Ibarat belon...
Berguna, berfungsi bila mana ia dikembangkan.
Begitulah aqal fikiran kita. Jika tertup, ia lembab dan tidak memberi munafat pada diri dan jauh sekali pada apa jua yang ada di sekeliling.
Apa yang sering berlaku dalam hidup kita yang tidak menyenangkan hati adalah disebabkan kita tidak berfikiran terbuka. Kita bersifat prejudis dan sangat egoistik. Itu pemerhatian saya, walaupun saya menyedari hakikat bahawa saya sendiri boleh jadi seperti itu. Cuma kalau kita faham fakta ini, kebarangkalian kita berminda sempit akan jadi minima. Tidak ada kesempurnaan pada diri setiap orang. Namun harus ada kesedaran bahawa kita perlu menyelongkar semua jenis ilmu dan ada kepedulian untuk memperbaiki akhlak sendiri dan semoga kita menjadi teman yang yang baik dan semoga kita tidak menyusahkan orang lain.
Walau bagaimana pun kita harus peka juga bahawa keterbukaan minda tidak bererti kita absorb atau menyerapkan dalam pemikiran apa jua yang berlaku di sekeliling kita. Ada kalanya terlalu terbuka pun bolih menjadikan kita seorang yang tidak dapat menentukan pendirian dalam sesuatu hal atau mengambil keputusan dalam menyelesaikan sesuatu masaalah.
Ada kalanya kita harus mematikan Aqal kita buat seketika.
Mematikan Aqal?
Ye betul ! .... kita berhenti sejenak berfikir dan kita gunakan hati nurani untuk merasakan sesuatu dan cuba memahami sesuatu menggunakan mata hati. Ini perlu kerana bertindak atas aqal fikiran sahaja belum tentu kita mencapai sesuatu yang benar dalam semua aspek.
Ia itu satu aspek lagi yang perlu kita bina dan menyandarkan tindakan kita ialah kesucian hati. Atau dengan lain istilah, kita harus membina kesucian Ruh. ini satu bidang Ilmu yang kita harus pelajari untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Kita mahu termasuk dalam golongan muqarrabin. In sya Allah.
Seperti seekur burung, kita harus ada dua sayap untuk terbang tinggi di awan.
Sampai di sini dahulu kita berbicara. Bila ada kesempatan kita duduk di hadapan seorang guru yang mursyid untuk menimba ilmu yang lebih sempurna, dan semoga hidup kita juga Allah kurnia kesempurnaan dunia dan akhirat.
Aamin ya Rabb....
......
No comments:
Post a Comment