"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, February 22, 2014

LIPAS KUDUNG





Mana ada masa untuk bersantai.

"Dia kerja macam lippas kudong," sungut seorang kawan menceritakan perihal seorang kawan lain yang tidak berhenti-henti bekerja. Sentiasa ada panggilan mesyuarat atau mengetuai perlaksanaan program atau aktiviti atau pergi sebagai tetamu khas merasmikan majlis atau sebagainya.Ini belum mengambil kira kerja di luar station pula. Falsafah kerjanya ialah kita ini seperti dalam perlumbaan lari pecut 100 meter. Lagi kita hampir ke garis penamat lagi kuat kita harus memecut untuk menentukan kemenanagan.

"Orang Islam tidak bole relax dan bersantai," katanya. Banyak kerja-kerja amal yang belum selesai. Malahan banyak kerja-kerja fardhu kifayah yang harus disempurnakan. Ini tidak mengambil kira perlaksanaan kerja-kerja fardhu ain. Maka macam lipas kudonglah kita. Tidak menanag tangan, kata setengah orang. Teman ini amat percaya bahawa: hanya orang yang sibuk yang ada masa. "If you want to stretch your time, you must cram it. Fill your time with a lot of activities that you will not have time to day dream."

Bila bercerita tentang kesibukkan terlintas pula pertanyaan bagaimana Ulama'-ulama' zaman dahulu dapat menulis dan mengarang kitab berjilid-jilid banyaknya. Tidak ada komputer pun waktu itu. Pastinya ada elemen lain yang membolehkan mereka berbuat demikian. Bila dan bagaimana  membuat penyelidikan dan bagaimana menulis dan merekodnya pula. MasyaAllah. Kurnia limpah Rahmat Allah seperti ini  perlu dilihat dengan mata hati dan nurani suci bersih barulah dapat memahaminya.

Saya masih tertanya-tanya, bukan tidak mempercayainya tetapi bagaimana mahu mencontohinya.

Oh ya....Saya sekarang ini berada di Tangkak. Suami ada di rumah kerana ada urusan lain. Saya harus bersama dengan partner saya di sini untuk bersama dengan kumpulan ibu-bapa pada anak-anak SmarTop yang bersetuju membantu kami. Kami panggil kumpulan ini "SmarTop Support group". Kumpulan ini dipengerusikan oleh wakil bapa, Tuan Hj Ruslan namanya. Sungguh cekap sebagai pengerusi kerana bijak membawa mesej bahawa kita perlu bersama membina Tadika ini supaya misi dan visinya tercapai. Amat mudah ia mendapatkan kerjasama ahli yang hadir supaya memegang jawatan ketua Team bagi sesuatu tugas.

Saya amat lega bahawa saya dapati kumpulan ini punya rangkaian kerja yang luas dan besar kemungkinan mereka akan dapat membantu mencari dana untuk projek ko kurikula termasuk aktiviti berenanag dan tae- kwan- do. Alhamdulilah.

Saya bersyukur kerana kumpulan guru murobbiah kami juga amat memahami hasrat untuk benar-benar menjadikan Tadika SmarTop  pilihan utama ibu bapa kerana punya program yang realistik ke arah membina akhlak anak-anak kecil dan dalam masa yang sama membina keterampilan. Berkaitan dengan ini dua orang guru sedang berkursus dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak yang dikendali oleh Jabatan Perdana Menteri yang bertanggong jawab atas perlaksanaan projuk PERMATA NEGARA.  Semoga perkongdian ilmu dapat memberi munafaat bersama. InsyaAllah.

Maka guru murobbiah kami pun bekerja seperti Lipas kudung dengan cara mereka sendiri. Di cuti hujung minggu pun mereka dengan sukarela membuat kerja-kerja tambahan. MasyaAllah....Alhamdulilah...Allahuakbar.

Semoga Allah memudahkan segalanya, menunjuki kami jalan yang benar dan semoga usaha kami mendapat keredhaanNya.

Ameen, ya Rabb....

......

4 comments:

Al-Manar said...

I cannot recall the expression 'lipas kudung' but am quite familiar with what that poor insect does with injured legs.

ngasobahseliman said...

Dear Pak alManar,
Maaf saya kalau ini tidak betul. Sudah lama saya guna sebagai pribahasa Melayu, iaitu 'terlalu sibuk hingga tak menang tangan. Sentiasa sahaja melakukan sesuatu.' Saya tidak lihat benar-benar lipas yang kudung. Tapi lipas kalau dalam keadaan panik untuk melepas diri memangnya bergerak laju.
Terima kasih menegur....

Makbonda61 said...

Lipas Kudung itu yang telah kehilangat sesungut,jadi ia suadah kehilangan alat deria rasa,lalu bergerak tanpa peduli apa yang di hadapannya... :)

Pkirimkan alamat surat menyurat melalui hajahhasimah@gmail.com

ngasobahseliman said...

Itulah Cik Gu namanya. Alhamdulilah. Mahir asalusul pribahasa. Tq. Saya pun ingat kaki yang kudung.Nanti saya beri alamat.TQ again....

Related Posts with Thumbnails