"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 1, 2016

Tak menyedari diri.......





Hari ini Jumaat, Penghulu segala hari. Ingat hati hendak cakap yang baik-baik sahaja dan hendak berzikir panjang semoga laluan hari ini Allah berkati. Tetapi maqam Iman belum tinggi dan masih terjebak-jebak dengan kata-kata yang lagha dan boleh mengguris hati mereka yang mendengari.

Itulah pesanan Ustaz: Penuhkan masa dengan amalan soleh dan sibukan minda dengan raih ilmu yang dapat membawa diri lagi dekat dengan Allah. Jangan berbuat sesuatu yang tiada kaitan denagn hakikat mati dan hari Akirat. Jangan memikiran yang berat-berat terutamanya yang tidak relevan dengan hari kita dipersoalkan di hadapan Allah yang maha Besar dan maha Agong yang berkuasa sepenuhnya dengan hari Pembalasan.

Kita bukan haiwan.(bukan juga ikan seperti di atas). Kita manusia yang akan dihisab di Hari akhirat nanti. Kata Ustaz: kita masuk syurga bukan kerana amalan soleh kita. Tetapi kita masuk Syurga tanpa lebih dahulu masuk Neraka kerana kita tidak ada dosa atau pun semua dosa-dosa kita telah Allah ampunkan. Sebab itu anak-anak yang mati sebelum baligh, mereka semua Allah kurnia Syurga sebab mereka tidak ada dosa. Maka kerana itulah doa kita ialah:


اللَّهُمَّ آتِنَا في الدُّنْيَا حَسَنَةً ، وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً ، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah kurniakan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari api neraka.

Dalam amalan amal makruf dan nahi mungkar, kita kena elak kejahatan dahulu. Tidak guna kita berbuat baik tetapi dalam pada itu kita melakukan kerja-kerja yang ditakrif mungkar.

Tetapi hajat saya hari ini untuk megelak diri dari berbuat yang mungkar, saya sudah kecundang. Cepat-cepat saya pergi menjauhkan diri dari suasana yang akan lebih menjerumuskan saya pada amalan mungkar dan lantas saya duduk dan menulis entry ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang terlahir dan memberi saya peluang bertaubat seterusnya.

Kebelakangan ini saya hampir selalu rasa tercabar mahu marah dan menjadikan suasana tidak harmoni. Mujur ada teman-teman akrab disamping yang menarik saya untuk duduk bersabar. Alhamdulilah dan alhamdulilah. Saya mohon semoga benar-benar bersabar mengikut takrif yang sebenarnya.

Puncanya mudah dielak tetapi malangnya dikalangan kita ada pihak yang tidak menyedari kedudukan mereka di sisi masyarakat dan suka menonjol diri dan menyebabkan timbulnya kekecewaan yang mengakibatkan kemarahan pihak yang lain. Pelik sungguh masyarakat kita. Ada ahli masyarakat kita yang suka merosakan rumahtangga orang lain dengan cara yang mereka kata betul. Ini lintasan contoh sahaja. Eluk saya berhenti di sini sebelum otak dan jejari saya melalut menulis yang bukan-bukan.

Itu sahaja. WaAllahu'alam.

Mohon perlindungan dari segala apa jua yang menjauhkan kami dari Redha Mu ya Rabb...


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails