"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, June 24, 2015

Kesabaran dan keseronokan melatih berpuasa.....




Sabtu yang lalu cucu-cucu bertaraf  istimewa "mengheret" ayah dan ibunya untuk berbuka puasa bersama Embah dan Tok Ayah. Anak saya tiada persediaan "luarbiasa" untuk Iftar bersama dan rasa tidak selesa.

Setiap hari saya dan suami berbuka di Masjid selama beberapa tahun yang lalu. Maka saya ajak mereka ke masjid sahajalah untuk menjamu selera penuh barakah kerana doa orang-orang yang menginfakan hartanya untuk program Iftar di masjid. Tetapi ibunya beli juga Pizza kerana itu kesukaan mereka.

Berbuka di masjid mendapat peluang bersolat jemaah di Masjid, terutamanya bagi kaum lelaki di mana ia amat-amat dituntut. Cucu-cucu pun dapat melalui pengalaman yang baik untuk dewasa nanti.

Bukan mudah mendidik dan melatih anak istimewa berpuasa. Lebih mencabar lagi ialah melatih mereka bersolat. Di Masjid Akif (otistik), mudah di pujuk untuk menanti waktu berbuka. Tetapi Ujai (ADHD) agak sulit kerana kebolihan memfokus kepada sesuatu objektif bersama agak terhad. Namun saya seronok mencari jalan bagaimana mahu memotivasikan mereka untuk duduk bertenang seperti anak-anak normal. Saya bercerita, saya janjikan hadiah dan beberapa cara lain semoga dapat memberi erti pentingnya kita berpuasa. 

Sudah 3 hari berturut-turut mereka berpuasa. Satu kemajuan buat tahun ini. Ayahnya senyum sahaja melihat saya dan Tok Ayah melayan cucu. Mujurlah mereka suka minuman yang disediakan. Dan sementara menanti detik berbuka ayahnya berdoa dan Tok ayah bercerita kebaikan dan munafaat berdoa dalam bahasa kanak-kanak.

Mencabar, tetapi seronok. 

Tahun hadapan belum tahu dapat bersama. Semoga Allah akan terus memberkati pautan kasih yang ada dan di mana jua kita dapat merasai kebersamaan itu.

Saya mengambil kesempatan mengingatkan anak saya supaya lebih usaha melatih mereka bersolat dan diumur 10 tahun anak-anak kenalah di rotan kalau tidak bersolat. Solat lebih penting diterapkan awal kerana bila sudah sayang pada solat, seseorang tidak akan meninggalkan puasa. Sebab itu kata ustaz tidak ada suruhan untuk merotan dalam melatih bepuasa. Dan ibu-bapa jangan seperti mendera anak-anak semata-mata mahu kepuasan mereka berpuasa seperti dewasa.





Kelihatan perserta lain berbuka sama di Masjid Kg Tunku,
Petaling Jaya.

In sya Allah Tahun hadapan dapat bersama lagi.......

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails