"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, February 10, 2014
Peka Kejiranan.
Hari Jumaat yang lalu saya sibuk memastikan kerja dapur beres sebelum menghadiri aktiviti RIASNITA Masjid pada petangnya. Saya terbau seperti ada barang terbakar. Tetapi dapur saya okay sahaja. Maka saya panik memanggil anak saya dan suruh dia check kalau-kalau ada alat elektrik yang terbakar.
"Bukan Mak! " anak saya menjawab kuat.
"Rumah jiran sebelah terbakar. Ini haa mak tenguk."
Saya berlarian ke atas rumah dan melihat dari pintu balkony belakang rumah asap tebal di bumbung rumah jiran. Cepat-cepat anak saya menalipon 999 kot-kot tuan rumah belum memanggilnya. Saya teringatkan rumah saya pernah terbakar lebih kurang 20 tahun yang lalu dan jiran saya yang nampak dahulu dan tolong memanggilkan 999. Saya sudah di pejabat waktu itu dan teman saya guru besar sekolah berdekatan menalipon saya dan
memberi tahu saya apa yang berlaku. Saya bergegas pulang dan memandu dengan laju. Alhamdulilah selamat sampai dan melihat Bomba sedang sibuk memadamkan kebakaran.
Itulah keperhatinan jiran. Mereka yang menolong mengeluarkan apa yang mampu terselamat. Tidak banyak. Alhamdulilah anak-anak kecil dan bayi adik ipar saya sempat diselamatkan.
Maka apabila ternampak rumah jiran berasap tebal, saya yang panik. Naik tangga rumah hampir tersungkur....
Dalam 10 minit baru bomba datang. Anak saya bekejaran ke rumah jiran itu kot perlu pertolongan. Lepas itu saya tidak ada berita. Lepas solat Jumaat anak saya beri tahu bukan semua rumah terbakar. Cuma porch sahaja kerana kereta yang pakir di situ terbakar. Kereta BMW katanya. Ketentuan Allah siapa yang tahu. Tetapi saya agak lega kerana nyawa terselamat. Semoga Allah gantikan dengan yang lebih baik.
Jumat yang mengingatkan kita bahawa tiada yang kekal dalam hidup ini. Semuanya kepunyaan Allah dan Allah ambil kembali mengikut kehendakNya.
Subhanallah...
Allahuakbar.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalanNya dan semoga kita sentiasa terpelihara dalam redhaNya.
Ameen...
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment