"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, September 6, 2015

Rindu Baitullah.....





Teteman menghantar foto-foto di atas lalu Whatsapp. Katanya inilah keadaannya kini. Sudah banyak perkembangan baru. Akhir sekali suami dan saya ziarah Umrah ialah pada bulan Ramadhan 2010. 

Rindu....amat rindu. Semoga Allah kurnia peluang sekali lagi...dan sekali lagi.....

Teringatkan kata Ustaz: Tanda akhir zaman antaranya ialah bila bukit gunung bergerak dari tempat asalnya. Katanya bukit-bukit di Makkah sudah bergerak dan tidak wujud lagi. Habis diteres dan di bina bangunan yang amat tinggi seperti di atas. Antaranya ialah Jabal Qobis. Saya pernah naik bukit itu pada ziarah saya dalam tahun 1983 dan dari di atas sana bolih nampak Kaabah. Sayup-sayup kelihatan. Katanya sekarang keadaan di situ sudah berlainan.

Sama-sama kita fikirkan.......

Teman rapat sama bertadarus di Masjid berlepas dua minggu dulu. Kami mengucapkan selamat berangkat semoga dianugerah Haji mabrur bertempat  di cafe Masjid sahaja. Saya sentiasa sayu di hati bila mengingatkan peristiwa-peristiwa Haji dan Umrah.



Kelihatan teman saya, Rose, nama singkatnya di kiri sekali. Ia pergi berseorangan secara muasasah. Dia berani pergi seorang demi menurut hati yang rindu ke Tanah Suci. Saya ingin bersama tetapi apakan daya.

Seorang lagi yang telah berangkat ialah anak saudara saya dari Abang di Shah Alam. Dia pergi dengan suami tetapi saya tidak dapat merakam wajahnya. Air matanya sentiasa berlinangan. Entah rahsia apa di hatinya. Semoga Allah kurnia juga Haji mabrur padanya dan suaminya dan adik beradik suaminya. Mereka dalam lingkungan umur awal tiga puluhan dan sudah Allah kurnia kesempatan menjadi tetamuNYA. Alhamdulilah.

Menunaikan rukun Haji adalah lambang perjalanan akhir kita menuju Allah. Kita mesti miqat Haji di tempat yang di tentukan dan dari situ kita harus yakin bahawa di akhir hayat kita, kita hanyalah Hamba Allah semata-mata. Kita tinggalkan EGO kita dari detik itu dan memegang Hakikat Allah maha Pencipta dan kita hanya salah satu makhlukNya yang perlu hanya padaNya. TIada yang lain selain dariNya.

Semoga kita tergolong dalam kumpulan yang memegang kuat janji bai'ah tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.



Sambil makan setelah doa selamat saya bermesra dengan anak-anak buah yang sama-sama hadir dalam majlis mengucapkan selamat berangkat. Dalam masyarkat kita majlis seperti ini mengeratkan silaturrahim. Semoga keluarga bertambah erat hubungan kasih sayang demi mencari Redha Allah.




......

No comments:

Related Posts with Thumbnails