Pagi tadi dalam sessi bersarapan bersama teman-teman selepas Subuh di Masjid, seorang teman dengan penuh teruja bercerita anaknya pulang bercuti selama dua bulan dari negara German. Ia sibuk melayan mereka.
Saya menghadapnya penuh minat mendengarinya. Saya tidak suka menghampakan teman walaupun cerita itu bukan cerita "hebat". Fakta hebat letaknya di hati. Bercerita pasal anak suatu hiburan pada ibu yang selalu sendirian.
"Bestlah dapat main dengan cucu...", saya kata memberi respon yang saya mendengarinya. Dan saya pun suka cerita mengenai cucu.
"Terubat rindu, nak selalu ke sana pun tak daya dan tak mampu," teman saya nampak bersinar air mukanya. Sememangnya ia rindu cucu. Ia menjaganya semasa dalam pantang di German. Sebab itulah asyik teringat-ingat. Terutamanya diumur senja, selalu sahaja kesuniyan.
Anak buat apa di German?" saya bertanya ingin mera'ikan keseronokannya bercerita.
"Anak perempuan saya tak kerja. Menantu saya kerja sebagai Robotic engineer. Dia kata kat Malaysia susah cari kerja. Itulah dia pilih kerja di sana. Mencabar tetapi di suka di sana."
"Oh..." Saya spontan tersenyum dan ingin mengusiknya.....santai-santai pagi hari.
"Kat Malaysia banyak robot....... susah pulak nak jadi engineer robot?....Saya lihat banyak 'engineer robot' yang mengarah robot buat sesuatu tanpa berfikir. Ialah tu. Robot hanya fikir apa yang di program untuk fikir sahaja. Tidak lebih dari itu." saya berkata sambil minum kopi yang hampir sejuk. Hati saya terus senyum. Saya suka mengusik....
"Kat Malaysia banyak robot? Betuk ke? I tak tahu lah..." teman saya menjawab lurus bendul.
"Eh... Kita semua ni kan macam robot....senang di kotak-katikan. Ikut sahaja. Suruh ke kiri, kita pergi kiri....suruh ke kanan, kita pergi kanan. Kita ni ramai yang berani cakap di belakang, tetapi belum cukup berani untuk bertindak. Masuklah saya...." Saya pandang mukanya senyum lebar...
"Oh... you maksud lain, I ni tak pandai."
Kawan saya ini biasa-biasa orangnya dan tidak pandai berseloroh politik. Rasa tidak adil saya mengusik dia.
Rata-rata itulah orang Malaysia. Lurus dan mudah mempercayai hingga boleh dipermainkan oleh mereka yang tidak berhemah.
Saya berpendapat kita mudah percaya dan mempercayai kerana kita kurang Ilmu dan tidak merasai kita perlu mencari dan menambah Ilmu. Wahyu pertama seperti dalam alQuran kata IQRA'. Tafsir yang mudah dan ringkas ialah 'BACA'. Maka kita wajib mencari Ilmu. Dan kita diwajikkan juga berfikir......ikut seperti "Ululalbab".
Saya teringatkan diri sendiri yang juga masih belum menguasai berbagai Ilmu. Baki masa tinggal sedikit sahaja lagi. Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang untuk berbakti seperti yang di tuntut. Selalu saya katakan pada anak-anak supaya tidak menangguh masa untuk berbuat segala yang baik. Dalam masa yang sama tinggal yang dilarang. Banyak buat baik tetapi tidak tinggal yang dilarang kita akan berbalik "kosong....zero," atau lebih menakutkan kita dapat nilai negatif.
Berilmu dan berfikir adalah tonggak kejayaan. Tiada Iman dan Taqwa tanpa Ilmu dan amal. Semoga Allah memelihara kita semua dan menganugerah Rahmatnya yang tidak terhingga.
Aameen, ya Rabb...
....

No comments:
Post a Comment