"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, February 14, 2014

Jihad melalui perkahwinan ?....




Saya teruja mendenar berita anak saudara lelaki suami saya, Ezzat,  akan bertunang pada hari Ahad 9 Feb. Pada saya ini pertunanagan luar biasa dalam keluarga besar kami kerana Ezzat akan bertunang dengan Nour dari Syria, negara yang sedang berperang dan semuanya tidak menentu.

Saya amat teruja kerana  Nour berumur 18 tahun adalah anak pelarian Syria dan sekarang berada di Malaysia dengan kerjasama UNCHR. Ia 3 beradik dan ibunya sekarang ibu tunggal.  Suaminya 'missing in action" dalam kemelut perang yang sudah sekian lama membuat rakyat menderita. Saya berfahaman begitu.Ia berkhidmat dalam tentera Kerjaan Syria dan tidak pulang dan tidak ada berita hingga kini. Ibunya ada seorang kakak yang memang menetap di Kuala Lumpur dan dengan ihsan UNCHR dapat mereka tinggal di Malaysia. Butiran lanjut saya kurang arif.

Saya rakam peristiwa istimewa dalam keluarga. Foto di atas ibu pada Ezzat menyarungkan cicncin istimewa.

Bila saya bercerita dengan seorang teman ia mengatakan: "Itu jihad perkahwinan.." Bertambah teruja rasa dihati....

 Sememangnya kita di Malaysia membantu pelarian perang terutamanya di Palestine dan di mana jua termasuk Syria. Ditakdirkan dalam kes ini mereka lari ke Malaysia dan saya pun rasa ini keputusan yang baik membantu ibu tunggal yang tiada arah tuju buat masa ini. Tidak mungkin mereka pulang ke Syria selagi perang belum tamat. Itu fikiran saya.




Ini foto ibunya Nour berbaju hitam dan kakaknya yang di sampingnya.

Majlis pertunanagan di adakan ringkas sahaja di dewan jamuan khusus di sebuah Restaurant di Shah Alam. Hanya keluarga terdekat yang hadir. Seperti semuanya rasa teruja. 

Setiap kali saya membaca dan menonton kisah negara-negara yang berperang, setiap kali rasa terharu. Susahnya orang di Malaysia, tidak akan sama dengan susahnya pelarian perang terutamanya yang tinggal di khemah-khemah yang sentiasa kekurangan serba serbi. Ada yang mengatakan "they deserve it" sebab mereka yang tidak mahu bersatu hati. Saya rasa tidak patut berkata demikian kerana kita tidak terlibat dan kita tidak tahu cerita sepenuhnya dan tidak tahu hakikat sepenuhnya.

Sekarang ini makin berleluasa pergolakan antara kaum dan antara fahaman agama. Terpenting ialah pergeseran antara Kaum Sunni dan kaum Syiah. Ini bukan masaalah baru dan makin hari makin membimbangkan. Kita harus punya Ilmu yang cukup untuk mengetahui dimana  dan bagaimana pergeseran boleh berlaku. Mungkin kita boleh bercerita dilain forum.....

Keluarga Nour adalah dari fahaman Sunni dan saya  ingin tahu dari sudut sejarah bagaimana kini kemelut Sunni dan Syiah menjadi agenda utama perbualan masyarakat tidak kira fenomena itu di Malaysia atau di luar negara. Tetapi buat sekarang ini saya mahu menghayati keseronokan saya dalam konteks pertunangan anak saudara dengan anak Syria. InsyaAllah hijab qabul akan diadakan tidak lama lagi.

Semoga ini menjadi permulaan menguatkan komitmen peduli ummah. Seperti kata pepatah : Cubit peha kiri, peha kanan sakit juga. Setiap Muslim adalah bersaudara dan semoga Allah mengeratkan lagi tali persaudaraan ini.

Ameen....

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails