Saya bukan peminat tegar Nasi Briyani. Tetapi saya ikutkan minat seorang teman dan suaminya yang ketagih Nasi Briyani Power yang terkenal di Batu Pahat, Johor. Amat sedap , katanya.
Justru dua minggu dulu dalam perjalanan ke Johor Baharu untuk urusan Tadika SmarTop kami cuba mencari Restoran ini. Kami tidak menggunakan IT canggih kerana alat itu meragam dan belum diperbetulkan. Maka kami guna naluri asli. Ingat-ingat lupa, tetapi kami cari juga. Akhirnya setelah lebih sejam di bandar Batu Pahat jumpalah kami tempat itu. Briyani Gum Kambing pilihan teteman saya. Saya ikut sahaja. Enak sekali, alhamdulilah. Boleh datang lagi kalau dapat jumpa tempat.
Berbaloi kata teman saya. Saya tumpang seronok sebab dapat mera'i teman yang sedikit sebanyak suka mencari sesuatu yang diminati walaupun akan bersusah payah dan mengambil masa. Ada sedikit persamaan dengan suami saya.
"He will travel 500 miles to get his favorite food".
Saya tidak, saya macam emak saya. Food is not a big agenda. Dari kecil saya di asuh untuk makan seadanya. Alhamdulilah. Maklumlah saya anak pendatang dari Jawa. Dari kecil saya dididik membina kekuatan diri semoga dapat mengatasi masaalah hidup dan kehidupan di rantau orang bila dewasa.
Begitulah karenah hidup. Kadang kala ia menjadi suatu yang lucu seperti usaha mencari Restoran Briyani Power ini. Oleh kerana tidak berapa fokus pada jalan yang dilalui kerana sibuk membaca nama-nama kedai, maka hampir-hampir bergesel kereta kerana mata sibuk juga membaca nama jalan dan arah jalan. Di Malaysia "Road Signage" tidak memuaskan pengguna jalanraya yang tidak biasa di sesuatu temapt, atau di mana jua. Mengapa agaknya kita kurang peduli dengan masaalah ini dan membiarkan pengguna bersusah payah sendiri. Mungkin pihak pemerintah mahu menjimat kos kerana bajet yang terhad.
Itu mungkin sikap orang di Malaysia. Kurang peka dengan masaalah awam.
Sebab itu agaknya kita menghadapi berbagai masaalah yang ada sekarang di negara kita. Adakah masaalah itu berpunca dari atas atau dari rakyat. Kalau kita fahami konsep "manusia dimuka bumi ini Allah jadikan untuk menjadi khalifah" maka kita jawablah sendiri soalan itu.
WaAllahu'alam. Sama-sama kita fikirkan dan kita baiki diri kita semoga kita tidak menyumbang pada masaalah yang saya perhati seperti makin hari makin berat keadaannya. Semoga Allah akan mengasihani kita. Pasti kita semua akhirnya nanti akan dipertanggongjawabkan selaras dengan kemampuan yang Allah kurnia. Allah maha Melihat dan maha Mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata. Kita tidak akan terlepas dari Keadilannya.
Mari kita hayati doa di bawah ini. Saya rasa relevan buat kita sekarang.: (Dari Facebook Shaikh Hamza Yusuf).
Harapan kita hanya padaNYA. Kita bersabar....tetapi usah duduk diam dan hanya menanti belas kasihan. Kita terus berusaha sedaya upaya dalam apa jua tugasan kita.
Semoga Allah membuka jalan demi kesejahteraan rakyat.
No comments:
Post a Comment