"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 22, 2016

Balik kampung seketika....


Perjalanan balik ke kampung Parit Semerah di Pontian nyaman walaupun cuaca panas. Namun ia sedikit mendebarkan hati kerana ada sesuatu yang belum saya khabarkan pada keluarga.

Apa agaknya?.....Insya Allah satu hari nanti saya akan cerita.

Hari ini saya rasa seronok balik pontian dapat bertemu dengan anak-anak buah serta anak-anaknya. Jarang sekali dapat bertemu dalam menziarahi kakak-kakak saya di Pontian melainkan di acara tahunan Hari Raya. Alhamdulilah. Dapat mengeratkan silaturrahim walaupun tidak sepuasnya.

Saya seronok tetapi agak kepenatan kerana dalam seumur hidup saya tidak pernah terbabas jalan dan sesat barat. Silapnya kerana saya tidak menunjuki jalan pada suami teman saya yang memandu kerana saya amat yakin ia tahu bagaimana mahu ke Pontian dari Johor Bahru. Saya sibuk membaca Whatsapp di telefon dan terghalit tidak menyedari kemana teman saya menuju tanpa bertanya saya. Sedar-sedar sudah tidak ada tunjuk arah ke Pontian dan kami sudah memasuki kawasan perumahan. Saya pun kebingungan kerana  sudah terbabas jauh dari jalan biasa. Terpaksalah kami guna waze. Alhamdulilah akhirnya kami sampai. Lambat hampir sejam ditambah dengan kesesakan jalan.



Kegembiraan yang meriangkan hati saya.
Alhamdulilah. Saya di update perkembangan cucu-cucu bersekolah. Rasa puas hati dan semoga usaha mendidik anak beasaskan Quran dan hadith berterusan hingga ke akhir hayat.


Cepat-cepat saya rakam kasihnya Ibu.....membawa ke Syurga.



Dua foto ini saya rakam sebagai kenanagan dengan kakak saya.
Yang di atas berumur 79 tahun dan yang di bawah berumur 83 tahun. Alhamdulilah, dapat saya bertemu lagi 
walaupun sekejap untuk bercerita panjang lebar 
mengenai laluan hidup kami.
 Kakak saya yang 83 tahun tidak berapa sihat.
 Bersyukur dan memuji kebesaran Allah 
dia masih boleh mengurus diri sendiri.
 Boleh mengurus rumah dan sesekali boleh baby-sit cucunya bila ibunya sibuk.
Alhamdulilah. Semoga Allah masih kurnia kesempatan
bertemu lagi di Hari Raya IdilFitri tahun ini dan seterusnya.
 Semoga kesampaian dengan kehendak Allah.
Kekuatan keluarga adalah pemangkin kekeuatan Ummah. 
Sama-sama kita berdoa semoga kita dapat memperkasa keluarga Islam demi keunggulan ummah sejagat.

Mohon Petunjuk dan Hidayah Mu ya Rabb.....


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails