"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, September 21, 2015

Berkorban tidak bermusim......




EidulAdha datang dan pulang
Dipertanda sembelihan Qurban haiwan ternakan
Berbagai ingatan, berbagai cetusan....

Ingin ikuti jejak-jejak Nabi Ibrahim AS
Sanggup sembelih anak demi mengEsakan Tuhan
Mencapai kemuncak segala  pengorbanan

Semoga peristiwa itu membakar hati untuk mula berjuang
Atau terus berjuang walau seribu halangan.
Berkorban wang ringgit, masa, tenaga dan apa jua kemampuan.
Bukan mencari nama 
Bukan mahu duduk dipersada Kuasa
Untuk digelar pahlawan Bangsa.

Cuma cari Allah redha semoga tidak terpinggir nanti di hujung dunia...

Seruan Da'i yang kami buru
Membina Ummah patuh jitu pada yang Satu
Allah itu 'AHAD'
Allah itu tidak bermasa, tidak bertempat
Di Arafah dan di Mina di mana jua, nikmat Qurban di hati rapat
Penyembelihan itu wasilah bukti iman dan taqwa semarak padat.
Pendorong amal pengabdian untuk diri dan masyarakat.

Semoga Ibadah qurban termaktub atas ehsan hati mulia
Demi cinta Iman tidak akan gentar menegak Kebenaran
Biar hancur tulang belulang
Kan kami panjat gunung dan harung lautan demi cinta Islam
Walau di penjara di seksa siang dan malam
Semangat pejuang seperti Zainab alGhazali kan kami turutkan

Itu ikrar di hati....
Semoga Allah anugerah kekuatan minda,sabar hadapi ancanman mati
Demi Allah yang mencipta jasad ini
Demi Allah dan janji-janjinya itu benar dan tibanya itu pasti
Syurga Firdaus semoga kami menjadi penghuni
Dalam dakapan kasih sayang yang maha Mengasihani
Bersama semua pejuang tegar terutamanya ibu-bapa kami.

Aamiin ya Rabb.....
Tiada selain dari Mu yang kami cari.
Semoga Rahmat Mu melempahi hamba-hamba Mu yang kerdil ini.


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails