"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, September 19, 2015

CUCU ke CICIT





Siapa hairan cerita cucu dan cicit....
atau peduli cerita cucu dan cicit.
Saya dan kakak saya...(senyum sendirian)! 

Ini kakak saya yang tertua kini dalam keluarga besar kami. Dia berumur 79 tahun. Alhamdulilah masih boleh dikira sihat dalam umur yang sedemikian lanjut. Kini tinggal berseorangan setelah di tinggalkan pulang  suami tersayang. Dia tidak punya anak kandung dan kelihatan di sini sedang memegang cicit saudaranya.(Cicit pertama kakak saya yang berumur 76 tahun.). Dalam keluarga besar, saya sudah ramai cicit saudara. Saya tidak mengira, mungkin sepuluh sudah ada. Mereka tinggal jauh di kawasan Felda di Johor dan saya hanya bertemu setahun sekali di Hari Raya. Maka itu saya lupa nama-nama semua.

Saya peduli cucu-cicit walau pun sekadar jumpa setahun sekali. Saya hubungi emak bapaknya dan nasihat serba sedikit terutamanya tentang pendidikan. Jika kesampaian, kami hulurkan sedikit bantuan sebagai wasilah kasih sayang. Kami cuba ikut tuntutan junjungan. Subhanallah, Allahuakbar.

Saya tersentuh hati bila melihat anak-anak kecil  bayi begini. Mereka masih bau wangi tanpa wangian, kerana itu fitrah aroma ahli Syurga.

Tiga hari dulu saya melihat kiriman seorang teman di YouTube mengenai nasib perihal orang-orang pelarian perang. Menitis air mata bila melihat perempuan /ibu-ibu dipukul, diatolak, dihumban dan berbagai lagi. Anak-anak kecil / dan babies ditarik-tarik dari dakapan dan amat menyayat hati melihat ibu-ibu meronta-ronta cuba mencapai / mendapatkan anaknya kembali. Pemerintah dan askar-askar / penguatkuasa yang tidak berhati perut, buta hati dan bertindak sepertinya mereka itu tidak berTuhan. Tidak perlu tahu bangsa apa. Manusia tetap manusia. Mengapa ada manusia yang ganas membabi buta....

Mengapa mausia tidak mahu berkongsi kesenangan....kan Bumi ini Bumi Allah......semua Allah yang kurnia.

Dapatkah kita di Malaysia berlepas diri dari pengadilan Allah dalam hal-hal seperti ini.......
Di Malaysia mungkin kita tidak zalim seperti itu. Tetapi saya perhatikan ada elemen kezaliman dalam negara tercinta apabila hak rakyat miskin tidak dipedulikan secukupnya oleh pemimpin. Atau adakah saya salah perhati.....

Saya juga tersentuh hati bila saya melihat perbincangan di YouTube mengenai anak-anak remaja di Malaysia yang tidak boleh membaca alFatihah walaupun sudah tamat PMR, (peperiksaan menengah rendah). Dalam ingatan saya mendengari bicara itu bahawa seramai lebih 50% anak-anak yang bermasaalah demikian.

Saya ingin melihat masaalah ini dalam konteks anak-anak yang berkeupaayan rendah sejak lahir yang tidak mendapat pertolongan awal oleh ibu bapa kerana mereka tidak arif tentang masaalah bayi dan anak-anak dalam proses membesar. Seperti saya katakan dahulu saya punya dua orang cucu yang di iktiraf istimewa kerana terlalu aktif dan seorang lagi masaalah Otisma. Mereka disahkan demikian oleh pakar perubatan dalam umur 8 tahun bagi ADHD dan yang Otisma dalam umur 4 tahun. Sebabnya terlambat kerana ibunya dan saya tidak punya ilmu mengenai anak-anak istimewa seperti ini. Dan apabila sudah tahu kami menghadapi masaalah kekurangan pakar perubatan dalam sesuatu bidang untuk membantu kami dengan segera mungkin. Kini keduanya di kelas khas di sekolah biasa dan mendapat rawatan/pertolongan bawah program "children with special needs". 

Saya rasa mungkin sebilangan besar dari anak-anak yang bermasaalah tidak tahu membaca dan menulis itu bukan disebabkan ibu-bapa kurang peka dan tidak bertanggong jawab langsung tetapi adalah kerana beberapa faktor di luar kawalan ibu-bapa itu sendiri sepenuhnya seperti yang termaktub dalam dasar Kementerian Pendidikan dan saya yakin mungkin juga dalam dasar Kementerian Wanita dan Kebajikan Masyarakat.

Masyarakat kita digalakan supaya rajin, pintar dan kompetatif. Ramai ibu-bapa yang rasa seperti tertekan emosi dan mental untuk berlumba-lumba mendidik anak dan membesarkan anak supaya maju sedemikian. Tidak semua ibu-bapa berkemampuan untuk "berlumba" dan bekerja kuat. Ada ibu bapa yang agak berkemampuan dari segi kewanagan, tetapi mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa anak mereka bermasaalah. Ada yang rasa malu dan ada yang rasa kurang yakin apa sebenarnya masaalah yang mereka hadapi. (Ada yang bersikap"self-denial" dan menganggap semuanya okay.

Tambahan pula guru-guru di Tadika dan sekolah rendah tidak dapat mengenal pasti sama ada seseorang murid itu berkeupayaan atau tidak berkeupayaan. Jika mereka bermasaalah pembelajaran, mereka perlu bantuan termasuk bantuan professional dibidang perubatan seawal mungkin dalam umur mereka. Dan dalam suasana bilik darjah yang ramai murid 35-40 orang masaalah anak-anak istimewa yang bermasaalah terpinggir begitu sahaja kerana guru tiada kepakaran dan kemampuan yang sewajarnya. 

Maka anak-anak ini hanyut begitu sahaja. Kasihan.......

Dari pengalaman saya menjaga cucu istimewa dan dari Ilmu sedikit-sedikit yang saya dapat dari anak perempuan saya anak-anak istimewa dalam kategori ADHD dan Otisma ini ada yang pintar dan kreatif. Cuma mereka tidak dapat memfokus perhatian. Maka mereka susah duduk diam untuk diajarkan apa-apa ilmu yang perlu diajarkan seperti membaca dan menulis. Maka anak perempuan saya sekarang ini mendapatkan konsultant therepist untuk membantu mengajar dan mendidik mereka di rumah dan ditempat-tempat yang sesuai yang dipersetujui bersama. Itu pun mereka belum boleh setanding dengan anak-anak yang normal.

Maka anak-anak yang tidak mendapat perhatian dan pertolongan, akan terus ketinggalan.....
Bukan salah ibu mengandung.

Mengikut anak saya ada Doktor yang mengatakan ramai "Mat Rempit" yang ada dalam masyarakat kita itu bukan budak jahat. Mereka sebenarnya baik dan pintar. Cuma mereka tidak mendapat pertolongan sewajarnya ketika kecil. Ibu bapa dan masyarakat tidak memahami masaalah mereka. Pihak yang sewajarnya tahu seperti kerajaan tidak punya cukup anggaran perbelanjaan untuk menangani masaalah seperti ini. 

Dengan lebih tepat, mereka kurang peduli.....Maka anak-anak ini menjadi demikian.

Kepimpinan kita sangat bersikap "elitist", hanya mengutamakan mereka yang pandai dan bijak dan berada.........hingga menjadikan sesetengah orang itu bila dewasa dan berjawatan tinggi dan berkuasa menjadi sombong, tamak dan haluba. Dan biasanya orang yang seperti ini tidak ada perasaan bersalah dan tidak ada perasaan belas kasihan.

Kata pepatah Melayu: "Seperti Enau dalam hutan, melepaskan pucuk masing-masing."
Tidak kira apa jadi pada orang lain, asalkan sahaja dia duduk di atas.

Sampai di sini dahulu, saya penat berfikir...

Namun saya cuba berusaha sedayanya di Tadika SmarTop yang kami urus di Tangkak, Johor untuk melihat dan mendidik anak-anak mengikut kemampuan masing-masing. Saya akan menceritakan pengalaman menjaga cucu istimewa dan menyarankan pada ibu-bapa supaya lebih peka bahawa bukan semua anak-anak punya kemampuan dan kebolihan yang sama. Janganlah teragak-agak untuk mendapat nasihat pakar perubatan. InsyaAllah ada jalan keluar.

Tidak ada ciptaan Allah yang sia-sia. Terima dengan redha dan usaha besertakan iringan doa. Allah maha Kasih dan maha Sayang. 

......

No comments:

Related Posts with Thumbnails