"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, April 7, 2016

Embah @ Armchair sociologist





Saya teringat seorang kawan yang saya gelar dia "Armchair Sociologist" dalam tahun !977 ketika kami dihantar berkursus di Bogor, Indonesia. Tiga orang diantara kami suka menjelajah di kampung-kampung untuk melihat sendiri kehidupan rakyat di Bogor. Kawan saya yang seorang ini duduk sahaja di Hotel enggan bersama.

Bila pulang kami selalu bercerita padanya apa yang kami lihat dan apa yang kami dengar. Kami tidak sangka bahawa dia mendengari kesemuanya dan suka bertanya soalan kerana dia ada hasrat lain dihatinya.

Rupa-rupanya ia menulis apa yang kami ceritakan itu dalam satu rencana yang dihantar kepada surat khabar harian di Malaysia. Ia menulis atas pengalaman pinjaman. Ia tidak keluar dari biliknya tetapi dapat menulis hampir sama dengan apa yang kami ceritakan. 

Itulah kehidupan smart........

Maka saya kali ini menjadi seorang "armchair sociologist" juga dengan bercerita mengenai cucu-cucu atas apa yang diceritakan oleh ayahnya dan mamanya melalui whatsup. Bijak bukan? Tersenyum saya sendirian.

Dibawah ini foto-foto yang mereka hantar semasa menjelajah kawasan Hutan Simpan di suatu kawasan di Puchong. Ingin juga saya kesana. Satu hari mereka berjanji akan bawa saya. Tunggulah sahaja......







Anak-anak dilatih lasak semoga membesar dengan keyakinan diri yang kuat dan berani mengambil risiko. Itulah juga harapan saya. Pendidikan di bilik darjah sahaja tidak mencukupi. Pendidikan akan lebih berkesan jika anak-anak mengalami sendiri dan merasai sendiri apa yang mereka lalui.

"Water exploration" adalah satu aspek "Brain-Gym" (menjana otak cergas) yang perlu bagi anak-anak membesar. Setelah berjalan bermain air pulak. Anak-anak harus berani menyelam dan berenang di kolam renang adalah cara yang baik kerana mereka boleh menyelam. Dengan menyelam prinsip "brain gym" beroperasi.

Yang di bawah ini cucu-cucu saya yang lainnya di Lego Land di Johor Bahru dan kawasan berhampiran dengannya. Entah berapa kali mereka ke Lego Land tetapi tidak puas-puas lagi rasanya.







Alhamdulilah ada keperhatinan ibu bapa menyantuni anak-anak dalam peringkat-peringkat umur yang dituntut dalam Islam. Semoga usaha-usaha kecil ini Allah berkati.

Mohon Petunjuk dan Hidayah Mu ya Rabb.......


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails