"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 29, 2016

Laluan hidup bukan semuanya ditaburi bunga mawar.....




Saya selalu mimpikan, alangkah bahagianya, dalam apa jua keadaan saya dan suami tetap berduaan di samping anak-anak dan cucu-cucu dalam suasana ceria dan dalam pautan kasih yang membawa ke syurga.

Tetapi "Life is not a bed of Roses". Jadi saya sentiasa beringat "to take life a day at a time". Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan yang Benar. Apa jua yang benar, ia tidak pernah memihak. Yang benar tetap benar, yang batil tetap batil.

Maka kita harus tahu bagaimana mengemudi bahtera hidup. Tidak kira bahtera itu besar atau kecil dan dari bahan apa bahtera itu dibina. Ribut taufan selalu melanda tidak mengira tempat dan waktu walaupun pada  hukum alam ia berbeza. Hukum alam pastinya tunduk pada hukum Allah. Dia yang maha Pencipta dan Dia yang maha bijaksana. Dia maha Megetahui apa yang tersembunyi dan apa yang Nyata. Allahuakbar......






Indahnya bunga mawar melambangkan kasih sayang, dan kasih sayang tidak mengenal umur, rupa, harta, agama dan keturunan. Awal-awal lagi Allah memperkenalkan dirinya sebagai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan kita diingatkan tidak kurang dari 17 kali dalam solat yang wajib 5 waktu sehari semalam. Setiap kali kita memulakan apa sahaja aktiviti atau apa jua tindakan kita di minta menyebut namanya dan insya Allah ia membawa barakah.

Dalam hubungan manusia kasih sayang adalah elemen yang terunggul yang memaut hati manusia untuk hidup bersama, sebagai suami isteri, keluarga, dan ahli masyarakat.

Dalam memfokus hubungan suami isteri, kasih sayanglah elemen yang utama bagi ramai individu. Jika ada kasih sayang maka akan wujudlah elemen-elemen yang lain seperti tangungjawab yang luhur, kejujuran yang sejati dan berbagai lagi sifat yang di landaskan atas prinsip kerana Allah.

Tetapi ada amanusia yang berkahwin kerana pangkat dan  harta, kerana tidak mahu hidup membujang berseorangan memanjang hingga akhir hayat, ada yang kerana sexsuality, kerana keturunan dan kerana berbagai lagi termasuk tidak mahu kesunyian sepanjang hari. Mungkin ada lagi sebab-sebab yang tidak saya sebut di sini.
Anda tambah sendiri.......

Tetapi saya bukan pakar rumah tangga dan bukan pakar kemasyarakatan dan bukan pakar apa jua pun. Saya hanya ingin kongsi rasa hati kini di umur senja. Bulan Mei nanti insyaAllah kami akan sampai umur 71 tahun mengikut kiraan Hijrah. Maka kami ingin memunafaatkan baki umur yang ada untuk kerja-kerja amal dalam usaha mencari Redha Allah. Usaha ini bukan suatu yang mudah. Ada sahaja penghalang-penghalang yang membuat fikiran jadi  serabut dan membuat perancangan menjadi kelang-kabut. Elemen Jin Iblis sememangnya setiasa menghalang. Dan daya pertahanan kami lemah dan sentiasa sahaja kecundang. Jatuh dan bangkit semula beberapa kali untuk mencari pendirian yang mantap. Kadang-kala kecundang juga. Dalam pada itu ada elemen manusia yang berbagai rupa  yang juga jadi penghalang pada keharmonian yang menyebabkan kesinambungan usaha kerja amal menjadi huru hara.

Kami hanya mampu memohon keampunan Allah atas segala kekurangan dan kelemahan dan memohon PertolonganNya, Petunjuk dan HidayahNya dan memohon Kekuatan dan KebijaksanaanNya untuk melangakau dan merentasi segala halangan demi mencari RedhaanNya. 

Teman saya kata "Jom kita bersantai, relax seketika. Semoga yang kusut akan terlerai dengan kurnia Rahmat Allah jua. Kita sudah berusaha dan sudah berdoa padaNya, maka kita pasrah sahaja padaNya. Apa yang Allah tentukan pastinya yang terbaik bagi kita kerana Dia yang maha mengetahui kelemahan dan kekuatan kita. Ada seorang teman mengatakan: Our relationship with Allah is itself a Love Story, kata bijak pandai ilmu Islam. Dalam hubungan percintaan ini kalau kita menangis pun, kita menangis kerana Allah semata-mata. Kita fikir dan zikir......

Allah tidak mensia-siakan hamba-hambanya. Kita berusaha sahaja memohon pada Allah semoga kita mencapai 'nafsulmutmainnah'. Dan Allah jemput kita ke dalam SyurgaNya. Ini antara maksud surah Al Fajr ayat 27-30.


A027
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27) |
A028
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28) |
A029
"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -
(Al-Fajr 89:29) |

A030
"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! "
(Al-Fajr 89:30) | 




Sampai di sini dulu.
Semoga Allah menganugerah RahmatNya yang tidak terhingga
pada kita semua. Aamiin ya Rabb...


Semua gambar ehsan google
...........

No comments:

Related Posts with Thumbnails