LOKASI LUARAN ALAM BARZAH
Tiba-tiba teteman telegram saya sibuk bertanyakan siapa ingin memesan untuk mendapat kan "The Special Black Box". Terkejut saya apa halnya.
Kak Sobah, jangan terkejut. Bila ada kemalangan kapal terbang, Semasa dan selepas "Search and Rescue," pasti ada pasukan yang mencari Black Box sebagai alat terpenting untuk mengetahui mengapa tragedy berlaku. Cuma ini lain sikit. Bila ada kematian ramai antara kita yang baharu kelang-kabut mencari siapa boleh mengurus jenazah dan panik kerana tidak tahu prosidur dan berbagai hal lagi termasuk kelengkapan menyempurnaka jenazah sebelum dikebumikan.
Kak Sobah, Black Box special tu bukan apa....cuma sekarang ada ajen yang menjual segala kelengkapan untuk menyempurnakan jenazah. Harganya lebih kurang rm160/-. Ia di letak dalam satu kotak siap dengan wangian dan kain batik lepas.
Sibuk teman saya beri penerangan.
Jadi?.......
Kak Sobah nak beli ke?
Saya tersenyum dan kata: Boleh juga. Bagus tu....
Ia akan sentiasa mengingatkan kita bahawa "The only sure thing in Life is Death". Mati itu pasti berlaku. Apa jua yang lain belum pasti dan tidak pasti.
Takut nak sebut perkakas kain kapan dan lain-lain. Maka the code name is "A Special Black Box".
Teringat saya kisah seorang pegawai di Kementerin Pendidikan sewaktu saya bekerja dahulu. Pegawai ini akan sentiasa membawa brief-case yang agak besar setiap hari. Teteman bertanya saya? Cuba teka apa yang ada di dalamnya.
Wah! Agak pelik soalan itu. Saya kata pasti ada Quran dan sejadah dan satu persalinan untuk kemungkinan ia tersadai tak dapat pulang ke rumah atas sebab-sebab yang luar biasa.
Bukan, bukan....bukan......!
Dalamnya ada satu set kain kapan. Agak terkejut juga saya ketika itu. Saya dimaklumkan Pegawai ini wara' orangnya dan dia suka sentiasa mengingatkan diri bahawa hidup ini sementara sahaja. Dan ia boleh tamat bila-bila masa.
Lepas ingat itu saya kata pada teman saya: Akak nak pesan 2 Boxes.
Tersenyum sendirian tetapi rasa juga takut. Mati itu pasti tetapi belum sempurna persediaan diri. Kata ustaz "Hidup nikmat, Mati pun Nikmat". Ustaz memberi penerangan panjang lebar dalam satu sessi pengajian. Kalau tidak mati, manakan ada peluang masuk Syurga. (Satu sudut pengertian yang saya masih takut memikirkannya).
Kekadang kita dibuai kesenangan dan hidup ini semuanya seperti sentiasa di taman bunga warna warni... "A bed of Roses".
Kita tidak merasai jerih pahit kehidupan dan seperti umur kita tidak berganjak (at a stand still). Kata seorang Shaikh, "Life is like being on a walkelator. We may stand still, But in reality we move to a point. At the end of the point there is a warning: " Caution" The end is sudden."
Jadi.....elok kita bersedia dalam semua aspek....
Semoga Allah sentiasa menolong kita dan menganugerah rahmatNYA yang tidak terhingga.
Aamiin....
.....
No comments:
Post a Comment