"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, September 10, 2015

Tiba-tiba ..Blank Pages...?


image kiriman telegram teman.

Cantiknya dan nyamannya tempat ini masih terbayang diaqal dan masih dirasai dihati. Ini antara tempat yang terpaku diimaginasi sendiri. 

Teringat janji Allah: ".......dan mengalir dari di bawahnya sungai-sungai....". Tetapi ini sungai-sungai di bumi nyata. Apa jua jika dapat dibayangkan ia bukannya yang ada di Syurga. Hanya Allah yang maha mengetahui segala ciptaanNya. Allahuakbar.


Maka itu kita bermati-matian bekerja keras mahu mendapat anugerahNya. Kita diseru berhati-hati dan diingatkan supaya tidak kecundang juga akhirnya nanti. 





Dalam usaha berhati-hati seorang teman telah memberi tahu saya mengenai buku seperti di sebelah ini. Ada 1122  muka surat. Belum habis saya membacanya walaupun sudah beberapa bulan membelinya.

Kekadang rasa amat takut ketika membaca dan saya ketepikan buku itu untuk beberapa waktu cuba membujuk hati untuk terus membaca walaupun saya rasa amat khuatir dengan isi kandunganya. Saya takut saya tidak dapat melepasi ujian beberapa perkara yang diutarakan kerana tahap Iman dan Taqwa yang amat cetek. Semoga Allah memberi kekuatan dan ruang dan peluang untuk saya munafaatkan buku itu.

Di celah-celah meembaca ada kalanya saya kongsikan dengan teman sepengajian mingguan untuk mendapat kefaham yang sewajarnya. Kekadang saya tanyakan pada guru bahasa Arab saya jika saya jumpa kata-kata hadith yang perlu saya fahami.

Begitulah laluan hidup. Tanpa ilmu mustahil kita boleh beramal.

Suatu fakta yang sentiasa diingatkan oleh ustaz dalam pengajian ialah memastikan di akhir hayat kita nanti, kita tidak kecundang. Semoga kita sentiasa dalam hidayah dan kasih sayang Allah. Harus kita pastikan kita menjaga mulut dan hati semoga kita sentiasa di jalan yang lurus. Ustaz ada mengatakan jika kita lagha kebarangkalian kita tergelincir dari jalan yang benar amat mudah sekali. Di akhirat nanti kita akan dipertanggonhjawabkan dengan semua perilaku kita. Malaikat akan memberi buku catatannya sama ada denagan tangan kiri atau tangan kanannya. Amat rugilah kita jika kita ingat kita sudah beramal seperti yang di tuntut oleh alQuran dan Hadith tetapi bila kita buka buku kita, tiba-tiba KOSONG sahaja lembaran yang di tunjukan dari segi amalan-amalan soleh.

Pasti terkejut kita jika ini berlaku lantaran kita cuai. Kita tidak berhati-hati menjaga mulut dan Hati.

Dalam buku di atas ada bab-bab yang menceritakan keadaan sebelum Malaikat maut menghampiri diri dan menceritakan juga keadaan hidup di alam kubur, iatu di alam Barzah. Saya sentiasa khuatir menilai diri ketika saya membaca setakat ini. Semoga Allah sentisa menunjuki jalan.

Ustaz mengingatkan supaya kita sentiasa memohon keampunan dari Allah yang maha mengetahui segala yang nyata dan yang tersembunyi. Katanya jangan suka mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang ditakrif maksiat seolah-olah ia suatu yang harus dibanggakan seperti menikmati majlis-majlis yang tidak syar'ie perjalanannya walaupun baik tujuannya. Dalam Islam tujuan dan cara mesti betul barulah ia diiktiraf suatu yang syar'ie.

Kekadang saya terjebak dengan hal-hal seperti itu lantaran iman dan taqwa yang belum jitu.
Semoga Allah mengampuni dan semoga Allah mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan dalam perjalanan mencari redhaNYA. Aamiin ya Rabb.....

....

No comments:

Related Posts with Thumbnails