Saya mendengari cerita anak-anak sekarang.
Ramai yang baik dan bertanggong jawab Tetapi masih ada
yang punya sifat-sifat negatif
yang tidak menguntungkan dirinya atau sesiapa pun.
Namun ini bukan bererti seseorang itu sempurna dalam segalanya. Tiada manusia yang terus berstatus sempurna tanpa melalui berbagai ujian dan peringatan. Cuma setiap kita harus bersifat rendah diri dan mahu mendengari nasihat dari siapa jua.
Seperti yang dituntut oleh Al Quran, IQRA' itu mesti.
Dari situ kita mendapat banyak Ilmu, Ilmu yang Benar dan
yang boleh di munafaatkan.
Seperti yang dituntut oleh Al Quran, IQRA' itu mesti.
Dari situ kita mendapat banyak Ilmu, Ilmu yang Benar dan
yang boleh di munafaatkan.
Saya mengingatkan diri saya dan anak-anak saya supaya jangan kedekut dengan ibu bapa dan semua ahli keluarga. Malah jangan kedekut dengan sesipa jua yang memerlukan. Al Quran guna perkataan 'bakhil'.
Ini sifat yang tidak wajar ada dalam diri sesiapa pun.
Dalam umur saya yang makin hari makin sedikit bakinya, saya selalu teringat cerita seorang teman akrab yang mengadukan hal perihal seorang anaknya itu seperti am t berkira dengannya. Kedekut....., ia berkata
dengan linangan air mata.
dengan linangan air mata.
Tersimpan di hati saya yang dia tidak murah hati dengan ibunya pun. Amat berkira-kira tentang siapa yang punya itu
dan siapa yang punya ini.
dan siapa yang punya ini.
Bila ibunya tua saya mendapat tahu ia jarang sekali mahu berziarah dan mengurus ibunya yang terlantar. Semunya dibuat oleh pembantu rumah ibunya. Oleh kerana ia tidak mahu membantu memberi tambahan
gaji atas tugasan yang rumit,
gaji atas tugasan yang rumit,
maka selalu sahaja pembantu itu lari dan meninggalkan ibunya
yang hanya bergatung pada bapanya
yang juga telah tua dan uzur.
Semoga dia tidak dikira durhaka, na'uzubilah.....
Sayugia kita tidak ambil ringan soal durhaka. Kalau tidak hormat dan kedekut dengan emak dan bapa tiri sekalipun, ia boleh dikira
sebagai durhaka. Terutamanya jika merekalah yang
membesarkan dan mendidik kita.
Allahu'alam.
sebagai durhaka. Terutamanya jika merekalah yang
membesarkan dan mendidik kita.
Allahu'alam.
Di bawah ini suatu peringatan saya terjumpa dicarian google.
Sudah banyak nasihat dan peringatan dari ustaz dan mereka yang
ambil peduli tentang kesejahteraan keluarga,
masyarakat dan negara.
Ramai orang yang kaya-raya tetapi masih bakhil. Saya berpendapat ini akibat mereka tidak mahu mencari Ilmu mengenai Allah, Tuhan Yang maha Pencipta dan juga RasuluNya. Orang yang bakhil selalunya bermegah-megah
bahawa dialah yang pandai dan rajin maka sebab itu dia kaya.
Maka dia rasa tidak perlu dia berkongsi.
Ahirnya dia yang rugi tetapi tidak pernah menyedari.
WaAllahu'alam.
......
No comments:
Post a Comment