Kumpulan RIASNITA Masjid Kg Tunku aktif dalam kerja-kerja kebajikan bagi kaum Muslimah. Hampir dua minggu dulu kami berjumpa untuk makan-makan dan bicara tentang aktiviti seterusnya. Perjumpaan itu juga untuk mempromosi menambah ahli baru.
Kami ada kumpulan Tai Chi yang beraksi tiga kali seminggu. Kami adakan lawatan sambil belajar dalam negeri dan luar negeri.
Kami juga menziarahi ahli-ahli yang uzur dan membantu mengikut kemampuan. Biro Muslimah di mana RIASNITA bernaung ada mengaturkan kelas-kelas pengajian berbagai bidang. Yang tidak bertaichi sibuk pula dengan kerja-kerja kebajikan masak memasak untuk majlis-majlis tertentu.
Pendek kata semuanya bersemangat. Alhamdulillah.
Ini foto buat kenangan di luar Restoran SubWay di mana acara makan-makan diadakan. Meriah dan menambat silaturrahim untuk bantu membantu dalam masa kesusahan.
Ramai lagi ahli yang tidak ada dalam foto ini.
Pada hari itu saya menjalankan Tabung MY CARE untuk di isi oleh ahli Riasnita. Alhandulillah. Saya amat teruja melihat betapa bermurah hati mereka ini. Hampir saya tidak sempat makan kerana mempromosi Tabung ini. Seronok saya melihat ahli amat peduli pada masaalah-masaalah di Palestine. Syria dan negara-negara lain yang dilanda peperangan. Saya membantu menjalankan tabung bagi pihak kawan saya yang aktif dalam NGO IKRAM. Alhamdulilah sedikit sebanyak kami bersemangat membantu.
Ini ketua Riasnita, Noraini Rahmat
Kelihatan di sini orang yang last balik setelah selesai berkemas.
Wanita bersemangat dengan sokongan kaum bapa. Tetapi apabila membuat lawatan sambil belajar dalam negeri kaum bapa tidak diambil kira untuk membolehkan kemesraan yang untuh antara wanita. Ramai wanita yang solo sekarang ini dan Riasnita amat mengambil berat tentang kebajikan mereka. Alhadulilah.
Semoga Allah kurnia kesihatan untuk terus aktif dan memunafaatkan umur yang berbaki ini.
Aaminn...
.......
No comments:
Post a Comment