Allahuakbar, Alhamdulilah. Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan semoga Dia menganugerah kita dengan Syurga Firdaus bersama semua yang kita kasihi dan tanpa hisab dengan Rahmatnya semata-mata.....
Sentiasa terngyiang-ngyiang bacaan surah al Fajr ayat 27-30.
(Foto ehsan WhatsApp)
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27) |
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28) |Semoga kita akan dijemput sedemikian rupa walau pun bila dan di mana kita berada. Aamiin, ya Rabb...
Ini yang sentiasa difikiran hari kelmarin sambil tersenggok-senggok menanti giliran berjumpa doktor pakar jantung di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM). Saya dihantar suami jam 8 pagi dan berjumpa doktor jam 11 pagi. Saya melatih diri untuk bersabar. Tetapi tidak kuat semangat hati saya dan tersebut pada pesakit yang duduk disebelah saya bahawa saya sudah sangat rasa kepenatan selepas duduk dua jam menanti. Tertamya juga erti "Rakyat didahulukan" dalam senyuman pada jiran yang sama-sama sakit ini. Dia juga hanya tersenyum. Alhamdulilah Malaysia negara kaya walaupun belum merasai kesemua kekayaan itu. Tetapai kita di ajar untuk sentiasa bersyukur. Kalau kita bersyukur dengan nikmat yang ada Allah akan tambah kenikmatan itu berganda-ganda, walaupun kekadang tidak disedari kerana hati kita masih belum cukup memahami erti ehsan dalam hubungan kita dengan yang maha pencipta.
Rata-rata kami berumur 50 ke atas. Ada yang datang bersendirian kerana tidak ternampak seorang yang muda bersamanya. Ada yang dihatar pasangan hidup kerana rupa wajah seperti umur seangkatan. Alhamdulilah saya masih Allah kurnia kederat datang berseorangan. Ramai sekali senarai pesakit pagi itu. Dalam jam 11 pagi masih ada lagi panggilan pesakit yang hampir mencecah bilangan 200. Kerusi-kerusi menanti sudah nampak penuh semuanya dan ada yang berdiri kerana tidak dapat duduk berhampiran. Maka saya perhatikan sepertinya itu lebih selesa kerana rasa hampir dengan pertolongan waris yang menghantarnya. Saya kurang pasti apa ertinya dan apa implikasinya. Sebagai rakyat biasa saya hanya memerhati dan memujuk diri semoga bertenag dalam kepenatan.
Saya cuba menghayati erti berpuasa sepenuhnya......
Hanya bila tidak sihat kita dapat menghargai ertinya sihat. Namun apa jua Mufti Menk dari Zimbabbwe mengatakan kita mesti mengucap Alhamdulilah. Ibaratnya seperti menghadapi cuaca. Kita ucap Alhamdulilah bila panas, dan ucap Alhamdulilah juga bila sejuk kerana kita harus dapat menghayati hakikat kekuasaan Allah atas segala penciptaanNya.
Jam 11 saya berjumpa doktor dan urusan saya tamat jam 11.30 pgi. Saya tangguhkan pengambilan ubat kerana amat kepenatan dan lantas menalipon suami saya untuk menjemput saya pulang. Jam 12.30 tengah hari saya sampai di rumah dan berkejaran untuk solat Dhua 2 rakaat di akhir-akhir waktu. Semoga Allah memberkati sibuk pagi walau pun seperti tidak banyak aktiviti.
Alhamdulilah, Allahuakbar..
Mohon keampunan Mu ya Rabb...
.....
No comments:
Post a Comment