"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, June 17, 2015

Tadika SmarTop diambang Ramadhan......


Alhamdulilah, Tadika Smartop Subur Fitrah telah dapat mengadakan perjumpaan Ibubapa, guru, pengasuh dan staff pada pagi Sabtu 13 June untuk sama-sama membaca yasin dan berdoa untuk arwah ibubapa dan keluarga yang telah pergi dahulu.





Tuan Imam masjid besar Tangkak telah sudi untuk mengetuai bacaan yaasiin dan doa pada pagi itu. Tidak ramai ibubapa yang berkesempatan hadir tetapi bilangan yang ada dalam jemaah SmarTop sudah mencukupi untuk melahirkan rasa kesyukuran dengan kurniaan Allah atas perjalanan SmarTop selama hampir 3 tahun ini. Semoga Allah mengurniakan kasih sayangNya pada  semua keluarga SmarTop dan memberi kami ruang dan peluang untuk dapat menghayati lagi Ramadhan Kareem pada tahun ini. Datin Noraini Md Top, salah seorang Pengasas Tadika ini telah mengaturkan dua atau tiga aktiviti yang melibatkan 
penjanaan Ilmu semoga dapat memberi makna yang mendalam semasa menghayati hukum hakam Ibadah di hari-hari Ramadhan ini.



Ini sebahagian dari jemaaah wanita yang hadir. 
Ahamdulilah dapat membawa anak kecil untuk tidak melepaskan peluang bersilaturahim.



Sebahagian anak-anak yang berlatih melayan diri di majlis.


Datin Noraini di kiri sekali melayani tetamu muslimah menjamu selera yang tidak sepertinya.

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan 
Selamat menyambut  Ramadhan Kareem 
kepada semua yang mengunjungi Blog saya ini.
 Semoga Allah menerima amal ibadah kita 
dan mengurniakan kita 
ganjaran yang terbaik di sisiNYA.
Aamiin ya Rabb...

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails