"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, February 8, 2014
Mahir berfikir dan berani bertindak?
Dalam pertemuan 'hari kutu' bersama kekawan lebih kurang tiga minggu dulu, saya berkesempatan berbicara santai mengenai pentingnya pendidikan dalam pembangunan insan. Bukan teman-teman tidak tahu tetapi saya suka mengisi masa untuk mengelak berbual kosong.
Allah merakamkan bicara seorang ayah dengan anaknya Luqman tentang asas pendidikan: 'Jangan mensyirikan Allah'. Itu pokok yang harus dibaja supaya akar umbinya sentiasa segar dan kuat. Disamping itu kami berkongsi cerita-cerita keluarga yang menghadapi ujian berat semoga kami dapat menginsafi diri dan dapat menerima hakikat bahawa setelah berusaha kita harus bersyukur dan redha atas segala ketentuan Allah yang maha pencipta dan maha bijaksana.
Hari itu seorang teman membawa tetamu khas...cikgu semasa di Tingkatan 6. Masing-masing berpeluk-peluk gembira dan teruja. Saya cemburu kerana saya bukan dari sekolah yang sama, Kolej Tunku Khursiah. Alangkah bahagianya bertemu guru yang tidak akan terbalas jasanya.
Tiba-tiba entah bagaiman seorang teman berkata : Cikgu kita ini hebat. Ada beberapa kekawan yang akhirnya dapat 1st class honours, ramai 2nd class upper dan tidak ada yang general degree. Tetapi kita lihat yang general degree di negara kita ini ramai yang masuk politik dan dia orang yang jadi boss kita sekarang !....
Kata-katanya disambut dengan komen-komen lucu dan gelak ketawa. Nak buat macam mana ye? Yang 1st class dan 2nd class tidak minat politik atau pun mereka tidak berani tampil di baris hadapan untuk 'ditembak' oleh pihak pembangkang atau rakyat yang berkepentingan.
Atau politik itu "kotor" ?
Saya tertawa juga dan dalam hati ingin berkata pendapat. Tetapi saya diam sahaja dulu kerana keadaan tidak mengizinkan untuk berserious. Saya agak sensitif dengan isu ini sekarang kerana ia berkait terus dengan falsafah dan sistem pendidikan yang ada di negara kita. Saya menerima whatsapp sebelum itu dari adik ipar yang menghantar sebuah makalah mengenai apa yang sedang dibuat oleh Kementerian Pelajaran kini untuk memastikan hasilnya nanti pelajar-pelajar akan ada kemahiran berfikir peringakat tinggi.
Saya hairan...
Adakah sebelum ini kita semua berfikiran peringkat rendah ? Saya berfikiran sendirian seperti rasa kecewa.
Agaknya itulah sebabnya kita ini ramai yang jadi pengikut. Sebenarnya tidak salah menjadi pengikut asalkan sahaja kita faham apa yang kita ikuti dan kita boleh menegur bila-bila masa jika keadaan meragui. Namun sekarang ini kita kurang usaha menampilkan diri untuk menentukan arah tuju kita (arah tuju negara). Kita harus pastikan ia selari dengan apa yang seharusnya terjadi.
Tetapi kita ikut saje...
Teringat saya suatu pagi seorang teman di Speakers Corner Masjid Kg Tunku selepas Solat Subuh memberi penerangan mengenai "Blue Print" Kementerian Pelajaran (Pendidikan) dari aspek stategy bagaiman mahu menentukan Pelajar-pelajar akan berkebolihan berfikir peringkat tinggi. Saya suka strategy itu. Tetapi mahir berfikir sahaja belum mencukupi untuk menentukan seseorang itu berani bertindak jika menghadapi krisis dalam hidupnya samaada diperingkat peribadi atau diperingak organisasi atau dikalangan masyarakt terbuka.
Soalnya ialah bagaimana kita dapat mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi berani......berfikir dan berani. Bukan berani membabi buta tetapi berani kerana benar berasaskan ilmu yang benar.
Ilmu yang benar itu ada dalil naqlinya dan ada dalil 'aklinya. Ia itu ilmu yang logik pada akal dan tidak bercanggah dengan apa yang termaktub dalam alQuran dan hadith.
Dalam alQuran disebut beberapa kali mengenai Ulul albab yang antara tafsirnya ialah orang-orang yang berfikir dan sentiasa berfikir. Maka dalam Islam kekepintaran dan keterampilan berfikir bukan suatu theory yang baru. Kalau sistem kita baru sekarang ini mahu menitikberatkan kemahiran berfikiran tinggi maka itu suatu yang memang sudah sewajarnya berlaku. Malahan seharusnya sudah lama berlaku dan saranan dalam "blue print" kementerian Pelajaran itu bukan suatu yang luar bisa. Malahan ia harus diinsafi oleh pembuat dasar kerana terlepas pandang suatu yang amat penting.
Dalam pada itu kita harus juga menyedari hakikat bahawa mahir berfikir tetapi tidak berani bertindak melaksana apa yang difikir adalah suatu kelemahan. Ini mungkin disebabkan oleh sistem pelajaran kita. (Saya lebih suka sebut sistem pendidikan kita).
Maka bagaimana agaknya kita dapat memastikan supaya mahir berfikir dan berani bertindak itu wujud dalam diri seseorang secara sepadu.
Pada pandangan saya sistem pendidikan kita mesti mempelopori anak-anak dan pelajar suka akan ILMU. Mendapat ilmu dan tahu menggunakan ilmu menjadi sasaran utama......iaitu seronok mencari dan seronok menggunakannya....
Walaubagaimana pun Ilmu harus berkembang dalam wadah yang suci. Maksudnya ialah pendidikan harus mengambil kira pekembangan fisikal, perkembangan intelectual dan perkembangan spiritual (ruhiyah). Orang yang berilmu tetapi jiwanya kosong dari segi pengabdian diri pada Allah maka kemungkinan besar ia akan menjadi manusia yang takabur dan langsung tidak bertanggungjawab atas nilai-nilai kemanusiaan.
Sikap berani bertindak bermula dengan berani bertanya pada guru atau pada siapa jua yang ia fikir boleh memberi maklumat dan boleh mendengari pendapat jika ada maklumat yang berbeza. Kemudian sedikit demi sedikit mereka boleh berhujah dihadapan pihak yang berkuasa. Tetapi tanpa ilmu bagaimana mahu berani berjujah ?
Sebenarnya apa yang saya katakan ini memerlukan pemikiran lanjut secara serious dan teratur. Mungkin sudah pun dijalankan oleh Kementerian dan sebab itu sudah ada Blue Print yang sedang dilaksana sekarang. Antaranya ialah tidak mengadakan peperikasan seperti dahulu dengan tujuan memberi "kebebasan" berfikir dan membina individu mengikut kemampuan dan minat masing-masing.
Saya berhenti di sini dahulu kerana ini satu perbincangan yang rumit. Saya hanya mencungkil pendapat untuk kita berfikir dan bertindak mengikut saluran dan kemampuan masing-masing. Namun saya masih mahu mengatakan bahawa kita sekarang adalah dalam masa "kecemasan" atau "injury time" dalam memikirkan dan melaksana sistem pendidikan yang 'integrated dan holistik' yang akan membawa pada pembentukan insan kamil yang boleh membina kesejahteraan ummah tanpa menjejas kepenting mereka yang berlainan pendapat. Namun akhirnya sistem kita harus berkeyakinan dan berprinsip bahawa lahirnya manusia ke dunia ini ialah untuk pengabdian pada yang maha Pencipta. Dan adalah menjadi tanggong jawab sesiapa jua yang sudah faham memberi kefahaman kepada mereka yang belum faham.Itulah pendidikan...
Dan itulah erti kehidupan.....berpesan-pesan untuk kebaikan.
WaAllahu'alam.
..........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment