangan ikut rasa orang muda. Sambil memandu saya senyum sendirian teringatkan komennya. Suami saya menyambung tidurnya di kereta.
Hampir jam 12 tengah hari rombongan NGO Kelab Berkereta C-LAT Motorsports tiba dengan irigan polis tempatan untuk menentukan jalan lancar kerena kesesakan lebuh raya sudah bermula. Ada lebih 20 buah kereta memasuki kawasan Sekolah SmarTop untuk meraikan 30 anak yatim yang telah bersedia menunggu dari jam 11 pagi lagi. Mereka menyumbang jamuan dan wang tunai pada anak-anak. Alhamdulilah tidak banyak masaalah.
Rombongan diketuai oleh Saudara Muhamad Jafni bin Muhammad Syukur merangkap Timbalan Ketua Bahagian UMNO Daerah Kulai, Johor. Kelihatan di sini saya memberi penerangan ringkas pada rombongan dan ahli keluarganya dan juga ibu atau penjaga yang mengiringi anak-anak yatim yang hadir. Penerangan saya meliputi perkara pokok bezanya SmarTop kerana ia bukan semata-mata pra sekolah yang berintegrasi tetapi ia sangat menekankan strategy 'immersion' dalam teknik pengajaran dan pembelajaran. 'Immersion' dengan maksud penghayatan yang total dan serentak yang memungkinkan anak-anak dapat menjiwai nilai-nilai Islam murni sekali gos dalam ia mempelajari ilmu-ilmu fardhu ain dan ilmu akademik. Akhlanya sepadu dengan fikiran mindanya dan insyaAllah denagan perbuatannya. Semoga Allah sentiasa memimpin ke destinasi yang dituju.
Saya maklumkan juga bahawa selain Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab SmarTop juga memperkenalkan Bahasa Mandarin pada anak-anak Tadika dan Taska, bukan dengan tujuan mendapat kemahiran tetapi sekadar anak-anak dapat diperkenalkan apa itu bahasa Mandarian harian yang kami ajar melalui nyanyian -nyaniyan. Semoga bila dewasa nanti mindanya terbuka tentang Mandarin dan dapat membuat pilihan bersesuaian demgan minat subjek akademik yang lain. Tujuan besarnya supaya bila dewasa nanti ia boleh memainkan peranan yang berkesan di pentas dunia yang makin hari makin mencabar.
Saya sebutkan juga dengan ringkas bahawa SmarTop cuba memupuk sifat berani dalam menjalani hidup. Kami menggalakan anak-anak bertanya soalan kerana sifat malu dan takut hendak bertanya perlu dikikis semoga mereka lebih berkeyakinan diri dalam peroses memebesar. Tahun ini di samping meneruskan ko-kurikula Bernang kami juga ingin memperkenalkan seni mempertahankan diri,Tae kwan do. Keberanian harus menjadi sifat asas kerana di dunia sekarang terlalu banyak taburan fitnah pada orang Islam dan semoga dewasa nanti mereka dapat memainkan peranan sebagai pemimpin berwibawa menerajui kumpulan bertindak membela Islam terutamanya dalam bidang ILMU kerana hanya dengan ILMU saja terserlahnya kekuatan sesuatu kaum.
Dipenerangan ringkas saya tidak berkesempatan untuk menerangkan bahawa banyak lagi yang perlu dilakukan dalam mengendali SmarTop Pre School itu. Kami sedang memperinci module kurikulum supaya murobbiah kami dapat bertindak dengan lebih berkesan. Kami juga cuba menghantar murobbiah untuk latihan dalam perkhidmatan bersama Ngo Haluan dan individu sukarelawan yang sama-sama mendukung misi dan visi SmarTop kami. Kami memerlukan sumbangan dana dari siapa jua untuk menjalankan program dan aktiviti yang diatur. Pihak pengurusan tidak mengambil apa-apa keuntungan, malahan masih memerlukan sumbangan dalam apa jua bentuk. Semoga allah meredhai.
Sebahagian dari tetamu yang hadir, beserta anak-anak yatim.
Di sini kelihatan pula ketua rombongan berucap dan menerangkan serba ringkas tujuan lawatan dan tujuan besar NGO yang dipimpin olehnya. NGO ini menyedari hakikat perlunya memperkukuh silaturahim dengan masyarakat kerana dengan jalan itu dapat meraih kerjasama untuk sama-sama berusaha membangunkan keluarga dan negara.
Di bawah ini saya rakam sebilang anak yatim yang menerima sumbangan disamping dijamu makan nasi arab yang didatangkan khas dari Anjung 7, Shah Alah. Syabas pada sponsor yang prihatin.
Jika diperhatikan kami memberi juga sumbangan pada anak yatim keturunan India sebagai langkah menunjukan bahawa kami pada prinsipnya suka mera'i semua anak yatim kerana diumur yang ditakrif yatim mereka sebenarnya Islam. Ini adalah langkah kami dalam usaha berdakwah tanpa sempadan dan semoga usaha kami ini dilihat positif dalam pemahamannya mengenai Islam. Dengan kehendak Allah jua, Allah boleh membuka hati-hati insan yang diciptanya patuh pada perintahNya termasuk anak ini dan keluarganya.
Anak yatim khas bersama ibunya.
Selain anak-anak yatim, SmarTop juga meneria sumbangan ikhlas NGO C-LAT Motorsports ini dan ia diterima oleh Hajah Nortipah Pengasas Subur Fitrah yang di bina semula menjadi SmarTop Integrated Pre School Tangkak. Terima kasih daun keladi kami ucapakan. Semoga di masa hadapan kami mendapat lagi.
Merakam kenangan anak-anak yatim yang dira'i.
Keajaiban anak-anak yatim tiada siapa boleh menyangkalnya. Ia termaktub dalam alQuran. Walau kaya raya ibu/keluarganya sekalipun, anak yatim harus dira'i kerana anak yatim tidak punya ayah atau bapa. Begitu penting peranan bapa atau ayah dalam keluarga. Kehilangnya boleh menjejas proses pembesarandan kematangan anak-anak dari semua segi terutamanya dari segi psikologi. Ketahan diri, kewibawaan dan lain-lain termasuk akhlak yang unggul yang boleh diwarisi dari bapa tidak dapat dinafikan oleh sesiapa. Tiadanya seorang bapa atau ayah boleh menyebabkab kepincangan diri jika tidak ada sokongan yang sewajarnya dari keluarga terdekat dan juga masyarakat.
Rasulullah amat rapat dengan bapa saudaranya walaupun ia bukan orang yang beriman. Namun pemeliharaannya dan pembelaannya mempengaruhi jatidirinya walaupun hakikat sebenar Allah telah rancang segalanya. Maka bagi insan biasa peranan ayah atau bapa sama pentingnya. Semoga ayah atau bapa yang meninggalkan anak-anak mereka tanpa mengambil tahu langsung pembesaran dan pendidikannya menyedari bahawa mereka akan dipersoalkan nanti di akhirat. Anak yatim punya hak istimewa walaupu mereka tidak tergolong dalam asnaf menerima zakat melainkan mereka yang juga tergolong fakir dan miskin.
Semoga anak-anak yatim di mana jua mendapat pembelaan seperti yang dituntut oleh alQuran. Semoga semua kita tergolong dalam kumpulan orang-orang yang suka mera'i anak-anak yatim dan menginfakan harta pada mereka yang yatim dan amat memerlukan pertolonan.
Bantulah kami untuk membantu mereka ya Rabb.....
Memohon keampunan dan redha Mu dan Rahmat Mu yang tidak terhingga.
Aameen.
...
2 comments:
SALAM SOBAH
SUPERB ENTRY.SYABAS
Alhamdulilah. Merupakan usaha bersama.
Post a Comment