"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, January 1, 2015

Tidak selalu...




Tidak selalu dapat berkumpul dengan keluarga angkat suami saya, Hambal namanya. Pada 27 Dis 2014 kami ke majlis perkahwinan anaknya di Bangi. Sederhana tetapi amat meriah suasana yang ada. Semasa bersekolah menengah suami saya menumpang di rumah keluarga Hambal dan ia di iktiraf anak angkatnya. Maka bila bertemu dalam majlis ini silaturrahim yang terjalin amat terkesan di hati. Maka saya rakam beberapa foto untuk kenangan.


Hambal yang berpakaian rasmi baju Melayu tradisional. 
Di kanan sekali ialah abangnya.


Oleh kerana tidak selalu, saya rakam juga foto cucu saya yang ke 12.
Di sini kelihatan bersama anak perempuan saya.
Aeyshah Rania nama cucu terkecil ini.


Di sini saya ambil peluang merakam foto biras saya. Mariam namanya dan saya jarang-jarang sekali bertemu dan bersembang santai.

Itulah peristiwa di akhir-akhir 2014, tahun yang banyak merakam sejarah suka dan duka di peringakat negara. Yang terbesar ialah kehilangan pesawat MH17 dan MH 370. Kedua-duanya masih mystry tentang cerita sebenarnya. Itulah sebabnya Allah menekankan supaya orang Islam berusaha habis-habisan untuk mencari ilmu supaya dapat menandingi ilmu-ilmu kaum lain di dunia ini. Maka tidaklah kita seperti dipinggirkan dan dikotak-katikan.

Periatiwa banjair terbesar masih belum pulih dan usaha membantu mangsa masih berjalan terus. Suatu ujian Allah bagi mereka yang mahu berfikir dan muhasabah diri. Namun demikian ramai rakyat yang masih tertanya-tanya mengapa kerja menyelamat dan tindakan recovery tidak selancar yang diharapkan. Kewibawaan negara dan sikap syarikat-syarikat perniagaan yang besar-besar sedang di perhatikan.

Rakyat biasa bertindak mengikut kemampuan.
Tetapi Rakyat  tetap memerhatikan...............

Setakat ini sahaja untuk permulaan 2015.
Semoga Allah mengurnia ruang dan peluang untuk terus berbakti dan semoga kita redha atas segala ketentuanNya dan Allah meredhai kita semua.
Aamiin....


....

2 comments:

Al-Manar said...

Dalam posting ini dan yang akhir 2014 banyak dapat saya faham perbezaan/persamaan antara keluat=rga. Tahulah saya perbizaan umur bilangan cucu, persekolahan dll.

dalam peringkat umur yang kita brerada banyak sekali apa yang berlaku membawa ingatan lama yang silam dengan perasaan suka dan duka. Itulah agaknya Ngasobah suka mencatat munkin tanpa sengaja peristiwa lama.

Selamat mengharungi tahun baru dengan keluarga yang tercinta dan diberkati Tuhan amalan yang dibuat.

ngasobahseliman said...

Betul tuan Hj. Saya mencatat di blog ini pun dengan tujuan untuk anak cucu dalam keluarga besar baca dan mengenali saya bila saya sudah tidak ada di dunia ini lagi. Semoga they learn something and they will make doa for me. MAY ALLAH BLESS ALL OF US.Aameen.

Related Posts with Thumbnails