"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Saturday, February 15, 2014
Pautan kasih dari Acheh....
Ini Arif Rahmatilah. Anak angkat saya dari Acheh.(di sebelahnya cucu saya Ammani).
Di petang hari Jumaat seminggu lalu ia muncul dengan tidak disangka-sangka.Katanya ia cuba menghubungi kami dari Acheh tetapi gagal, entah mengapa. Bila sampai di Kuala Lumpur barulah berjaya. Allah maha Penentu dan pasti ada hikmahnya.
Memang selama ini kami mengingatinya. Sesekali kami berhubung di facebook tetapi tidak pernah berhubung bicara. Selalu sahaja ridu-rinduan tetapi apakan daya . Tiga tahun dulu kami ke Banda Acheh menziarahinya dan seorang lagi yang tinggal di sana. Junaidi namanya. Yang seorang lagi Feisol namanya dan ia sekarang bekerja bersama dengan Arif membanguankan sebuah sekolah di satu kampung (lupa namanya) sejauh 2 jam dari Medan.
Berbagai rasa menyerbu hati saya kerana tidak menyangka akan bertemu dalam keadaan tergesa-gesa. Ia mesti pulang ke Hotelnya di Nilai, Negri Sembilan, malam itu juga kerana esuknya ia akan ke Singapura bersama rombongan yang diketuainya.
Dalam masa yang singkat Arif bercerita laluan hidupnya sejak berjumpa 3 tahun yang lalu. Kini sudah punya 4 orang anak. Teruja ia menceritakan telatah anak-anak kecilnya. Saya baru bertemu yang sulung sahaja sekembalinya dia dari Mesir lebih kurang sembilan tahun yang lalu. Sebelum ke Mesir 3 orang anak angkat saya itu belajar di kolej swasta di Muar Johor selama 2 tahun. Bila musim cuti mereka tinggal di rumah saya. "Buat macam rumah sendiri," saya katakan pada mereka. Maka mereka masak sendiri dan membantu saya membersihkan laman rumah saya. Sebenarnya bila masa mereka ke rumah saya, mereka tidak duduk diam. Ada sahaja kerja membantu saya. Saya tiada pembantu rumah dan mereka dengan seronoknya tinggal bebas dirumah.
Saya dan suami pun seronok membantu mereka dengan hal-hal pengajian mereka terutamanya menyenggara visa yang membenarkan mereka tinggal lama di Malaysia. Ingatan saya 2 kali kami ke Songkhla, Thailand berurusan menyambung visanya. Syaratnya mereka mesti keluar dari Malaysia dahulu. Singapura punya prosidur yang ketat maka kami ke Songkhla sahaja. Mengurus visa adalah pengalaman pahit manis bersama. Sebab itulah kami amat rapat kerana senang susah yang kami lalui bersama. Alhamdulilah mereka berjaya menamatkan pengajian di University Azhar, Mesir dalam bidang Syariah. Selalu sahaja kami berhubungan semasa di Mesir. Biasiswa orang perseorangan dan teman-teman suami saya tidaklah banyak jumlahnya. Tetapi mereka amat prihatin dan amat berjimat cermat. Mereka tidak pergi bercuti dan terus memunafaatkan masanya denagn pengajian sendirian. Saya rasa seronok melihat kegigihan mereka.
Arif dapat peluang menunaikan Fardhu Haji melalui proses pilihan kerajaan Mesir. Ia menjadi pekerja membatu mengurus jemaah haji di Tanah Suci. Ini suatu anugerah Allah yang sentiasa disebut-sebut olehnya. Alhamdulilah. Allahu Akbar.
Minatnya adalah dalam bidang pendidikan dan ia memulakan kerjayanya sebagai guru. Berbagai jawatan yang dicubanya. Ia berminat bukan sahaja mengajar pelajar-pelajar di sekolah atau di Dayah (seperti pasentren di Jawa) tetapi ia minat juga berdakwah di kalangan penduduk mesyarakat setempat. Tempat kerjanya sekarang adalah disebuah pekan kecil 2 jam dari Medan atau dari Banda Acheh. Saya lupa namanya kerana tidak biasa menyebutnya. Katanya masyarakat di situ masih jauh ketinggalan dari segi dakwah dan tarbiah maka ia suka sangat mahu memunafaatkan masanya sepenuh mungkin.
Arif dan isteri bekerja kuat untuk memastikan ada penjimatan kewanagan supaya dapat membantu mereka yang kurang kemampuan. Terpegun saya mendengar bagaimana ia menyusan masa seharian. Arif tidak hidup mewah tetapi saya perhatikan ia suka membantu orang lain. Ini lumrah manusia. Orang yang susah suka membantu yang lebih susah. Saya ingin mencontohinya. Tawakalnya pada Allah sangat tinggi dalam pemerhatian saya. Bila kekurang pada diri dan keluarganya, ia akn bekerja mengambil upah diwaktu cutinya atau pada masa-masa kelapangan yang bersesuaian, termasuk mengambil upah mengembala kambing. Saya kagum dan rasa terharu kerana saya tidak dapat bersamanya dalam usahanya sekarang ini.
Ia membantu membersihkan kawasan sekolah walaupun berjawatan pengurus. Seperti itu di rumah saya dahulu. Katanya ia menanam pokok-pokok bunga supaya kawasan menjadi ceria dan menarik hati ibu bapa agar merasa lega dan selesa.
MasyaAllah...Tekun dan rajin bukan sahaja dalam tanggong jawab yang diamanah kan oleh sekolah tetapi komitmen yang sama dalam masyarakat. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan pada Arif dan anak-anak angkat saya yang lainnya, Junaidi dan Feisol. Saya bercadang ke sana dalam masa yang terdekat dan semoga Allah memudahkan segalanya, pada suami dan saya dan pada mereka.
Semoga Allah menunjuki jalan dan meredhai usaha kami.
Ameen, Ya Rabb....
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment