"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, February 4, 2014

Bertemu dan berpisah..



Hakikat hidup...bertemu dan berpisah.
Seharusnya kerana Allah.

Hari Ahad 2 Januari saya ke majlis perkahwinan anak jiran tetangga yang diadakan di Shah Alam, Selangor. Saya dan suami tiba hampir penutupan majlis dan saya rasa kurang selesa. 

Tiba-tiba rasa tidak selesa betukar gembira kerana saya nampak teman sekerja dalam tahun lapan puluhan. Saya bergegas bangun dan mengajaknya duduk dengan saya. Namanya Datin Hasnah dan disini kelihatan suaminya Dato Harun yang juga saya kenali semasa saya bekerja dahulu. Yang berdiri itu ialah emak dan bapa pengantin. Satu pertemuan yang sudah lama saya nanti-nanti.

Datin Hasnah dulu bekerja sebagai Pembantu khas saya untuk beberapa tahun semasa saya bertugas di Kementerian Kerja Raya. Seorang yang serba boleh dan serba  cekap. Saya banyak terhutang budi padanya kerana banyak membantu saya dalam kesulitan hidup yang saya lalui untuk seketika. Panjanlgah kami bercerita mengisi ruang-ruang persaraan. Datin Hasnah jauh lebih muda dan saya seronok mendengari cerita-ceriti hidupnya selepas bersara. Dato Harun hanya senyum mendengar kisah-kisah lama kami berdua di pejabat lama. Satu nostalgia.......

Masa terlalu singkat. Saya bersyukur dapat bermaaf-maafan kerana tidak mungkin dapat bertemu seperti itu lagi kerana kesihatan kami sudah tidak seperti dahulu. Sebab itu kita sentiasa diingat mengenai 5 perkara sebelum 5 perkara.....Senang sebelum susah, Sihat sebelum sakit, Kaya sebelum miskin, Muda sebelum tua dan hidup sebelum mati.

Semoga Allah mengampuni dan meredhai.
Aamiin.

....


No comments:

Related Posts with Thumbnails